Legenda Brazil, Pele telah memberi nasihat dan pesanan yang sangat berguna kepada Kylian Mbappe selepas bintang Paris Saint Germain itu gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika bertemu Switzerland.
Kylian Mbappe yang tidak berada di tahap persembahan terbaiknya dalam saingan Euro 2020 ini gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti yang sangat penting, dan mengakibatkan tersingkirnya Perancis dari kejohanan ini.
Switzerland bertemu dengan Juara Piala Dunia 2018 itu di National Arena, Bucharest, Romania awal pagi tadi untuk aksi perlawanan pusingan 16 terbaik saingan Euro 2020.
Pelé: "Keep your head up, Mbappé. Tomorrow is the first day of a new trip." ❤️ pic.twitter.com/3CnugY75fR
— Sadia Binte Murtuza (@BinteMurtuza) June 29, 2021
Perancis terlebih dahulu ketinggalan pada aksi babak pertama permainan selepas Haris Seferovic membuka tirai jaringan untuk Switzerland.
Walau bagaimanapun, skuad kendalian Didier Deschamps itu berjaya bangkit pada aksi babak kedua permainan dengan menjaringkan tiga gol untuk mengatasi Switzerland 3-1.
Bintang Real Madrid, Karim Benzema meledak dua gol sementara pemain midfield Manchester United, Paul Pogba menjaringkan gol yang cukup padu untuk membantu Perancis mendahului 3-1.
Selepas Pogba menjaringkan gol yang cantik dan menakjubkan itu, Perancis dilihat begitu yakin akan menyingkirkan Switzerland dari kejohanan Euro 2020 ini.
Namun sayangnya untuk Perancis, hasrat mereka tidak tercapai selepas Seferovic menjaringkan gol kedua peribadinya seterusnya mengubah kedudukan menjadi 3-2.
Pele has Kylian Mbappe's back! 💪 pic.twitter.com/I0KFz09AdA
— Soccer AM (@SoccerAM) June 29, 2021
Mario Gavranovic kemudiannya cemerlang menewaskan Hugo LIoris pada minit-minit akhir permainan untuk mengikat Perancis 3-3 seterusnya membawa perlawanan ke masa tambahan.
Masa tambahan tiada jaringan yang berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan dengan mereka membawa perlawanan ke penentuan sepakan penalti.
Pogba, Olivier Giroud, Marcus Thuram dan Presnel Kimpembe masing-masing berjaya menyempurnakan tugas mereka dengan cemerlang ketika sesi penentuan sepakan penalti tersebut.
Walau bagaimanapun, tendangan Kylian Mbappe berjaya diselamatkan oleh Yann Sommer seterusnya memberikan kemenangan yang begitu bermakna kepada Switzerland.
Mbappe tentunya kecewa dengan hal tersebut memandangkan beliau merupakan nadi penting dan juga pemain harapan untuk skuad Perancis.
Mbappe was the first teenager to score twice in a World Cup finals match since Pele in 1958. Let’s not. pic.twitter.com/caHnzyhMEO
— 𝐸𝓁𝓈 (@lfcels_) June 28, 2021
Legenda bola sepak, Pele kemudiannya memuat naik status di laman twitter untuk memastikan Mbappe tidak begitu terkesan dengan kesilapannya dan mahu bintang muda itu terus bangkit.
Legenda Brazil yang kini berusia 80 tahun itu menulis:
“Terus bangkit semula Kylian! Esok merupakan hari pertama untuk perjalanan yang baru, @KMbappe.”
Keep your head up, Kylian! Tomorrow is the first day of a new journey, @KMbappe.
— Pelé (@Pele) June 28, 2021
Mbappe yang ketika ini berusia 22 tahun itu kemudiannya memecah kesunyian selepas kegagalan beliau menyempurnakan sepakan penalti, dengan memuat status dilaman Instagram miliknya.
Beliau dalam muat naik tersebut jelas mengakui yang kegagalan Perancis adalah berpunca darinya dan beliau turut menyatakan penyingkiran dari saingan Euro 2020 merupakan hal yang sangat sedih untuk seluruh negara.
Deschamps yang merupakan pengurus skuad kebangsaan Perancis turut menyatakan yang Mbappe benar-benar terkesan dengan kegagalan beliau menyempurnakan sepakan penalti ketika bertemu Switzerland itu.
Pengurus berusia 52 tahun itu menyatakan bahawa:
Pele with some words of encouragement after Kylian Mbappe's tough day 👏 pic.twitter.com/vN8u8aNzhp
— International Champions Cup (@IntChampionsCup) June 29, 2021
“Tidak ada yang boleh marah dengan dia. Ketika seseorang pemain itu sanggup memikul tanggungjawab tersebut, hal seperti ini boleh berlaku. Dia jelas sekali terkesan dengan hal tersebut.”
LIoris sendiri menegaskan yang tidak perlu menyalahkan sesiapa dalam hal tersebut dengan beliau mahu semua pihak bertanggungjawab atas kekalahan tersebut.
“Kita menang sama-sama, kita kalah sama-sama.”
Macam Ola bola bukan? Tapi memang itulah apa yang dikatakan oleh LIoris berkait kekalahan Perancis di tangan Portugal awal pagi tadi.
“Kita semua bertanggungjawab jawab atas kegagalan ini. Tidak ada sesiapa yang boleh dipersalahkan.”
— Kylian Mbappé (@KMbappe) June 28, 2021
Mbappe kemudiannya turut memuat naik status di laman twitter miliknya untuk meminta maaf kepada para peminat atas kegagalannya itu.
“Saya mintak maaf atas penalti ini, saya mahu membantu pasukan tapi saya gagal.”
“Mesti sukar untuk saya lelapkan mata, tapi sayangnya inilah risiko yang perlu saya ambil dalam dunia sukan yang sangat saya cintai ini.”
“Saya tahu kamu peminat semua tentu kecewa, tapi saya tetap ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan kamu semua dan terima kasih kerana sentiasa mempercayai kami.”
It was @KMbappe final miss that brought @FrenchTeam hopes of a #EURO2020 victory to an end.
A short while after the conclusion of the first penalty shootout at @EURO2020, @Pele sent a classy tweet to Mbappe, reminding the striker to keep his head up and focus on the future. pic.twitter.com/rl2AlqsGlK
— SportED India (@SportEdIndia) June 29, 2021
“Apa yang penting kami berjanji untuk kembali bangkit dan menjadi lebih baik di masa akan datang.”
Kylian Mbappe tentunya sedih dan terkesan dengan kegagalan tersebut, dan nasihat serta pesanan dari Pele jelas bakal memberi semangat baru kepadanya.
Sumber: SB