Beberapa pemain Argentina telah berpakat dan melakukan kejutan buat kapten mereka, Lionel Messi, sempena ulang tahun kelahiran pemain terbaik dunia yang ke-34 tersebut.
Pemenang Ballon d’Or enam kali tersebut kini sedang menjalankan tugas di perantauan bersama pasukan kebangsaan Argentina dalam kempen Copa America di Brazil, diberikan kek hari jadi dan beberapa hadiah oleh rakan sepasukannya, sambil disaksikan pemain seperti Angel di Maria dan Nicolas Otamendi.
Messi, yang tinggal sebilik dengan Sergio Aguero, dikejutkan oleh rakan-rakan dan beberapa staf pasukan ketika dia sedang berehat di dalam selimut, di mana mereka menyanyikan lagu selamat hari jadi dalam bahasa Argentina sebelum Messi meniup lilin di kek.
Messi kemudiannya diberikan beberapa hadiah, termasuk topi dan juga sejenis minuman yang dipanggil wine.
Penyerang Barcelona tersebut memuatnaik video tersebut ke akaun Instagramnya dan mengucapkan terima kasih di atas kejutan tersebut.
“Terima kasih sangat di atas hari yang istimewa ini, walaupun aku tidak bersama keluarga yang sangat aku rindukan sekarang ni.”
Memandangkan hari tersebut merupakan hari ulang tahun kelahiran pemain terbaik dunia, maka banyak juga akaun media sosial mengucap selamat kepada pemain ini.
Happy birthday to Lionel Messi who today turns 34 years old. There's not much to say that hasn't already been said about the great man. We should all enjoy him while we still can because chances are, we won't see another player like him in our lifetime. pic.twitter.com/rUBcXP9OxS
— Roy Nemer (@RoyNemer) June 24, 2021
Happy Birthday Messi, my Idol, my inspiration. The Greatest Ever.
THIRTY FOUR YEARS OF GREATNESS 🐐 pic.twitter.com/cy5l2FUGnT
— Ankur (@AnkurMessi_) June 23, 2021
Happy birthday to the all-time top-scorer for Barcelona & Argentina
Happy birthday to the world-record holder for most goals in a year
Happy birthday to the only six-time Ballon d'Or winner
Happy birthday to the only six-time Golden Shoe winner
Happy birthday, Lionel Messi. pic.twitter.com/UEVKKhtLHv
— Squawka Football (@Squawka) June 24, 2021
Happy Birthday to Lionel Messi who is now 34. Enjoy him while he’s still around
THE GREATEST OF ALL TIME 🐐 #Messi34 #HappyBirthdayMessi pic.twitter.com/IQaDz9Zc1y
— WyngBack Football ⚽️ (@wyngback) June 24, 2021
Messi dijangka akan diturunkan dalam perlawanan seterusnya pasukan Argentina dalam kempen Copa America tahun ini menentang pasukan Bolivia pada 29 Jun nanti.
Pasukan anak didik Lionel Scaloni tersebut kini sedang mengungguli kumpulan A dengan tujuh mata, dan telah mengesahkan kedudukan di pusingan suku akhir selepas menewaskan Uruguay, Paraguay dan Chile.
Copa America pada tahun ini bakal menjadi peluang terbaik buat Messi untuk menjulang piala kejohanan utama yang pertama buat pasukan kebangsaan Argentina, sekaligus menutup mulut-mulut jahat yang memperlekehkan pemain ajaib ini berbanding seterunya, Cristiano Ronaldo.
Pasukan Argentina pada kali ini boleh dikatakan pasukan yang genap dis etiap posisi dengan adanya Aguero, Lautaro Martinez di bahagian serangan, Di Maria, Leandro Paredes dan Giovanni Lo Celso di jentera tengah dan juga Otamendi, Cristian Romero dan Gonzalo Montiel di benteng pertahanan.
Manakala Emiliano Martinez, Juan Musso dan Agustin Marchesin pula berebut peluang untuk mempertahankan gawang Argentina daripada dibocori lawan.
Dalam perlawanan pertama Argentina, Messi membuka akaunnya dalam kejohanan ini menerusi gol pada minit ke-33 menerusi satu sepakan percuma melencong padu dan tepat ke penjuru gawang lawan.
Walaubagimanapun, Eduardo Vargas tampil menyamakan kedudukan buat Chile pada minit ke-57.
Dalam perlawawanan kedua Argentina ketika menentang Urugay, gol tunggal daripada Guido Rodriguez sudah cukup untuk memastikan tiga mata berharga menjadi milik pasukan tersebut.
Gol dijaringkan pada minit ke-13, menerusi tandukan padu Rodriguez yang menerima hantaran silang dari sebelah kiri, sebelum menanduk bola mengenai sebelah dalam tiang gol Uruguay dan melantun ke dalam.
Uruguay cuba bangkit namun gagal memecah masuk kotak penalti Argentina walaupun pada satu ketika Luis Suarez hampir-hampir menyamakan kedudukan namun dia gagal membaca arah pergerakan bola hantaran dari tepi padang dengan baik.
Dalam perlawanan ketiga pula, berhadapan Paraguay, Alejandro Dario Gomez menjaringkan gol awal pada minit ke-10, yang menyudahkan hantaran pemisah benteng daripada Di Maria di dalam kotak penalti lawan.
Sejak mewakili Argentina bermula pada tahun 2005 ketika berusia 18 tahun, Messi telah melakukan sebanyak 147 penampilan buat pasukan La Albiceleste, dan menjaringkan 73 gol.
Setakat ini, pencapaian terbesar Messi bersama Argentina adalah pada tahun 2008 di mana dia membantu pasukannya meraih pingat emas di dalam acara bola sepak lelaki di Sukan Olimpik Beijing.
Dalam temasya empat tahun sekali tersebut Messi juga telah merangkul anugerah pemain paling bernilai dan juga kasut emas.
Dua tahun sebelum itu, Messi muncul sebagai pemain dan penjaring paling muda buat pasukan senior Argentina dalam kempen Piala Dunia 2006 di Jerman, dan setahun kemudian dia membawa pasukannya mara ke perlawanan akhir Copa America di Venezuela, sebelum tewas kepada Brazil 0-3.
Mampukah Messi menjulang piala pertamanya bersama pasukan Argentina pada tahun ini?
Kita tunggu dan lihat dulu. Tapi rasanya berjaya.
Berita dipetik dari : sportBIBLE dan wikipedia.