Pemain Bola Sepak Paling Laju Di Dunia Berasal Dari Indonesia ?

Anda mungkin tidak pernah mendengar Terens Puhiri, pemain sayap berusia 22 tahun yang kini mewakili pasukan Borneo FC dalam saingan Liga Utama Indonesia.

Sudah tentu ramai peminat bola sepak tidak mengetahui kualiti yang dimiliki Terens  memandangkan Indonesia bukanlah kuasa besar bola sepak dunia, mahupon Asia Tenggara.

Adakah Indonesia akan menurunkan pemain ini dalam edisi AFF Suzuki Cup tahun hadapan ?

Tetapi mungkin selepas anda melihat klip video ini, anda mungkin akan terkejut dengan kebolehan yang dimiliki Terens.

Walaupun Terens bukanlah pemain yang hebat atau dikenali ramai, beliau dikurniakan dengan kelajuan yang sangat pantas. Sepantas lipas kudung.

Dalam satu perlawanan liga di antara Borneo FC menentang Mitra Kukar musim lepas, Terens berjaya menyumbang satu gol untuk pasukannya.

Gol tersebut menunjukkan Terens berlari dengan kelajuan yang sangat pantas sehingga pemain pertahanan lawan pon tidak terkejar.

Beliau bermula dari bahagian bawah, kira-kira 30 meter dari kotak penalti dan menolak bola ke atas lalu mengejarnya. Beliau memulakan sendiri serangan balas dan mengakhirinya dengan gol yang sangat cantik.

Penjaga gol Mitra Kukar cuba meluru ke hadapan untuk menghalang beliau namun Terens sekali lagi menolak bola ke tepi lalu mengejarnya sebelunm merembat masuk bola ke dalam gawang gol yang terbuka.

Lukaku mendominasi carta speed terpantas Manchester United

Dalam perkembangan lain pula, pemain kesayangan Manchester United Romelu Lukaku mendakwa beliau adalah pemain paling laju dalam kelab tersebut.

Menariknya, statistik menunjukkan kenyataan beliau itu mempunyai asas yang kukuh. Menurut data yang dikeluarkan oleh Opta, penyerang antarabangsa Belgium itu mencatatkan larian terpantas ketika menentang Watford sekitar September tahun lalu.

Adakah Lukaku mempunyai kelajuan yang mampu mencabar Terens selaku pemain terpantas di dunia ? Atau Lukaku sekadar bermimpi di siang hari sahaja.

BACA:  Tinggalkan AFF Tiada Dalam Perancangan Indonesia