Kebiasaannya apabila seseorang pemain itu mengalami kecederaan, para petugas perubatan akan segera memberi bantuan.
Kalau tahap kecederaan pemain itu agak teruk, para petugas akan menasihatkan pemain itu untuk tidak terus beraksi.
Sekiranya kecederaan itu masih boleh dirawat, para petugas sebolehnya akan merawat pemain itu sebelum mereka kembali beraksi di atas padang.
Marseille’s Dario Benedetto received a head injury during their game against Amiens, then played the rest of the game in a swimming cap 🤕🏊♂️ pic.twitter.com/JjoD9LHhgx
— B/R Football (@brfootball) March 7, 2020
Kebiasaannya kalau seseorang pemain itu mengalami pendarahan, para petugas akan membalut luka itu supaya darah terhenti mengalir.
Tetapi ada satu kejadian aneh yang berlaku baru-baru ini apabila seorang pemain mengalami kecederaan di bahagian kepala dan para petugas membantunya dengan cara yang pelik.
Penyerang Marseille kelahiran Argentina bernama Dario Benedetto kebingungan sebentar selepas para medik memakaikannya topi renang.
No, you're not wrong.
Yes, Dario Benedetto is wearing a swimming cap 🏊♂️
He was given one after sustaining a cut to the head in Marseille's match against Amiens tonight 🤷♂️#OMASC pic.twitter.com/E0fgnhnD9k
— Goal (@goal) March 6, 2020
Beliau memakai topi renang yang sama seperti para perenang profesional pakai waktu menyertai acara renang.
Dario mengalami kecederaan dibahagian kepala selepas terhantuk ketika permainan sedang berlangsung.
Beliau dan rakan sepasukannya yang lain seperti kebingungan apabila penyerang itu diarahkan memaki topi renang tersebut setelah mendapat rawatan dari pasukan perubatan.
After sustaining a cut on his head, Dario Benedetto wore a swim cap the rest of the match 😂 pic.twitter.com/blEdvTnSk3
— NBC Sports Soccer (@NBCSportsSoccer) March 6, 2020
Dario memakai topi renang yang berwarna biru cerah itu sepanjang baki perlawanan. Aksi pada malam itu tertumpu kepada beliau yang lebih menonjol dari yang lain.
Apa fungsi sebenar para petugas perubatan menyuruh beliau memakai topi renang itu?
Topi renang itu sebenarnya bertujuan untuk melindungi bahagian telinga Dario yang turut mengalami luka.
Marseille striker Dario Benedetto treated for head injury by being given a SWIMMING CAP https://t.co/CIg9nizL4e
— MailOnline Sport (@MailSport) March 7, 2020
Oleh kerana itulah para petugas meminta Dario untuk memakai topi renang itu. Yang menjadikkan insiden itu pelik sebenarnya kerana ianya jarang berlaku.
Didalam perlawanan itu, Marseille mendahului pasukan Amiens dengan keputusan 2-0.
Dario Benedetto yang kelihatan seperti perenang kebangsaan, Daniel Bego itu adalah penyerang utama pasukan Marseille.
Marseille's Dario Benedetto suffered a head injury against Amiens on Friday night and then carried on with a swimming cap. Could be the next big thing… 🤣 pic.twitter.com/GehcJYbCz8
— TEAMtalk (@TEAMtalk) March 7, 2020
Walaupun berjaya mendahului 2-0 hingga ke minit 80 perlawanan, Marseille gagal untuk mendapatkan tiga mata penuh pada penghujung perlawanan.
Amiens berjaya mendapatkan sepakan penalti pada minit ke-83 dan disempurnakan oleh Sherhou Guirassy dan Saman Ghoddos berjaya menjaringkan gol penyamaan buat pasukan mereka diminit akhir masa kecederaan perlawanan.
Gol jaringan Morgan Sanson dan Dimitri Payet di awal babak kedua perlawanan tidak mampu dipertahankan dan perlawanan berakhir dengan keputusan 2-2.
Marseille musim ini agak cemerlang dengan menduduki kedudukan kedua Ligue 1 dibakang Paris Saint Germain(PSG).