Pemain Liverpool Dijatuhkan Hukuman Kerana Memukul Teman Wanita

Pemain pertahanan Liverpool, John Flanagan telah dijatuhkan hukuman 40 jam kerja komuniti tanpa gaji akibat serangan fizikal yang dilakukan terhadap teman wanitanya.

Pemain berusia 25 tahun ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyerang Rachael Wall dan meminta untuk dibacarakan.

Flanagan dayus !

Mahkamah Majistret Liverpool telah diberitahu yang Flanagan telah menghentam kepala teman wanitanya ke dinding, dan menyepak Wall ketika berada di lantai pada 22 Disember tahun lepas.

Flanagan adalah produk kelahiran akademi Liverpool dan telah melakukan 50 penampilan bersama pasukan utama Liverpool.

Jurucakap kelab Liverpool mengecam tindakan yang dilakukan Flanagan sekeras-kerasnya, dan kemungkinan besar pihak kelab akan melakukan siasatan dalaman bagi menjatuhkan hukuman disiplin terhadap pemain ini.

“Flanagan telah membiarkan reputasi peribadi beliau tercalar dan kerana pertalian beliau dengan kelab bolasepak Liverpool, beliau telah mengecewakan kelab yang diwakili beliau.”

Rakaman CCTV telah menunjukkan Flanagan memukul kekasihnya itu, dan menolak wanita terbabit ke dinding dua kali dan menendangnya di Duke Street, tengah kota Liverpool pada awal pagi.

Karier Flanagan bersama Liverpool semakin malap dengan insiden terbaru ini

Flanagan dilaporkan sangat menyesal dengan tindakannya dan sikap beliau pada malam tersebut. Ketika kejadian, Flanagan dan teman wanitanya berada dalam pengaruh alkohol, walaupun rekod menunjukkan pasangan ini tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

Pasangan ini turut dilaporkan telah berbaik dan kini sedang berusaha keras untuk memperbaiki hubungan mereka sambil memberikan sokongan terhadap satu sama lain.

Flanagan adalah pemain muda yang meningkat naik dari akademi Liverpool. Beliau berjaya melakukan penampilan pertama bersama skuad The Reds seawal usia 18 tahun dan sering diletakkan dalam kesebelasan utama pada era Brendan Rodgers dan Kenny Daglish.

Flanagan hanya mampu melakukan 1 penampilan bersama Liverpool musim ini, selepas dipinjamkan ke Burnley musim lepas.

Dalam peringkat antarabangsa pula, Flanagan mempunyai satu penampilan bersama skuad England dan diletakkan dalam calon simpanan untuk skuad Piala Dunia England 2014.

BACA:  Liverpool Bakal Ditabalkan Juara Musim Ini Sekiranya Liga Tidak Bersambung