Pemain Simpanan Dortmund Dan Schalke Mengamalkan Penjarakan Sosial Dengan Jarak 2M

Kedua-dua pemain simpanan pasukan Borussia Dortmund dan Schalke 04 semalam duduk dibangku simpanan dengan mengamalkan penjarakan sosial.

Terasa janggal melihat para pemain simpanan duduk dalam keadaan berjarak seperti itu.

Para pemain simpanan duduk dengan jarak 2 meter antara satu sama lain dengan tujuan untuk menjaga penjarakan sosial bagi mengelakkan penularan wabak yang sedang teruk melanda dunia kini.

Gambar yang memperlihatkan para pemain simpanan menjaga penjarakan sosial itu tular di media sosial semalam.

Namun sebalik pendapat positif yang dilemparkan kepada tindakan mereka menjaga penjarakan sosial ada juga yang memandang sisi negatif dalam keadaan itu.

“Duduk berjarak 2 meter di bangku simpanan dengan bertopeng muka sementara 22 pemain lain berlari dalam padang dan bersentuhan satu sama lain.”

“Penjarakan sosial hanya diguna pakai untuk pemain simpanan dan meraikan jaringan sahaja.”

“Koronavirus telah mengubah dunia bola sepak, pemain simpanan harus menjarakkan diri tetapi pemain dalam padang tidak perlu melakukannya.”

Antara komen-komen yang terdapat di Twitter ekoran dari tularnya gambar para pemain simpanan kedua-dua pasukan yang menjaga penjarakan sosial seperti yang disarankan oleh FIFA.

Borussia Dortmund memulakan kembali aksi Bundesliga dengan kemenangan bergaya 4-0 menentang Schalke malam semalam.

Erling Haaland membuka tirai jaringan untuk pasukan Dortmund hasil umpanan cantik dari Thorgan Hazard dan ditolak kemas masuk ke gawang Schalke olehnya.

Raphael Guerreiro mempamerkan aksi mantapnya dalam perlawanan malam semalam dengan menjaringkan dua gol untuk membantu kemenangan besar Dortmund keatas Schalke.

Satu lagi gol milik pasukan Dortmund adalah hasil jaringan dari Thorgan Hazard pada minit ke-48 perlawanan.

Dengan kemenangan selesa keatas Schalke, Dortmund kini semakin mengejar pendahulu saingan Bundesliga, Bayern Munich.

Sebelum perlawanan bermula, Dortmund berada di kedudukan kedua dalam saingan Bundesliga, empat mata dipisahkan dengan pendahulu saingan liga, Bayern Munich.

Bayern Munich akan turun menyambung semula baki perlawanan Liga musim ini pada petang ahad dengan berkunjung ke Berlin untuk menentang pasukan Union Berlin.

Saingan Bundesliga masih terbuka dan empat pasukan teratas hanya dipisahkan dengan beberapa mata sahaja. Pastinya akan ada saingan sengit untuk mencari Juara pada musim ini.

BACA:  Peminat Manchester City Mahu Mahrez Jangan Ambil Penalti Lagi