Pemilik Nottingham Forest Serang Pengadil Yang Bantu Liverpool Menang

Pemilik Nottingham Forest, Evangelos Marinakis bengang dengan mutu pengadilan yang menurutnya menjadi sebab kenapa Liverpool menang.

The Reds mencatatkan kemenangan sukar di The City Ground setelah berhempas pulas sepanjang perlawanan.

Gol lewat masa kecederaan oleh Darwin Nunez membolehkan skuad bimbingan Jurgen Klopp menang nasib ke atas Nottingham Forest.

Selepas tamat perlawanan, pemilik Nottingham Forest, Evangelos Marinakis turun dari tempat duduk VIP beliau dan menyerang pengadil, Paul Tierney.

Kapten Liverpool Virgil Van Dijk terkejut melihat pemilik kelab masuk ke dalam padang selepas tamat perlawanan dan mengecam pengadil.

Jurulatih Nottingham Forest, Steven Reid turut dilayangkan kad merah selepas wisel penamat.

Marinakis bengang kerana pengadil telah menghentikan permainan ketika pasukannya tengah menyerang, kerana kecederaan kepala dialami Ibrahima Konate.

Pengadil kemudian memberikan bola kepada Liverpool ketika memulakan semula permainan.

Bermula daripada gerakan itu Liverpool pun mencipta gol kemenangan setelah Alexis Mac Allister melakukan hantaran cantik kepada Nunez dan ditanduk masuk oleh penyerang berasal dari Uruguay itu.

Marinakis turut mempersoalkan kenapa pengadil tidak meniup wisel lebih awal setelah 8 minit masa kecederaan berakhir?

Kerana gol Nunez berlaku pada minit ke-90+9. Nunez yang masuk dari bangku simpanan telah menjadi wira kemenangan untuk pasukannya.

Di mana Nottingham Forest tidak berdaya untuk membalas gol itu kerana berlaku sangat sangat lewat dalam perlawanan ini.

Keadaan terus tegang apabila Marinakis mengejar pengadil ke kawasan terowong sehingga ke bilik persalinan pengadil.

Dia berkali kali melaungkan kata kata: “Respect pemain, respect pemain.”

Marinakis terpaksa ditenangkan oleh pegawai keselamatan yang meminta dia beredar daripada kawasan pengadil.

Kekalahan ini memberikan kesan besar kepada skuad Nottingham Forest dalam usaha mereka mahu mengelak penyingkiran.

Sementara Liverpool terus kekal seminggu lagi di puncak liga walau apa sahaja keputusan dicatatkan oleh Manchester City yang akan menentang Man United pada aksi Derbi Manchester hari ini.

Klopp akui perlawanan ini sangat sukar untuk mereka menangi. Lebih lebih lagi pasukan lawan bermain dengan sangat baik dan menghadirkan banyak ancaman.

BACA:  FSG: Liverpool Untuk Dijual