Pemilik PSG, Tamim bin Hamad Al Thani dilaporkan tidak suka dengan Barcelona. Dan dia sedia menghancurkan Barcelona dengan membeli kelab seteru mereka iaitu Espanyol.
Foot En Espanage melaporkan bahawa Tamim Bin Hamad Al Thani sudah mengarahkan presiden PSG, Nasser Al-Khelaïfi untuk memulakan rundingan dengan RCD Espanyol.
Mereka dilaporkan mahu menggunakan kaedah rundingan yang sama dengan apa yang dilakukan Konsortium dari Saudi ketika membeli Newcastle. Cuba berunding untuk mendapatkan kelab itu pada harga paling rendah dan menjanjikan projek sukan yang luar biasa.
Cara ini boleh memberikan tekanan kepada pemilik semasa kerana para penyokong pastinya tertarik dengan perubahan dijanjikan.
Pemilik PSG tidak hanya memikirkan soal kesukanan kelab Espanyol, pada masa yang sama mereka mahu mengancam legasi Barcelona dengan membangunkan kelab yang mampu membayangi Culer.
Barcelona memiliki sejarah panjang dalam bola sepak. Emir Qatar itu mahu melakukan perkara yang sama dilakukan Manchester City ke atas Manchester United. Di mana kelab United itu mulai dibayangi kejayaan demi kejayaan Man City dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
⚪🔵 L'émir qatari et propriétaire du PSG, Tamim bin Hamad Al Thani, se retrouve tout proche de racheter l'Espanyol
Source: @fulboxOficial #LigaFr @FranceRcde pic.twitter.com/oP3sGi0Zth
— Foot en Espagne (@FootEnEspagne) September 22, 2022
Pembelian kelab itu oleh Emir Qatar dilaporkan boleh direalisasikan seawal beberapa bulan akan datang. Jika direalisasikan, Espanyol bakal menjadi salah sebuah kelab dengan kekuatan sokongan dana yang besar.
Pastinya Nasser Al Khelaifi teruja untuk memulakan projek ini. Kerana dia sudah lama tak berpuas hati dengan La Liga termasuk kelab seperti Barcelona dan Real Madrid.
Baru baru ini, Khelaifi memperlekehkan Real Madrid yang menurutnya beriya sangat meraikan kejuaraan UCL sedangkan mereka menentang pertandingan itu untuk membentuk Liga Super Eropah.
Selain itu Nasser Khelaifi turut mempersoalkan suntikan dana Barcelona yang menurutnya ada unsur unsur tangan ghaib.