Peminat Anggap Pogba Bersama Perancis Jauh Lebih Hebat Berbanding Beliau Di Old Trafford

Paul Pogba telah mempamerkan rentak permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika aksi pertemuan Perancis bertemu Jerman awal pagi tadi.

Aksi hebatnya membantu Perancis untuk mencatatkan kemenangan 1-0 menewaskan Jerman dan memulakan kempen Euro 2020 ini dengan permulaan yang sangat baik.

Kebanyakan peminat sampai naik bingung memikirkan mengapa beliau tidak mampu mempamerkan rentak persembahan seperti itu ketika beraksi bersama Manchester United.

Pogba benar-benar beraksi dengan sangat baik dalam perlawanan ini dengan beliau dianggap sebagai nadi terpenting yang membantu kemenangan Perancis.

Gol kemenangan Perancis dalam perlawanan ini merupakan gol sendiri jaringan dari Mats Hummels, namun ia bermula dari hantaran super cantik dan indah dari Paul Pogba.

Pemain midfield itu menjadi penggerak utama skuad Perancis ketika menyerang dan menjadi tembok pertama ketika mereka bertahan.

Selain menjadi punca kepada gol pertama Les Bleus, beliau juga terlibat dalam dua gol jaringan Karim Benzema dan Kylian Mbappe yang dibatalkan oleh pengadil perlawanan.

Beliau jelas mendominasi sepenuhnya bahagian tengah padang dan menjadi masalah besar kepada barisan pemain Jerman, tidak kira di posisi pertahanan mahupun serangan.

Hebatnya Pogba, beliau boleh dikatakan telah terlibat dengan hampir kesemua insiden menarik yang berlaku dalam perlawanan yang dilangsungkan di Munich itu.

Beliau juga menjadi mangsa perbuatan tidak bermoral Antonio Rudiger ketika dalam perlawanan ini, yang mana bintang Chelsea itu dilihat merabanya sambil mengigitnya dari belakang.

Jijik sungguh perbuatan Antonio Rudiger terhadap Paul Pogba, dan semoga saja hal tersebut tidak menjadi ikut-ikutan para peminat yang masih kecil.

Rangkuman aksi mantap beliau sepanjang perlawanan ini membuktikan mengapa Pogba layak untuk dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan ini.

Aksi mantap bekas bintang Juventus itu bersama skuad kebangsaannya menyebabkan para penyokong Manchester United pecah kepala memikirkan, kenapa beliau tidak mampu beraksi sedemikian hebat di peringkat kelab.

Pemain berusia 28 tahun itu dilaporkan mungkin akan kembali ke Turin sebagai sebahagian dari rundingan pertukaran pemain untuk United mendapatkan semula Cristiano Ronaldo.

Beliau setakat ini masih belum menunjukkan tahap persembahan terbaiknya bersama Manchester United, terutama sejak dua musim kebelakangan ini.

Pogba juga jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama setan merah dan sering diketepikan oleh Ole Gunnar Solskjaer.

Para penyokong Manchester United yang terpegun melihat aksi Pogba bersama skuad Perancis kemudiannya mempersoalkan mengapa beliau tidak dapat pamerkan aksi yang sama ketika bersama setan merah.

β€œPogba jauh berbeza ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Perancis berbanding bersama Manchester United.”

β€œUnited jelas memerlukan gandingan yang hebat untuk Pogba seperti Kante, mereka berdua tidak terkalahkan apabila bergandingan bersama.”

β€œPogba ini yang penyokong United mahukan, aksi sehebat inilah yang menyebabkan beliau ditandatangani dengan nilai memecah rekod.”

Walau bagaimanapun, Pogba pada musim baru ini beliau telah menunjukkan peningkatan aksinya berbanding musim sebelumnya.

Beliau mengakhiri saingan liga musim lalu dengan menjaringkan tiga gol dan mencatatkan tiga assists dalam membantu United berada di kedudukan kedua di belakang Man City.

Apa yang peminat harus tahu, Pogba bersama skuad kebangsaan Perancis, beliau mendapat sokongan dari rakan sepasukannya yang juga sedang dalam rentak persembahan terbaiknya.

Pogba mampu bergerak lebih bebas kerana Kante ada membantunya di bahagian midfield, dan gandingan mereka berdua sememangnya sangat mantap.

Jadi jika Manchester United mahukan Pogba beraksi sehebat itu, mereka mungkin perlu tandatangani Kante dari Chelsea terlebih dahulu.

BACA:Β  Keputusan Pendakwaraya Itali Bakal Tamatkan Karier Paul Pogba