Granit Xhaka sangat bernasib baik kerana tidak dilayangkan dengan layangan kad merah selepas melakukan kekasaran mengejutkan ke atas Raphinha.
Bintang Arsenal itu melakukan kekasaran yang boleh mengakibatkan kaki Raphinha patah ketika aksi pertemuan antara Gunners bertemu Leeds United awal pagi tadi.
Tidak lama selepas rehat separuh masa, Xhaka telah terlibat dengan satu insiden besar yang menjadi topik perbualan hangat para peminat.
Granit Xhaka takes some ball… and some of Raphinha's ankle with a studsy tackle.
VAR is having a look. Raphinha is in pain.#LEEARS #bbcfootball https://t.co/8B2CEJX2tV
— BBC Sport (@BBCSport) December 18, 2021
Beliau telah melakukan kekasaran yang mengerikan ke atas Raphinha dengan menerjah tepat ke arah ankle pemain sayap Brazil itu.
Selepas memenangi bola, kaki beliau tepat memijak ankle Raphinha dengan Xhaka dilihat sengaja melakukan hal itu sambil tangan beliau melibas bintang Leeds itu hingga jatuh mencium tanah.
Pengadil perlawanan, Andre Marriner walau bagaimanapun langsung tidak mengeluarkan sebarang kad amaran kepada pemain kebangsaan Switzerland itu.
Para peminat di media sosial jelas tidak boleh menerima apa yang dilakukan oleh Xhaka dan turut bengang dengan keputusan pengadil perlawanan yang tidak mengeluarkan kad merah.
Gary Neville yang bertugas sebagai pengulas perlawanan tersebut turut mempersoal mengapa Xhaka masih mampu tersenyum ketika Raphinha sudah terbaring kesakitan.
not even a booking for this????
VAR = absolute joke.
Xhaka = dirty b*stard pic.twitter.com/soo6B5XN3d— West Ham Xtra (@WestHamXtra) December 18, 2021
Tidak lama selepas itu, Joe Gelhardt telah melakukan kekasaran yang hampir sama ke atas pemain full-back Arsenal, Takehiro Tomiyasu, dan menyebabkan beliau dilayangkan dengan layangan kad kuning.
Para peminat di media sosial benar-benar bengang dengan keputusan dari Marriner dan menganggap pengadil perlawanan terlalu manjakan Arsenal.
Granit Xhaka should be off. Shocking challenge on Raphinha.
— Henry Winter (@henrywinter) December 18, 2021
Gelhardt with a near identical challenge on Tomiyasu. Yellow card. Was no booking for Xhaka. Not gone down well. #lufc
— Phil Hay (@PhilHay_) December 18, 2021
“Pengadil yang sama melihat Xhaka melakukan kekasaran teruk telah melayangkan kad kuning kepada pemain Leeds dua minit selepas itu kerana melakukan kekasaran yang hampir sama.”
“Saya tak tahu fungsi VAR, adakah dia cuma tahu bagi penalti dan batalkan gol? Atau yang jaga tu sendiri tak tahu apa fungsi VAR? Pasukan besar selalu terlepas ketika melibatkan hal seperti ini.”
“Adakah masuk akal untuk dia tidak dilayangkan walau kad kuning selepas VAR memeriksa semula insiden tersebut? Itu kekasaran yang patut diberi kad merah, tapi VAR lepaskan tanpa dihukum.”
“Kekasaran itu boleh menyebabkan kecederaan teruk ke atas Raphinha, macam mana dia boleh tidak dihukum? Pengadil di England memang selalu bagi muka dekat big six. Saya benar-benar kecewa.”
“Adakah pengadil dan VAR menganggap kekasaran itu sebagai kekasaran biasa? Atau mungkin lepas ini pemain lain juga boleh bebas melakukan kekasaran seperti itu? Sangat memalukan.”
Granit Xhaka's horror tackle and other Arsenal moments missed in Leeds routhttps://t.co/S7OZwUn7Zp pic.twitter.com/MtIBW1Qm0x
— Mirror Football (@MirrorFootball) December 18, 2021
Skuad kendalian Marcelo Bielsa terpaksa akur dengan kekalahan 4-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Elland Road ini di tangan Arsenal.
Agak menyedihkan juga untuk melihat Leeds United dua kali berturut-turut dibelasah dengan mereka pada awal minggu ini dibelasah 7-0 oleh anak-anak buah Pep Guardiola.
Gabriel Martinelli berjaya meledak dua gol pada minit ke-16 dan 28 sebelum Bukayo Saka menjaringkan gol ketiga Arsenal pada minit ke-42 permainan.
Pada minit ke-75, Leeds United dihadiahkan sepakan penalti dengan Raphinha berjaya menyempurnakan sepakan penalti itu untuk mengubah kedudukan menjadi 3-1.
Tidak sempat melakukan comeback, gawang gol Leeds United sekali lagi dibolosi pada minit ke-84 permainan, menerusi Emile Smith Rowe.
we are leading with 3 goals against Leeds & Xhaka made this kind of tackle??!! imagine if we put him against big teams.. it will be a straight red for sure!!! what kind of brain dead player he is, should be offloaded by this January!!! pic.twitter.com/r2K4xyippS
— HUNGRY_GRIZZLYBEAR 🔴 (@hungrygrizzly14) December 18, 2021
Tamat perlawanan, Leeds United terpaksa akur dengan kekalahan 4-1 di tangan Arsenal dan menyebabkan mereka semakin hampir untuk berada di zon penyingkiran.
Arsenal sementara itu berjaya mengukuhkan kedudukan mereka di kelompok empat teratas dalam saingan Premier League, dengan mereka kini sedang mengumpul 32 mata.
Kedudukan Arsenal masih belum selamat dengan West Ham, Manchester United dan Tottenham Hotspur sangat hampir dengan mereka dan bakal memintas mereka pada bila-bila masa sahaja.
Sumber: SPORTbible