Peminat Mahu Graham Potter Dilantik Sebagai Pengurus Skuad England Menggantikan Gareth Southgate

Para penyokong England kini tak henti-henti mendesak agar Gareth Southgate dipecat dan tempatnya digantikan oleh pengurus Brighton, Graham Potter.

Graham Potter dirasakan lebih sesuai untuk memimpin skuad kebangsaan England dan peminat yakin beliaulah individu paling tepat untuk menggantikan Gareth Southgate.

Rekod cemerlang 22 perlawanan tanpa kalah skuad The Three Liones terkubur selepas kekalahan 1-0 mereka di tangan Hungary dalam aksi saingan UEFA Nations League kemarin.

Rekod 22 kemenangan tanpa kalah itu merupakan rekod terbaik dalam sejarah skuad The Three Liones dan kekalahan di Budapest itu jelas sekali mengecewakan para peminat.

Dominik Szoboszlai berjaya meledak gol kemenangan untuk skuad Hungary pada aksi babak kedua permainan menerusi sepakan penalti.

Hungary dihadiahkan sepakan penalti selepas Reece James yang masuk menggantikan Trent Alexander Arnold melakukan kekasaran tak sepatutnya di dalam kotak penalti.

Ia merupakan kemenangan pertama skuad Hungary bertemu England selepas 60 tahun.

Tidak dinafikan yang skuad England tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka dalam perlawanan itu dan hal itu sepertinya telah mengundang kemarahan para penyokong.

Walaupun Gareth Southgate sebelum ini berjaya memimpin skuad England untuk layak ke perlawanan akhir saingan Euro 2020 dan separuh akhir saingan Piala Dunia, namun para peminat merasakan beliau masih belum cukup bagus untuk terus memimpin skuad The Three Liones.

Para peminat percaya yang pengurus Brighton, Graham Potter merupakan individu paling tepat untuk dilantik sebagai pengurus skuad kebangsaan England pada ketika ini.

Pengurus berusia 47 tahun itu sebelum ini turut pernah mengendalikan kelab dari Sweden, Ostersunds dan Swansea City.

Nama beliau trending di laman twitter selepas tamat aksi kekalahan skuad England itu dengan para peminat mula mendesak agar beliau dilantik menggantikan Gareth Southgate.

Peminat di media sosial membanjiri laman twitter untuk mendesak FA agar melantik Graham Potter.

“Pemilihan pemain mengarut, taktikal tak ada, saya rasa sudah tiba masanya untuk kita tukar Gareth Southgate. Kita perlukan pengurus seperti Graham Potter.”

“Lawan Hungary main lima pertahanan? Tak ada falsafah sendiri, tak ada arah tuju, kalau dia terus seperti ini, maka kita boleh lupakan untuk menang Piala Dunia.”

“Saya rasa hanya Graham Potter sahaja individu paling layak untuk bimbing skuad England pada ketika ini. Saya tak ada keyakinan pada Southgate.”

“Kenapa kita nak buang masa terus percayakan Southgate? Dia dah terbukti gagal. Dia tak tahu apa dia buat. Pemilihan pemain dia pun memang meragukan.”

“Kalau Graham Potter jadi pengurus, kita tak akan nampak pemain seperti Jack Grealish dan Harry Maguire dalam skuad England.”

Potter sebelum ini dipuji atas kecemerlangan beliau membimbing skuad Brighton dalam saingan Premier League dan corak permainan yang beliau terapkan berjaya memukau ramai.

The Seagulls berjaya mengakhiri saingan Premier League di kedudukan kesembilan selepas mengumpul 51 mata musim lalu dan ia merupakan antara pencapaian terbanyak dalam sejarah mereka.

Kontrak Graham Potter bersama Brighton akan tamat pada 2025 nanti, sementara Gareth Southgate sendiri pula baru sahaja menandatangani kontrak baru sebagai pengurus England.

Kontrak terbaru Gareth Southgate akan tamat pada Disember 2024 nanti namun para peminat harap Graham Potter akan masuk memimpin skuad England untuk aksi Piala Dunia tahun ini.

Sepertinya sukar untuk melihat FA memecat Gareth Southgate dan melantik Graham Potter sebagai pengurus baru skuad The Three Liones sebelum bermulanya kempen Piala Dunia tahun ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Southgate Mungkin Akan Menurunkan Sterling Sebagai Kesebelasan Utamanya Bertemu Croatia