Peminat Percaya Nunez Ada Kualiti Penyudah Setajam Fernando Torres

Tular video di media sosial pada ketika ini yang menunjukkan bagaimana penandatanganan terbaru Liverpool, Darwin Nunez mempunyai gaya penyudah yang hampir sama seperti Fernando Torres.

Liverpool pada ketika ini sudah sah menandatangani Darwin Nunez dari Benfica dengan yuran perpindahan bernilai €100 juta.

Kedua-dua Liverpool dan Benfica sendiri sudah bersetuju dengan segala terma dan syarat dan kini hanya menunggu medical sebelum berita perpindahan ini diumumkan secara rasmi oleh kedua-dua belah pihak.

Darwin Nunez merupakan pemain penyerang yang menjadi rebutan beberapa kelab di Eropah seperti Newcastle United, Atletico Madrid, Manchester United dan Liverpool sendiri.

Sebelum ini beliau dikatakan sudah hampir pasti akan ke Old Trafford dengan Erik Ten Hag sendiri sudah menghubungi beliau secara peribadi.

Walau bagaimanapun, dengan tiba-tiba pemain kebangsaan Uruguay itu mengubah keputusan beliau dan memilih untuk menyertai Liverpool.

Walaupun beliau tidak ditawarkan gaji yang tinggi, namun beliau tetap gembira untuk ke Anfield, dan mahu kembangkan kariernya bersama gergasi Premier League itu.

Pemain penyerang kebangsaan Uruguay itu berjaya menjaringkan 34 gol dari 41 penampilan bersama Benfica dalam semua pertandingan musim lalu.

34 gol itu termasuklah enam gol dalam saingan Champions League dengan beliau berjaya membantu Benfica untuk layak hingga ke peringkat suku akhir.

Mungkin ramai peminat yang tertanya-tanya adakah Darwin Nunez benar-benar berbakat dan hebat untuk dinilai dengan nilai €100 juta.

Tular di media sosial pada ketika ini, sebuah video yang menunjukkan bagaimana Nunez mempunyai kualiti penyudah yang hampir sama seperti legenda Liverpool, Fernando Torres.

Video: Nunez memiliki penyudah setajam Torres

Tular di media sosial sebuah video pendek yang menunjukkan bagaimana tajamnya kualiti penyudah yang dimiliki oleh Darwin Nunez dan ia mengingatkan peminat terhadap kehebatan Torres sebelum ini.

Di dalam video tersebut, ia menunjukkan bagaimana Nunez mempunyai kualiti penyudah yang sungguh menakjubkan baik menggunakan kepala mahupun kaki.

Beliau cemerlang memenangi bola di udara dan turut mempunyai kualiti tandukan yang akan menggerunkan pemain lawan.

Nunez juga turut mempunyai kualiti penyudah yang sungguh menakjubkan dengan kedua-dua belah kakinya dengan beliau mampu meledak gol dari jarak jauh.

Masalah terbesar Liverpool sejak beberapa musim kebelakangan ini adalah mereka tidak mempunyai pemain yang mampu menjaringkan gol dari luar kotak penalti.

Jentera serangan Liverpool kerap menjaringkan gol dari dalam kotak dan kehadiran Darwin Nunez jelas sekali akan mampu menyelesaikan masalah tersebut.

Corak permainan beliau jelas sekali berbeza dari Mo Salah dan Sadio Mane dengan beliau benar-benar seorang pemain penyerang tulen yang berkualiti tinggi.

Adakah Jurgen Klopp ada pengalaman menguruskan pemain seperti Nunez?

Sebelum ini juga tular video yang menunjukkan bagaimana teruknya sentuhan pertama Darwin Nunez walau beliau mempunyai kualiti penyudah yang menakjubkan.

Satu hal yang ramai mungkin tak tahu, Robert Lewandowski juga sebenarnya mempunyai masalah yang sama sebelum ini dan Jurgen Klopp adalah individu yang menyelesaikan masalah tersebut.

Tidak mustahil Klopp akan mampu lakukan hal yang sama bersama Nunez dan membantu bintang Uruguay itu untuk menjadi antara pemain penyerang terhebat dalam dunia bola sepak.

Para peminat jelas sekali tidak sabar mahu melihat aksi Darwin Nunez bersama Liverpool pada musim baru nanti dan jelas sekali ramai yang berharap bintang Uruguay itu akan menjadi pemain penyerang paling digeruni dalam saingan Premier League.

Sumber: Futboltayfaya

BACA:  Tiga Mata Percuma Untuk Liverpool?