Para peminat mula mempertikaikan tahap keadilan sistem VAR selepas gol jaringan Karim Benzema ketika menentang Real Sociedad telah dibenarkan pada malam kemarin.
Pemain pertahanan Sociedad mendakwa bola tersebut terkena tangan Karim Benzema sebelum beliau menjaringkan gol dan setelah dinilai, keputusan dari VAR tetap membenarkan jaringan tersebut.
Gol jaringan Benzema itu merupakan jaringan kemenangan untuk pasukan Real Madrid dan membawa mereka kembali ke puncak liga selepas Barcelona seri tanpa jaringan menentang Sevilla.
Handball or Shoulder? 🤔
This was how Karim Benzema brought the ball down before scoring for Real Madrid pic.twitter.com/6zQQrFIzrL
— Football Fans Tribe 🇳🇬 ⚽ (@FansTribeHQ) June 21, 2020
Peminat mendakwa beberapa keputusan pengadil dan VAR dalam perlawanan tersebut jelas memihak kepada Los Blancos termasuk dengan sentuhan lembut yang memberikan mereka keputusan penalti.
Peminat pasukan Barcelona mempertikaikan keputusan pengadil membenarkan gol Benzema dan mendakwa Messi pernah mengalami situasi sama tetapi jaringan beliau dibatalkan oleh VAR.
Jaringan Messi dalam perlawanan Spanish Super Cup pada Januari lalu telah dibatalkan oleh VAR kerana mendakwa bola terkena tangan beliau terlebih dahulu sebelum beliau menjaringkan gol.
Real Sociedad vs Real Madrid. 1-2. 6/22/2020.
Nonexistent penalty on vinicius, still given.
Clear goal ruled off for "interference"
Clear handball from benzema, goal still given.As corrupt as they get. Absolute disgrace. pic.twitter.com/QtAoOiYO9s
— A 🎯 (@PM15__) June 21, 2020
This was a handball and Benzema got away with it? 🤦🏾♂️ pic.twitter.com/RhrfIw7OCc
— Ansu Fati’s Big Bro (@korbienah) June 21, 2020
A Real Madrid ref disallowed Messi’s goal. Another Real Madrid ref allowed Benzema’s goal. Fraud of a club! pic.twitter.com/mbCVTODdf7
— BeksFCB (@Joshua_Ubeku) June 21, 2020
Namun di mata penyokong Barcelona, bola yang melantun dan didakwa terkena tangan Messi itu sebenarnya terkena di tempat yang sama seperti Benzema.
Kerana jaringan dari pemenang enam kali gelaran Ballon d’or itu dibatalkan, Barcelona tewas 3-2 kepada Atletico Madrid.
Selepas melihat gol Benzema tidak dibatalkan dan Real Madrid berjaya memintas Barcelona dalam kedudukan liga, para peminat pasukan gergasi Catalan itu terus mula mempertikaikan jaringan yang dibenarkan oleh VAR tersebut.
Bola jelas kelihatan terkena lengan Benzema dan setelah dinilai oleh VAR keputusan mereka tetap membenarkan gol tersebut dan membuatkan penyokong tidak berpuas hati.
This was a handball and Benzema got away with it? 🤦🏾♂️ pic.twitter.com/RhrfIw7OCc
— Ansu Fati’s Big Bro (@korbienah) June 21, 2020
Ia juga jelas membuktikan bertapa tidak konsistennya keputusan dan penilaian dari VAR, dan tidak hairanlah mengapa peminat menganggap VAR itu sendiri membawa maksud ‘Video Assistant Real Madrid’.
Real Madrid kini berkongsi 65 mata dengan Barcelona di puncak saingan La Liga selepas mengharungi 30 perlawanan dan perebutan untuk kejuaraan liga musim ini masih terbuka luas untuk kedua-dua pasukan.