Peminat Terhibur Lihat Gambar Tersembunyi Lukaku Dalam Poster Ucapan Tahun Baru Chelsea

Penyokong Chelsea yakin yang pihak media kelab sengaja menyorokkan kelibat Lukaku dari poster ucapan selamat tahun baru mereka di laman twitter.

Romelu Lukaku kini merupakan tokoh paling dibenci di Stamford Bridge selepas beliau mengeluarkan kenyataan tak sepatutnya dalam satu temu bual baru-baru ini.

Beliau secara terbuka menyatakan yang dirinya tidak gembira dengan situasi di Stamford Bridge pada ketika ini, dan turut mendedahkan hasratnya mahu kembali sertai Inter Milan.

Temu bual tersebut dirakam kira-kira tiga minggu lalu, dan ia baru sahaja disiarkan pada Khamis lalu.

Pemain berusia 28 tahun itu menegaskan yang beliau mahu sentiasa profesional dan dalam temu bual sama beliau memburukkan kelabnya sekarang, bahkan turut memuji bekas kelabnya.

Tidak pasti apa maksud sebenar profesional di mata seorang Romelu Lukaku selepas beliau melakukan hal-hal tidak profesional ketika mengaku dirinya sangat profesional.

Chelsea baru-baru ini telah memuat naik ucapan selamat tahun baru kepada semua para peminat, dan ramai yang perasan gambar Lukaku sepertinya disembunyikan dengan sengaja.

Hal itu sangat jelas sekali kerana pemain yang harganya memecah rekod kelab sepatutnya menjadi perkara pertama yang akan peminat lihat sebaik melihat poster tersebut.

Peminat bahkan perlu mengambil masa yang agak lama untuk mengesan di mana wajah Lukaku dalam poster tersebut, kerana ia terlalu samar-samar.

Gambar yang paling jelas dapat dilihat dalam poster tersebut merupakan manusia paling mulia dan merendah diri dalam dunia bola sepak, N’Golo Kante.

Selain itu, Reece James, Thiago Silva dan penjaring gol kemenangan Chelsea ketika menewaskan City dalam aksi perlawanan akhir Champions League, Kai Havertz turut jelas terlihat dalam poster tersebut.

Gambar Lukaku? Ya gambar dia dibuat sekecil-kecil yang mungkin dan sekadar diletakkan di bawah ketiak N’Golo Kante sahaja.

Nampak macam mana bijaknya pihak media Chelsea menganjing Lukaku dengan peminat dapat memahami segala maksud tersirat hanya dengan melihat gambar itu sahaja.

Lukaku baru menghabiskan separuh musim sahaja pada musim ini bersama Chelsea dan peminat juga turut bersetuju yang peranan beliau memang paling sedikit berbanding pemain-pemain lain.

“Admin telah melakukan tugasnya dengan sangat baik, Lukaku tidak menyumbang apa-apa, gambar dia sepatutnya di bawah kaki pemain wanita.”

“Saya rasa dia tak sepatutnya ada dalam gambar ini, tidak perlu dan pemain macam dia sekadar merosakkan keindahan poster ini.”

“Saya habiskan masa selama lima minit untuk mencari gambar Lukaku, saya sempat berharap agar gambar dia langsung tidak ada.”

“Dia tak layak diletakkan berhampiran Kante, jauh berbeza perwatakan mereka berdua, seorang pemain yang mulia dan murah hati, seorang lagi tidak matang dan menjijikkan.”

“Tindakan bijak, tiada pemain yang lebih besar dari kelab, kami rela terima kelab rugi £97 juta, berbanding melihat dia ada lagi di sini.”

Lukaku menikmati karier terbaiknya ketika beraksi bersama Inter Milan dalam saingan Serie A pada musim lalu, dan turut berjaya membantu kelab menjuarai saingan liga.

Beberapa musim ketika kariernya di Old Trafford, Lukaku sering dihentam kerana gagal memberikan impak seperti yang diharapkan.

Beliau berjaya menjadi antara pemain penyerang terbaik dalam dunia bola sepak ketika kariernya di San Siro dan kerana itulah Chelsea sanggup membayar yuran perpindahan yang mahal untuk mendapatkan khidmatnya.

Sejak kembali ke England, beliau telah membuat 13 penampilan dan turut menjaringkan 5 gol sepanjang tempoh tersebut.

Beliau kerap diketepikan dari skuad utama sebelum ini kerana pernah positif C0V-19 dan turut beberapa kali dibelenggu masalah kecederaan.

Pengurus kelab bahkan turut terpaksa mengubah-ubah taktikal beliau pada musim ini kerana Lukaku kerap tidak boleh digunakan.

Walaupun begitu, Lukaku tetap mendedahkan kepada media yang beliau tidak gembira di Stamford Bridge dan turut menghentam taktikal Thomas Tuchel.

Lukaku mendedahkan kepada Sky Sports Italia bahawa:

“Secara fizikal saya baik-baik sahaja, bahkan saya rasa lebih baik dari sebelum ini. Selepas dua tahun di Itali, yang mana saya banyak berusaha bersama Inter dan para jurulatih serta pakar pemakanan, secara fizikalnya saya baik-baik sahaja.”

“Tapi saya tak gembira dengan situasi pada ketika ini, ini biasa sahaja. Saya rasa jurulatih sudah memilih untuk bermain dengan sistem lain, saya cuma perlu kuat dan tidak menyerah dan terus berusaha dan jadi lebih profesional.”

“Saya memang tidak gembira dengan situasi, tapi saya seorang yang bekerja keras dan saya perlu kuat dan tidak menyerah.”

Chelsea pada ketika ini berada di kedudukan kedua dalam carta saingan Premier League, dan mereka selepas ini akan turun bertemu Liverpool yang berada di kedudukan ketiga dalam carta saingan liga.

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel bengang dengan tindakan dungu Lukaku yang mendedahkan hal-hal tidak sepatutnya dalam temu bual tersebut.

Beliau menganggap Lukaku sekadar membuat kecoh dan langsung tak membantu persediaan kelab untuk berdepan Liverpool hujung minggu ini.

“Kami tidak suka itu kerana ia sekadar menciptakan kekecohan yang kami tak perlukan, tapi di satu sisi lain, kami tidak mahu membuat kecoh, sangat mudah saja sebenarnya untuk jadi kontroversi.”

“Tapi saya tak suka tentang itu, ia hanya kekecohan yang kami tak perlukan, kami perlukan suasana tenang.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Gol Minit Akhir Jaringan Welbeck, Menyulitkan Lagi Laluan Chelsea Mahu Cabar Gelaran Liga