Peminat Terhibur Melihat Riddle Tunggang Unta Di Acara Crown Jewel

Memandangkan acara WWE Crown Jewel dilangsungkan di Arab Saudi, Riddle memutuskan untuk melakukan satu kelainan yang telah mencuri perhatian ramai.

Riddle memutuskan untuk menunggang Unta ketika entrance beliau bersama Randy Orton, untuk beraksi bertemu AJ Styles dan Omos.

Para peminat benar-benar terhibur melihat Riddle menunggang unta ketika berjalan menuju ke gelanggang, dengan rakan regu beliau, Randy Orton sendiri turut terkejut melihat beliau menunggang unta tersebut.

Kebiasaannya, Riddle akan membawa scooter dalam perjalanan beliau menuju ke gelanggang, dan mungkin kerana memikirkan beliau berada di Arab Saudi, maka beliau memutuskan untuk menunggang bintang yang terkenal di sana.

Aksi Riddle itu diterima dengan baik oleh para penyokong dan boleh dikatakan detik terbaik di acada Crown Jewel pada tahun ini adalah ketika melihat beliau menunggang unta itu.

Unta itu sepertinya membawa tuah kepada Riddle dengan beliau bersama rakan regunya, Randy Orton berjaya mempertahankan kejuaraan Tag Team (Raw) mereka menewaskan AJ Styles dan Omos.

Unta itu juga menjadi tarikan di acara kali ini dengan mereka diletakkan di kawasan gelanggang sepanjang malam, jadi setiap ada bintang yang lalu menuju ke gelanggang, unta-unta tersebut juga akan dirakam oleh kamera.

Acara Crown Jewel pada tahun ini dianggap antara pay-per-views terhebat WWE sepanjang tahun 2021 selepas para peminat disajikan dengan perlawanan-perlawanan yang menakjubkan.

Keputusan perlawanan dalam aksi di acara Crown Jewel 2021

The Usos menepati ramalan peminat dengan mereka berjaya menewaskan Cedric Alexander dan Shelton Benjamin (Hurt Business) dalam satu perlawanan yang sangat menghiburkan.

Legenda terhebat sepanjang zaman WWE, Edge bertemu Seth Rollins dalam sangkar neraka, dan beliau berjaya menewaskan bekas anggota The Shield itu dalam satu perlawanan yang cukup dasyat.

Penggusti dari Arab Saudi, Mansoor turun beraksi bertemu Mustafa Ali dan beliau tidak menghampakan para peminat dengan menewaskan Mustafa Ali.

Zelina Vega berjaya menewaskan Doudrop untuk menjadi penggusti wanita pertama yang muncul sebagai pemenang Queen Crown tournament.

Legenda WWE, Goldberg berjaya menewaskan Bobby Lashley dengan kedua-dua mereka bertarung dalam perlawanan No Holds Barred Falls Count Anywhere.

Xavier Woods mengejutkan ramai peminat selepas beliau berjaya menewaskan Finn Balor untuk muncul sebagai pemenang King Of The Ring tournament.

Pertarungan merebut sabuk kejuaraan dunia WWE, Big E berjaya menewaskan Drew McIntyre seterusnya mempertahankan tali pinggang kejuaraan miliknya.

Becky Lynch pula cemerlang mempertahankan kejuaraan Wanita Dunia (SmackDown) dengan menewaskan Bianca Belair dan Sasha Banks.

Aksi perlawanan antara Roman Reigns bertemu Brock Lesnar sebenarnya antara paling menarik di acara Crown Jewel pada tahun ini.

Roman berjaya mempertahankan kejuaraan Universal miliknya dengan menewaskan Brock Lesnar selepas beliau dibantu oleh pasangan Jimmy dan Jay.

Sumber: GMS

BACA:  Vince McMahon Mengumumkan Persaraannya Dari WWE