WWE Tawar Cristiano Ronaldo Lakukan Penampilan Di Acara Crown Jewel

World Wrestling Entertainment (WWE) dilaporkan sedang berusaha untuk mendapatkan persetujuan Cristiano Ronaldo untuk melakukan penampilan di acara Crown Jewel.

Pihak WWE mahukan pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali itu untuk menjadi antara bintang untuk acara tersebut yang akan berlangsung di Arab Saudi pada November.

Ronaldo kini berusia 38 tahun dan merupakan antara tarikan utama Saudi Pro League apabila pemain itu menyertai Al Nassr daripada Manchester United dengan kontrak dua tahun setengah bernilai $215 juta semusim pada Disember tahun lalu.

WWE pula telah diambil alih oleh pemilik UFC Endeavor yang kini mahu menaikkan profil acara Crown Jewel sejaligus meraih keuntungan berlipat kali ganda dengan Ronaldo menjadi daya tarik utama.

Sudah tentu usaha untuk memastikan Ronaldo melakukan penampilan di acara tersebut tidak datang dengan murah dan turut melibatkan yuran penampilan yang tinggi.

Tiada jumlah didedahkan oleh WWE namun berdasarkan kesungguhan mereka, jelas WWE sanggup membayar jumlah yang tinggi untuk mendapatkan pemain itu di acara tersebut.

Sebelum ini empat acara Crown Jewel telah diadakan di Arab Saudi sejak 2018, selain beberapa acara lain.

Pada Mei lalu bandaraya Jeddah telah menjadi vebue untuk acara Night of Champions edisi 2023.

Sekiranya menerima tawaran WWE, maka Ronaldo turut mengikut jejak langkah beberapa bekas pemain bola sepak profesional lain beralih profesion daripada bola sepak ke gusti.

Antaranya adalah Norwich City, Grant Holt, bekas penjaga gol Werder Bremen, Tim Wiese dan bekas pemain Wycombe Wanderers, Adebayo Akinfenwa.

BACA:  Ronaldo Ugut Kemas Beg Pulang Ke Rumah Selepas Bertekak Dengan Santos?