Pengadil Ditumbuk dan Dirembat Kerana Menafikan Penalti

Seorang pengadil amatur telah ditumbuk sehingga jatuh sebelum dirembat pula ketika berada di tanah dan terpaksa menerima rawatan di hospital selepas menafikan sepakan penalti yang diminta oleh pemain dalam perlawanan itu.

Perlakuan tidak masuk akal bagi manusia normal dilakukan oleh bekas ketua pasukan kebangsaan Russia, Roman Shirokov. Tiada semangat kesukanan langsung dari bekas pemain profesional itu.

Lebih memilukan lagi kejadian ini terjadi dalam perlawanan Moscow Celebrity Cup.

Kejadian yang tidak diingini ini tercetus apabila Roman Shirokov tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil perlawanan, Nikita Danchenko yang tidak memberikan sepakan penalti.

Roman Shirokov telah berlari anak ke arah Nikita Danchenko bagi mengemukakan bantahan dengan keputusan yang telah dibuat dan pergaduhan mulut telah berlaku.

Ekoran penghamburan kata-kata yang berbentuk makian, maka Nikita Danchenko selaku pengadil perlawanan telah melayangkan kad merah kepada Roman Shirokov

Dengan tidak semena-mena Roman Shirokov telah melepaskan satu tumbukan yang padu membuatkan Nikita Danchenko terus rebah ke tanah.

Tidak cukup dengan itu, sperti kerasukan syaithon, Roman Shirokov telah melepaskan pula satu rembatan ke badan pengadil amatur yang sudah berkicap ditumbuk.

Melihat situasi itu para pemain yang berada berdekatan tempat kejadian segera meleraikan dan menarik bekas pemain tengah Russia itu daripada terus melakukan kekejaman.

Saksi yang menonton perlawnaan itu telah mendakwa Shirokov telah mengugut pengadil sebelum bertindak agresif.

“Kau bagi kad merah, aku bagi kau ni(sambil menunjukkan penumbuk).”

Bekas pemain Zenit itu dengan serta merta telah digantung oleh MatchTV yang merupakan stesyen TV tempat beliau bekerja sebagai seorang pengulas bola sepak.

Selepas perlawanan telah tersebar gambar kecederaan di bahagian atas dan bawah mata kiri pengadil tersebut yang kelihat agak serius dan padu teruk tumbukan itu.

Nikita Danchenko telah memberi maklum balas mengenai keadaanya akibat diserang dengan menerima rawatan selama 4 jam di hospital.

“Aku telah menghabiskan masa selama 4 jam setengah di hospital kemudian bersada di bilik kecemasan untuk tempoh 15-20 minit.”

“Apa yang tidak akan membunuh kau akan membuatkan kau bertambah kuat. Aku mahu berterima kasih kepada semua yang memberi sokongan menghadapi situasi sukar ini.”

Bekas ketua pasukan kebangsaan Russia itu telah dilaporkan bakal menerima pertuduhan jenayah kerana melakukan serangan ganas ke atas pengadil.

Seperti biasa la, apabila kesalahan dilakukan maka permohonan maaf akan dilakukan walaupun maaf tidak mampu menyelesaikan kemusnahan yang terjadi. Jika maaf mampu selesaikan segalanya maka amanlah dunia.

Roman Shirokov telah membuat permohonan maaf yang panjang berjela di media sosial menunjukkan kekesalannya terhadap insiden itu.

“Aku dengan ini memohon kemaafan seikhlas hati kepada Nikita ekoran perlakuan yang tidak sepatutnya daripada aku.

“Aku sedar aku tidak diberikan sepakan sepakan penalti yang sangat jelas dan kad merah yang dilayangkan tidak boleh menjadi sebab untuk aku menaikkan tangan. Aku berharap Nikita akan kembali bertugas secepat mungkin.”

Penganjur kejohanan, German Popcov telah menyelar serangan ini dan melabelkan sebagai menjijikkan.

“Ini merupakan satu episode luar biasa, Roman telah bertengkar dengan pengadil dan kemudian serangan bermula.”

“Perkara ini tidak boleh diterima, menjijikkan dan sangat teruk. Ini merupakan satu perlakuan yang pelik. Ramai yang menyaksikan secara langsung dari jutaan sudut.”

“Perkara ini dilakukan oleh orang yang merupakan kawan-kawan.”

“Aku juga mahu meminta maaf kepada penganjur kejohanan, rakan sepasukan, Match TV dan penonton.”

BACA:  Arteta Didapati Tidak Bersalah Kritik Pengadil Selepas Tampil Pembelaan Guna Bahasa Sepanyol