Pengguna Tinder Kantoi Bodoh Menyamar Menjadi Jordan Henderson

Salah seorang pengguna Tinder menyamar menjadi ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson namun kerana kebodohannya, beliau terkantoi.

Penyokong Coventry City, Hattie Rowe telah mencetuskan sensasi di internet selepas beliau memuat naik tangkap layar perbualannya bersama Jordan Henderson palsu di laman twitter.

Tinder merupakan aplikasi mencari jodoh, mencari selingkuhan, mencari masalah dan macam-macam lagi, dengan setiap pengguna boleh memilih siapa yang mahu mereka berkawan.

Jika berminat mereka harus slide ke kanan dan jika tak berminat mereka hanya perlu slide ke kiri dan ada beberapa lagi fungsi lain aplikasi itu yang Min sendiri tak tahu.

Ketika Hattie Rowe sedang bergembira ‘swiping’ di laman Tinder, beliau menemui salah seorang pengguna yang menggunakan nama Dan.

Dan memakai data peribadi serta gambar milik pemain midfield England, Jordan Henderson dan cara beliau menyusun profile nampak sebiji macam dia adalah ketua pasukan Liverpool itu.

Mengikut data yang ada, Dan berada 37 batu sahaja dari Hattie dengan beliau mengakui pernah belajar di University of Edinburgh dan lebih menarik lagi beliau turut ada tanda biru pada profile miliknya.

Rasa curiga mahu tahu apa yang sedang berlaku sebenarnya, Hattie memilih untuk menyukai dan memulakan perbualan bersama Dan.

Dari bertanya dengan cara yang susah, Hattie Rowe memilih untuk terus sahaja bertanya mengapa Dan menyamar menjadi Jordan Henderson.

Dan tidak mahu mengaku dengan beliau segera menjawab:

“Saya lah Jordan Henderson.”

Ketika Hattie sedar yang Jordan Henderson pada ketika itu sedang beraksi bersama skuad Liverpool bertemu Crystal Palace, beliau terus bertanya tentang hal tersebut kepada Dan.

Apa yang lebih menghiburkan, Dan tidak teragak-agak untuk menjawab soalan tersebut, dan dengan yakinnya beliau menyatakan:

“Yeh, saya berlari keluar padang untuk mesej kamu, terlalu berbaloi untuk dirindui.”

Mungkin dia fikir Henderson main bola petang-petang, boleh suka-suka keluar masuk padang apa lagi untuk sekadar membalas mesej.

Ciapan yang dimuat naik oleh Hattie Rowe itu telah mendapat lebih 55,000 sukaan dan mencecah 4000 retweets (ketika artikel ini ditulis).

Sepertinya perbualan itu tidak diteruskan lagi selepas mesej terakhir hanyalah emoji ketawa dengan Jordan Henderson palsu mungkin sedar identiti beliau sudah terbongkar.

Andai Dan tidak terkantoi sekalipun, sukar sebenarnya untuk para peminat percaya itu adalah akaun rasmi Jordan Henderson.

Hal ini kerana Henderson sebenarnya seorang suami yang setia kepada isterinya Rebecca Burnett dan pasangan itu sudah memiliki tiga anak bersama.

Sebelum ini pernah tersebar profile Henderson di laman media sosial Bebo dan melihat kepada perincian yang beliau perincikan pada profile miliknya itu, ia jelas terlalu jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Dan.

Menyamar menjadi individu terkenal ini sudah terlalu biasa dalam dunia media sosial hari ini, namun untuk sampai diiktiraf dan mendapat tanda biru, Dan dianggap sudah berjaya.

Entah berapa ramai pengguna Tinder lain yang sudah menjadi mangsa Dan sebelum ini, dan mungkin saja beliau kenyang dapat makwe dengan cara keji seperti itu.

Mujur saja bukan isteri Henderson yang menjumpai akaun Dan, kalau tidak ada kemungkinan ketua pasukan Liverpool itu akan berdepan hari-hari yang sukar ketika pulang ke rumah.

Ketika hari kejadian Henderson sedang beraksi bersama skuad Liverpool untuk bertemu Crystal Palace, dengan skuad kendalian Jurgen Klopp itu berjaya mencatatkan kemenangan 3-1 di halaman lawan.

Kemenangan itu membantu mereka untuk terus merapatkan jurang mata dengan Manchester City yang kini sedang selesa 9 mata mendahului carta saingan liga.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jordan Henderson Marah Penyokong Yang Ejek Harry Maguire