Pengurus Saint-Etienne, Pascal Dupraz dilaporkan telah menghalang para pemainnya yang beragama Islam dari berpuasa di bulan Ramadhan.
Beliau meminta anak-anak buahnya untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan selepas skuadnya berdepan kekalahan pada hujung minggu lalu.
Pasukan dari saingan Ligue 1 itu pada ketika ini sedang bergelut untuk kekal beraksi di liga utama Perancis itu dengan mereka pada ketika ini berada di kedudukan ketiga tercorot.
Saint-Etienne Manager Pascal Dupraz has reportedly asked his Muslim players to stop fasting for Ramadan. pic.twitter.com/M0O9BSvX1v
— SPORTbible (@sportbible) April 16, 2022
Peluang mereka untuk kekal atau setidak-tidaknya dapat beraksi di pusingan play off sedikit tergendala selepas kekalahan memalukan 6-2 bertemu pasukan dasar liga, Lorient pada hujung minggu lalu.
Kekalahan itu menyebabkan skuad kendalian Dupraz itu berada empat mata di belakang seteru utama mereka itu, dan satu mata di belakang Clermont Foot yang berada di kedudukan ke-17.
Mereka kini perlu berusaha sehabis daya untuk mengelak dari berada di zon bahaya itu dengan saingan liga musim ini masih berbaki tujuh perlawanan.
Menurut sumber laporan dari L’Equipe, pengurus Saint-Etienne kini tampil menghalang para pemainnya yang beragama Islam dari menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.
Selepas berdepan kekalahan memalukan pada minggu lalu, pengurus Saint-Etienne itu menyatakan bahawa:
Fasting restriction from Saint Etienne coach Pascal Dupraz to his players! https://t.co/yI2rnSk60s
— TakeToNews (@take_to_news) April 16, 2022
“Saya menjelaskan sebelum ini yang kekalahan itu tanggungjawab saya.”
Jelas pengurus itu kepada Amazon Prime Video.
“Tanggungjawab seorang pengurus adalah untuk mengingatkan pemain bahawa bola sepak penuh dengan rasa hormat.”
“Ketika kita mula lakukan apa kita lakukan, kamu tak boleh jadikan alasan lepas kita sudah mendahului 2-0. Kamu perlu hormat asas-asas dalam bola sepak, itu sangat penting dan itu lah apa yang kita tak mampu lakukan.”
“Ia adalah kesilapan bersama, silap kerana terlalu berbangga, sikap angkuh, dan sikap itu tak patut ada pada pemain bola sepak profesional.”
“Kita sekarang dalam perjalanan untuk tebus kesilapan, masih ada baki tujuh perlawanan dan apa saja berlaku, dengan keputusan lain, kita akan berada di zon penyingkiran selepas hari perlawanan ini.”
Saint-Étienne manager Pascal Dupraz has asked his Muslim players to stop fasting for Ramadan as the team looks to stave off relegation. (L'Éq)https://t.co/Fsg0jP4iMs
— Get French Football News (@GFFN) April 16, 2022
“Ia kegagalan, saya mengaku itu dan saya bertanggungjawab untuk itu. Dari segi tingkah laku kami, sikap kami, kami rasa terlalu cepat berlaku selepas kami mendahului 2-0. Sikap yang kami tunjukkan selepas mendahului adalah sikap yang tak sepatutnya ditunjukkan.”
Dupraz sebelum ini turut terbuka mengkritik pemainnya sendiri secara terbuka terutama ketua pasukan, Wahab Khazri dan beliau kononnya melakukan hal itu dalam usahanya untuk memastikan skuadnya terus kekal dalam saingan Ligue 1.
Walau bagaimanapun, dengan meminta pemainnya supaya berhenti berpuasa jelas sekali bukan langkah terbaik yang boleh dan sepatutnya beliau ambil dalam usahanya untuk membantu kelab mengelak dari tersingkir.
Ramai lagi pemain beragama Islam yang lain yang turut berpuasa dan masih kekal boleh memberikan aksi terbaik mereka.
Lihat saja Karim Benzema yang sebelum ini secara terbuka mendedahkan yang beliau gembira berpuasa dan hal itu sama sekali tidak mengganggu persembahan beliau.
European column is heading to France and Italy as @MarkOHaire goes in search of value ✅
"St Etienne have made improvements under Pascal Dupraz but last weekend’s 6-2 thrashing at Lorient raised doubts." 👀
𝗥𝗲𝗮𝗱 𝗺𝗼𝗿𝗲: https://t.co/ljIsuQ4XNP ✍️ pic.twitter.com/hw876KQ1Vp
— Matchbook Betting Exchange (@TeamMatchbook) April 14, 2022
Pemain penyerang Real Madrid itu berpuasa ketika turun beraksi bertemu Chelsea di Stamford Bridge sebelum ini, dengan beliau cemerlang mencatatkan hat-trick dalam perlawanan tersebut.
Di Jerman, pengadil perlawanan bahkan turut memberhentikan perlawanan bagi memberi ruang kepada pemain beragama Islam untuk berbuka Puasa.
Ia jelas satu tindakan yang menghormati agama lain dan berpuasa sambil bermain bukanlah hal baru dalam dunia bola sepak.
Ramai pemain beragama Islam yang masih boleh beraksi cemerlang walau mereka ketika itu sedang berpuasa dan hal itu sememangnya pernah berlaku.
Sumber: SPORTbible