Pengurus Morocco Dakwa Hakim Ziyech Sengaja Berpura-pura Cedera

Pengurus Morocco, Vahid Halilhodzic telah menghentam Hakim Ziyech secara secara terang-terangan, dengan beliau menuduh bintang Chelsea itu sengaja berpura-pura mengalami kecederaan.

Beliau mendakwa yang Hakim Ziyech memalsukan kecederaannya sendiri kerana mahu mengelak dari diturunkan beraksi dalam perlawanan persahabatan untuk negaranya.

Ziyech telah diketepikan dari skuad utama Morocco yang akan beraksi dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia bertemu Sudan dan Guinea.

Keputusan pengurus mengetepikan Ziyech telah mencuri perhatian ramai terutama pihak media.

Namun ketika ditanya tentang mengapa Ziyech digugurkan, pengurusnya, Halilhodzic mengesahkan ia kerana sikap bintang Chelsea itu di luar padang.

“Tingkah laku dia sejak dua perlawanan terakhir, terutama yang terakhir, itu bukan sikap pemain negara.”

Jelas pengurus berusia 69 tahun itu.

“Dia sampai lambat dan selepas itu mengelak untuk bekerja. Memang tak dapat apa kalau nak bincangkan hal itu lagi, sebagai jurulatih, jawapan saya sudah ada di sana.”

“Buat pertama kali dalam karier jurulatih saya, saya lihat perangai yang mengecewakan seperti ini. Pemain yang mengelak untuk bermain, mengelak dari bermain perlawanan persahabatan dan berpura-pura cedera.”

Halilhodzic menegaskan yang Ziyech sudah diperiksa oleh petugas kesihatan Morocco menjelang aksi perlawanan persahabatan dan beliau disahkan boleh bermain.

“Petugas kesihatan sudah melakukan beberapa pemeriksaan dan mengesahkan yang dia boleh bermain. Dia kemudian menolak untuk memanaskan badan pada aksi babak kedua kerana dia kecewa diletakkan di bangku simpanan.”

“Bagi saya sikap itu sangat tidak boleh diterima. Kamu tak boleh menipu dengan skuad kebangsaan. Kamu 100% berada di sana atau tidak!”

Hal ini mungkin bakal memberi impak pada hubungan Ziyech dengan pengurus skuad kebangsaannya dan beliau mungkin akan diketepikan dalam tempoh yang lama.

Dek kerana diketepikan, setidak-tidaknya Ziyech boleh gunakan masa yang ada untuk pulih sepenuhnya dari kecederaan bahu yang beliau alami ketika beraksi bersama Chelsea dalam saingan Super Cup bertemu Villarreal bulah lalu.

Pemain berusia 28 tahun itu telah mempamerkan aksi yang cukup menakjubkan untuk Chelsea ketika sesi pra musim.

Beliau menjaringkan dua gol ketika bertemu Tottenham Hotspur, sebelum menjaringkan gol ketika aksi kemenangan mereka menewaskan Villarreal di Windsor Park, Belfast.

Beliau dilihat dalam usahanya untuk membina musim pertama yang sempurna di Stamford Bridge, yang mana beliau sudah menjaringkan dua gol dan mencatatkan tiga assists ketika membantu The Blues menjuarai Champions League.

Walau bagaimanapun, beliau mungkin sedikit sukar untuk bersinar atau beraksi di pentas antarabangsa selepas ini, andai permasalahan antaranya dengan pengurus tidak diselesaikan.

Ia kerana Ziyech pula mengeluarkan dakwaan yang menyatakan bahawa pengurusnya berbohong dan mengeluarkan dakwaan yang salah tentangnya.

Bintang Chelsea itu memuat naik story di laman instagram miliknya dengan menyatakan:

“Lepas ni kalau kamu bercakap, cakap benda yang betul (emoji badut)”

Semoga kedua-dua pihak dapat menyelesaikan persilisihan faham antara mereka dengan baik, dan Ziyech akan kembali dibenarkan beraksi bersama skuad kebangsaan Morocco.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ziyech Derma RM1.4 Juta Bonus Piala Dunia dan Dermakan Gaji Bersama Maghribi Sejak 2015