Gol Pertama Galatasaray Hakim Ziyech Sepatutnya Dibatalkan Jika Pengadil Mahir Peraturan

Gol pertama Galatasaray dalam perlawanan menentang Manchester United sepatutnya tidak dibenarkan sekiranya pengadil benar-benar mahir akan peraturan permainan.

Manchester United kini berada di ambang gagal melayakkan diri ke pusingan kalah mati pertandingan elit kelab Eropah itu apabila sekadar seri 3-3 menentang kelab Turki itu.

Alejandro Garnacho membuka tirai jaringan pada minit ke-10 perlawanan untuk skuad kendalian Erik ten Hag sebelum Bruno Fernandes menggandakan kedudukan dengan jaringan cantik dari luar kotak penalti.

Hakim Ziyech kemudiannya mulai meruntuhkan semangat juang skuad United dengan sepakan percuma yang menewaskan Andre Onana selepas sepakannya berjaya melepasi benteng dan dinding yang dibina pemain United.

Namun demikian jaringan tersebut sepatutnya tidak dibenarkan. beIN Sports melaporkan pemain pasukan lawan/pasukan menyerang sepatutnya berada sekurang-kurang 1 meter daripada benteng/dinding yang dibina pemain United sehingga bola disepak.

Peraturan tersebut jelas terkandung di dalam Peraturan 13 berkenaan sepakan percuma IFAB.

Sebelum sepakan diambil oleh Ziyech, Galatasaray mempunyai dua pemain berdiri bersama-sama benteng United dengan jarak sekitar 60cm. Ini sudah cukup untuk tidak membenarkan jaringan oleh Ziyech itu.

Dalam perlawanan tersebut, Scott McTominay berjaya mengembalikan kelebihan dua gol United pada babak kedua sebelum Ziyech sekali lagi menewaskan Onana sekali lagi menerusi sepakan percuma.

Pemain gantian Karem Akturkoglu kemudiannya melengkapkan come back oleh Galatasaray sekaligus meletakkan Manchester United di posisi bahaya tersingkir daripada pertandingan ini.

Sekiranya jaringan Ziyech dibatalkan, kedudukan United pada hari ini mungkin berbeza.

United kini tiada pilihan lain selain menewaskan Bayern Munich di Old Trafford dan berharap keputusan perlawanan lain memihak kepada mereka untuk mara ke pusingan seterusnya.

BACA:  Premier League 2021/22: Manchester United 0-2 Manchester City