Pengurus Vietnam Cabar Indonesia Main Secara Menyerang

Permainan minda atau lebih tepat lagi perang psikologi sudah menjadi makanan untuk pengendali skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo.

Pengurus dari Korea Selatan itu tampil mencabar skuad Garuda untuk menyerang Naga Merah menjelang aksi pertembungan antara kedua-dua pasukan nanti.

Vietnam selepas ini bakal beraksi bertemu Indonesia dalam aksi perlawanan ketiga mereka di peringkat kumpulan B saingan AFF Suzuki Cup tahun ini.

Kedua-dua pasukan ketika ini memiliki rekod yang sangat cemerlang dengan masing-masing sudah merekodkan dua kemenangan dari dua perlawanan.

Vietnam sudah selesai mengharungi perlawanan berat mereka baru-baru ini bertemu Malaysia dengan mereka sepertinya tiada masalah untuk mengutip tiga mata penuh dalam pertembungan tersebut.

Sementara Indonesia pula, mereka sepertinya bakal berdepan ujian sebenar untuk bertemu Juara bertahan dalam pertandingan ini, Vietnam untuk aksi perlawanan ketiga mereka.

Vietnam sebelum ini dianggap bakal berdepan laluan lebih sukar untuk mara ke peringkat separuh akhir selepas mereka diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan Malaysia dan Indonesia.

Aksi bertemu Malaysia kemarin dianggap sebagai pertembungan semula finalis AFF Suzuki Cup pada tahun 2018 yang lalu.

Walau bagaimanapun, perlawanan itu sebenarnya lebih kepada sesi pemanas badan sahaja untuk skuad Vietnam, dengan mereka terlalu mudah menumbangkan Harimau Malaya dengan keputusan 3-0.

Bagai mendapat tenaga dan moral booster selepas menewaskan Malaysia, Park Hang-seo tampil mengeluarkan kenyataan berani menjelang aksi bertemu Indonesia.

“Jika mereka rasa yang kami tak nampak kuat selepas mencatatkan dua kemenangan setakat ini, mereka boleh tampil dan serang kami.”

Jelas Park penuh sinis sambil ketawa jahat.

“Kami sangat mengalu-alukan itu.”

Indonesia juga sepertinya menghadapi sedikit rintangan menjelang pertemuan bertemu Vietnam, namun Shin tidak mahu memperincikan masalah tersebut dan hanya memberi keyakinan sahaja yang mendakwa mereka sudah bersedia.

“Kami sangat tenang dan bersedia untuk perlawanan itu, tapi ada sedikit masalah yang tak dijangka telah berlaku.”

Jelas pengurus Indonesia itu.

“Saya akan simpan data ini semua untuk kegunaan selepas perlawanan.”

“Apa yang boleh saya sahkan adalah semua pemain berjaya perbaiki di banyak kawasan dalam permainan kami, dan saya percaya penyokong Indonesia berkongsi kepercayaan yang sama dan kami akan maju ke depan bersama-sama.”

Indonesia bengang dengan penganjur AFF kerana tidak benarkan Elkan Baggot bermain

Kerajaan Singapura telah menghantar surat kepada Elkan Baggot dan meminta bintang Indonesia itu untuk menjalani kuarantin wajib sehingga 18 Disember.

Elkan kini terpaksa dikuarantin kerana semasa dalam penerbangan dari London ke Singapura pada Selasa (7 Disember) terdapat penumpang yang didapati positif COVID-19, varian baharu Omicron.

Yang menyebabkan kem Indonesia tidak berpuas hati adalah kerana Elkan Baggot sudah menjalani saringan dan keputusannya adalah negatif.

Beliau juga sudah diturunkan untuk beraksi ketika menentang Laos sebelum ini dan kerana itu kem Indonesia bengang mengapa penganjur baru mahu menyuruh pemain mereka itu untuk jalani kuarantin.

Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (Ketum PSSI), Mochamad Iriawan yang tidak berpuas hati telah menghubungi Duta Besar Indonesia di Singapura, Suryopratomo untuk membantu isu membabitkan Elkan Baggot ini.

“Saya kesal dengan peraturan ini. Elkan telah pun bermain menentang Laos. Ia sepatutnya dikuarantin dari awal sebelum melawan Laos. Lagipun selepas diuji PCR, keputusannya negatif.” kata Iriawan.

“Kami juga menyertai kejohanan Piala AFF 2020 sebagai gelembung sukan (Sport Bubble). Sudah tentu aktiviti pasukan hanya di hotel, padang dan stadium tempat kami bertanding. Kami juga masuk ke Singapura tidak seperti rakyat lain kerana menggunakan permit daripada MTI (Ministry of Trade & Industry)”

“Jadi kami amat kesal dengan apa yang menimpa Elkan. Lagipun baru diumumkan petang semalam. Kami minta Elkan tidak perlu dikuarantin lagi dan boleh bermain. menentang Vietnam,”

Tambah Iriawan.

Sehingga berita ini didedahkan PSSI masih menunggu berita terkini tentang kepastian tersebut. PSSI masih berharap Elkan dapat menentang Vietnam. Elkan sendiri telah bersama pasukan ini sejak 8 Disember lalu dan menyertai aktiviti pasukan kebangsaan Indonesia.

“Mengapa Elkan tiba-tiba terpaksa dikuarantin? Dia telah menjalani ujian PCR (Polymerase Chain Reaction) di sini sebanyak tiga kali dan telah menjalankan aktiviti bersama pasukan dan menentang Laos,”

Kata Indra.

Satu hal yang pasti, keluhan kem Indonesia sepertinya memang masuk akal kerana sangat tidak wajar untuk meminta pemain yang sudah pun bermain dan disahkan negatif untuk menjalani kuarantin.

Dia dah sampai sejak seminggu lebih, kalau dia kena kuarantin, maksudnya satu team Indonesia pun kena kuarantin, skuad Laos yang dah bermain dengan dia pun kena kuarantin sama.

Jadi memang masuk akal untuk kem Indonesia bantai semula penganjur AFF pada tahun ini, kerana membuat keputusan yang agak dungu.

Sumber: ESPN

BACA:  Piala AFF 2022: Vietnam 3-0 Malaysia