Kieran O’Hara merupakan seorang penjaga gol untuk pasukan Manchester United dan telah dipinjamkan ke pasukan Burton.
Setan merah adalah antara pasukan yang mempunyai ramai penjaga gol yang hebat seperti De Gea, Romero dan Dean Henderson yang dipinjamkan ke Sheffield United.
Penjaga gol muda United, Kieran O’Hara telah terlibat dengan satu insiden ketika beraksi di League One dan beliau telah dijatuhkan hukuman penggantungan enam perlawanan.
Burton goalkeeper Kieran O'Hara, on loan from Manchester United, has been banned for six games for biting an opponent.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) March 6, 2020
O’Hara dijatuhi hukuman penggantungan kerana terlibat dengan insiden menggigit pemain lawan ketika dalam aksi perlawanan Burton Albion menentang Peterborough United.
Penjaga Gol berusia 23 tahun yang dipinjamkan ke pasukan di League One itu telah bertengkar dengan penyerang pasukan Peterborough, Sammie Szmodics.
Ketika pasukan lawan mendapat satu tendangan sudut, O’Hara telah menggigit lengan Sammie yang sedang berdiri di depan beliau.
Cara beliau menggigit pemain lawan saling tak tumpah sama persis dengan aksi Suarez menggigit lawan-lawannya.
Suarez terkenal sebagai drakula bola sepak kerana sudah banyak kali terlibat dalam insiden menggigit pemain lawan.
Chiellini dan Ivanovic adalah antara mangsa yang pernah digigit Suarez satu masa dahulu.
Berbalik kepada cerita O’Hara menggigit lawannya, beliau telah dijatuhi hukuman oleh pihak FA yang mendenda beliau £2,500 dan digantung enam perlawanan.
Burton Albion goalkeeper Kieran O'Hara has been given a six-game ban for violent conduct.
More: https://t.co/M3Z0yMDy6B pic.twitter.com/UON8R2adkG
— BBC Sport (@BBCSport) March 6, 2020
O’Hara disabit dengan hukuman itu kerana kesalahan berpelakuan ganas walaupun beliau telah sekeras-kerasnya menafikan perlakuan tersebut.
Pihak FA telah mengeluarkan kenyataan dengan berkata:
“Satu jawatankuasa bebas telah menggantung Kieran O’Hara enam perlawanan berkuatkuasa serta merta dan mendenda beliau £2,500 kerana melanggar peraturan FA E3″.
“Penjaga gol Burton Albion FC menafikan perlakuannya pada minit ke-44 perlawanan League One EFL menentang Peterborough United FC pada Sabtu, 29 Februari 2020, namun dakwaan perlakuan ganas itu telah terbukti sah.”
“Hasil siasatan jawatankuasa ini akan diedarkan dalam masa terdekat.”
📝 An independent Regulatory Commission has suspended goalkeeper Kieran O'Hara for six games with immediate effect for a breach of FA Rule E3.
Read more about this via the link below.#BAFC
👇👇👇
— Burton Albion FC (@burtonalbionfc) March 6, 2020
O’Hara tidak pernah beraksi bersama skaud senior setan merah, tetapi pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Ireland di saingan antarabangsa.
O’Hara menyertai setan merah ketika beliau berusia 16 tahun pada tahun 2012 yang lalu selepas berpindah dari pasukan Urmstom Town.
Setan merah telah meminjamkan penjaga gol muda itu kepada beberapa pasukan sebelum ini antaranya,Trafford, AFC Fylde, Morecambe, Stockport County, Macclesfield Town dan Burton Albion.
Dem don ban #mufc loanee Kieran O’Hara for six games and dem fine am £2,500 onto say e go bite person when Burton dey face Peterborough #MUIP🦍 [sky] pic.twitter.com/cDZ1lMBTCz
— Man United in Pidgin (@ManUtdInPidgin) March 6, 2020
Rentetan dari insiden dan rekod buruk yang dimiliki, sukar untuk penjaga gol muda itu mendapatkan kepercayaan dari Ole untuk menyerapnya ke pasukan setan merah.
Setan merah mempunyai barisan penjaga gol yang sudah mencukup dengan penjaga gol utama mereka De Gea dan penjaga gol simpanan mereka Sergio Romero.
Romero with Another clean sheet
Best back up keeper in the world pic.twitter.com/y8P6XWUaLS
— AJ 🦅 (@r3al__AJ) March 12, 2020
Selain dari dua penjaga gol itu, setan merah juga mungkin akan memanggil semula penjaga gol mereka Dean Henderson yang kini dipinjamkan ke Sheffield.