Penjara Yang Menempatkan Ronaldinho Menganjurkan Pertandingan Futsal

Ronaldinho dan abangnya, Roberto telah ditahan pihak polis di Paraguay selepas masuk ke negara tersebut dengan menggunakan pasport palsu.

Warga Brazil itu masuk ke Paraguay pada rabu lalu untuk satu acara amal.

Pihak berkuasa telah datang ke hotel penginapan Ronaldinho berdekatan bandar Asuncion, lalu telah menjumpai dokumen perjalanan palsu.

Hasil siasatan pihak polis telah mendapati pasport Ronaldinho dan Roberto tertera bahawa mereka daripada Paruguay bukan Brazil.

Ronaldinho kini tidak memegang pasport Brazil selepas dikenakan sekatan pada 2018 kerana terbabit dalam isu alam sekitar.

Pemain lagenda Brazil dan abangnya ditahan pihak berkuasa tapi masih dibenar untuk tinggal di hotel untuk siasatan.

Menteri Dalam Negeri Paraguay, Euclides Acevedo membenarkan mereka tinggal di hotel ketika siasatan dijalankan dan tidak dibenar meninggalkan Paraguay.

“Mereka telah memalsukan dokumen, mereka tidak ditahan dan penyiasatan kehakiman dijalankan untuk mendapatkan keterangan mereka.”

“Kemudian barulah diputuskan samada mereka akan ditahan atau tidak.”

Seorang ahli perniagaan daripada Brazil, Wilmondes Sousa Lira berusia 45 tahun telah ditahan kerana dipercayai sebagai dalang pemalsuan dokumen.

“Ketika ini seorang ahli perniagaan Brazil telah ditahan dan menurut kenyataan awal, beliau bertanggungjawab dalam pemalsuan dokumen ini.”

“Ronaldinho dan Roberto telah memberi kerjasama dan mengisytiharkan diri mereka tidak bersalah, mereka berkata bahawa mereka diperdaya oleh ahli perniagaan tersebut.”

“Ketika dilapangan terbang, Polis telah menyedari bahawa dokumen ini telah dipalsukan dan tiada siapa dibenarkan mempunyai dokumen palsu.”

“Maklumat yang kami ada berdasarkan penyiasatan bahawa pasport itu telah dipohon dan dikeluarkan sebulan lalu untuk Ronaldinho dan Roberto.”

Jelas Menteri Dalam Negeri Paraguay.

Pada 2018 Ronaldinho dan Roberto telah diharamkan meninggalkan Brazil kerana menangkap ikan ditempat yang dilarang pada 2015.

Ronaldinho juga telah diarahkan membayar denda $8.5 juta dan sejak 2018 mereka berdua tidak dibenarkan meninggalkan Brazil.

Lebih kelakar, tahun lalu kerajaan Brazil telah melantik Ronaldinho sebagai duta pelancongan negara.

Ronaldinho ketika dalam tahanan

Satu gambar Ronaldinho ditahan di sebuah penjara di Paraguay telah tular. Beliau ditahan atas arahan mahkamah Paraguay kerana memalsukan pasport.

Gambar gambar beliau ketika di penjara masih menampakkan beliau tersenyum dengan memakai sandal dan baju singlet.

Ronaldinho juga melayan karenah para anggota polis di situ yang sangat meminatinya.

Pada Sabtu lalu, hakim menyatakan Ronaldinho mungkin tidak akan dipenjara. Namun beliau perlu dibicarakan terlebih dahulu sebelum diterbangkan pulang ke Brazil.

Ketika di penjara, beliau diletakkan bersama dengan anggota polis lain di satu sel khas dan bukannya penjara yang menempatkan para pesalah lain.

Ini kerana kerajaan Paraguay menghormati beliau sebagai seorang bintang bola sepak dunia. Dan kehadiran beliau ke Paraguay pun atas tujuan kebajikan.

Kali ini beliau menerima undangan untuk membantu kanak kanak kelainan upaya / OKU.

Beliau mendapat jemputan daripada rakannya untuk melakukan aktiviti amal di Paraguay. Ronaldinho memang banyak melakukan amal kebajikan dalam hidupnya.

Peminat sangat kagum dengan Ronaldinho yang sentiasa tersenyum walaupun ada masalah besar dalam hidupnya. Dia tak menolak untuk diambil gambar.

Dan ironi tentang kejadian itu hanya beberapa hari selepas Ronaldinho berada dipenjara berkenaan, pihak mereka bakal mengadakan kejohanan Futsal.

Tambahan, menurut satu sumber mengatakan bahawa pertandingan itu biasanya berlaku setiap enam bulan dan sepertinya telah dirancang sebelum ketibaan Ronaldinho lagi.

Lazimnya terdapat 194 penghuni yang terlibat (tiada pegawai polis yang turut serta) dan akan dibahagikan kepada sepuluh pasukan yang berbeza.

Pertandingan itu akan berlangsung pada hari Isnin nanti. Sementara itu, Pesuruhjaya Blas Ver tidak menjangka bahawa bekas bintang Barcelona dan AC Milan mungkin bakal sertai pertandingan itu dan berharap beliau berpeluang untuk menontonnya.

Di Paraguay, masa maksimum untuk tempoh siasatan adalah enam bulan tetapi Ronaldinho dan saudaranya berharap prosesnya lebih cepat.

BACA:  Aksi Ronaldinho Ketika Bertemu Legenda Real Madrid Bukti Beliau Pemain Terhebat Sepanjang Zaman