Penuh Tawaduk Jawapan Kante Selepas Ditanya Peluang Menang Ballon d’OR

Pemain bola sepak yang digemari dan disayangi ramai , N’Golo Kante dengan penuh tawaduk menjawab soalan mengenai peluang beliau untuk memenangi anugerah Ballon d’Or.

N’Golo Kante sangat terkenal dengan sikap pemalu dan tawaduk ketika di padang dan juga diluar padang sangat bertepatan dengan dirinya sebagai seorang muslim.

Tawaduk bermaksud merendah diri, tidak angkuh yang membawa kepada sifat tidak haloba kepada kekayaan dan kebesaran hidup di dunia ini.

Bercakap kepada RMC selepas kejuaraan dan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan, ini mutiara kata dari Kante:

“Ini sangat menakjubkan. Ini hasil dari usaha yang keras selepas melalui banyak kesukaran dan halangan sepanjang musim.”

“Anugerah pemain terbaik perlawanan itu nombor dua. Apa yang paling penting adalah kerja yang dilakukan secara berkumpulan.”

“Ini satu kebanggaan dan keriangan. Kami berhabisan berjuang untuk ke perlawanan akhir. Hari ini selepas kesengsaraan kami lalui kami telah beroleh hasilnya.”

Dengan aksi yang padu dipamerkan oleh Kante pada separuh akhir pertama dan kedua serta di perlawanan akhir Champions League, peminat bola sepak mula melaung supaya Kante dianugerahkan Ballon d’Or.

Ketika ditanya tentang peluang untuk memengangi anugerah tertinggi bagi pemain bola sepak iaitu Ballon d’Or, Kante dengan merendah diri menjawab:

“Tidak, untuk saat ini kami menikmati Liga Juara-Juara, Euro tidak lama lagi, saya akan bergabung dengan pasukan Perancis dan saya berharap dapat memenangi Euro juga.”

Sabtu lalu, sebelum perlawanan akhir Champions League berlangsung, bekas pemain Chelsea, Ramires berkata, Kante layak untuk Ballon d’Or jika beliau bergelar juara Champions League dan juga EURO 2020.

“Aku menonton permainan Kante dan ada filem di kepala aku kerana aku seperti melihat diri sendiri. Dia bermain, dia menjadi tumpuan utama, tetapi tiada siapa yang dapat melihat Kante seolah-oleh mahu menunjuk-nunjuk.” katanya.

“Dia sangat tenang, selalu pendiam. Dia pemain luar biasa. Dia berada di mana-mana disegenap sudut padang.”

Tidak dapat dinafikan lagi keberadaan Kante di padang dapat dilihat di mana-mana dengan tenaga tidak kehabisan yang dijana oleh Nasi Lemak lauk Ayam masak pedas yang membuatkan Ramires kagum.

“Di bahagian pertahanan, di tengah, di bahagian serangan, kat tepi, mana-mana mai, tiba-tiba ada. Kante ni antara terbaik dunia dan cara beliau bermain sangat menakjubkan.”

“Kante kini mungkin boleh menjadi pemain dalam tiga teratas terbaik dunia.”

“Namun sangat sukar untuk defensive midfielder untuk menang Ballon d’Or. Ya, Kante sangat layak jika beliau menang Champions League dan juga EURO 2020.”

Kini N’Golo Kante telah pun bergelar juara Eropah bersama Chelsea dan dalam tempoh dua minggu lagi akan membuar gelaran Eropah bersama Perancis pula.

Nasi Lemak Lauk Ayam Masak Pedas Jana Kepoweran Kante

Nasi lemak mungkin menjadi antara faktor yang mampu menjana kuasa badan N’Golo Knate yang tidak kehabisan untuk menjadi pemain terbaik perlawanan akhir Champions League.

N’Golo Kante telah mempamerkan aksi penuh bertenaga tanpa batas sejak perlawanan separuh akhir lagi apabila dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan untuk kedua-dua perlawanan separuh akhir.

Aksi Kante dalam perlawanan akhir menentang Manchester City ini telah dianggap sebagai salah satu persembahan Akhir Champions League yang hebat dan beraras tinggi.

Beberapa hari sebelum perlawanan, telah tular di media tanah air apabila Kante telah menjamu selera dengan Nasi lemak kosong dan ayam masak merah. Makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Kante telah berkunjung ke salah sebuah restoran yang menyajikan masakanan Malaysia di London.

“N Kante menikmati nasi lemak kosong dengan ayam masak merah sebaik sebelum terbang untuk perlawanan akhir Champions League. Selamat maju jaya @nglkante.”

Jaringan tunggal perlawanan dari Kai Havertz sudah cukup untuk Chelsea bergelar juara Champions League buat kali kedua dalam tempoh 9 tahun.

Statistik yang dicatatkan oleh Kante dalam perlawanan ini juga luar biasa menjadikan Kante berada di mana-mana saja dalam perlawanan ini dengan kuasa turbo.

85% hantaran tepat
53 sentuhan
11 duels won (most)
10 ball recoveries (most)
4 aerials won
3 tackles
2 touches in the opp. box
2 clearances
2 interceptions
2 fouls won

Benda yang paling menarik adalah Kante telah memenangi perebutan bola diudara paling banyak berbanding pemain Chelsea yang lain sebanyak empat kali.

Untuk rekod, Kante merupakan pemain paling pendek yang turun beraksi dalam perlawanan ini, namun kemampuannya luar biasa untuk menang bola di udara.

N’Golo Kante dan pemain pertahanan veteran Chelsea, Cesar Azpilicueta tidak sekali pun berjaya digelecek oleh pemain Manchester City di perlawanan akhir.

Kante mempamerkan aksi yang masterclas dengan seni permainan box-to-box dengan turun bertahan, memenangi bola dan sentiasa ada menyokong ketika bola di kaki Chelsea.

Keberadaan Kante di mana-mana di padang membuatkan laman Twitter rasmi Manchester City mengakui bahawa Kante batu penghalang mereka dalam perlawanan ini.

“Tidak ada perubahan selepas waktu rehat dan peluang masih kecil setakat ini – Kante ada di mana-mana dalam semua permainan, jika kita dapat memintasnya, kita mungkin kembali dalam permainan.”

Kecederaan Kevin De Bruyne memberi tamparan hebat kepada Manchester City dan Kante terus bermaharaja lela sehingga tamat permainan.

Bekas pemain Chelsea, Joe Cole telah memuji aksi yang dipamerkan oleh Kante dan Joe Cole juga pernah beraksi bersama Claude Makelele.

Kante sering dikatakan sebagai jelmaan dan dibandingkan dengan Claude Makelele namun Joe Cole menyifatkan Kante ini merupakan Makelele Plus Extra.

“Aku pernah beraksi bersama Claude Makelele dan aku fikir Makelele ini yang terbaik pada posisinya sehinggalah aku tengok budak ni.”

“Beliau merupakan versi Makelele Plus Extra.” Dah macam henset pulak bunyinya.

Untuk rekod, dalam abad ini hanya enam orang central midfielders sahaja yang berjaya menjadi pemain terbaik perlawanan akhir Champions League.

1. Zinedine Zidane
2. Deco
3. Steven Gerrard
4. Xavi
5. Andrés Iniesta
6. N’Golo Kanté

Kisah perjalanan karier Kante juga sangat mengagumkan untuk lepas masuk ke liga atasan kerana bergelut dengan saiz yang menjadi ukuran.

Namun Kante teguh untuk menangkis semua itu untuk mencipta karier bola sepak yang gemilang bersama kelab dan negara.

2013: Championnat National
2014: Ligue 2
2015: Ligue 1
2016: Juara Premier League
2017: Juara Premier League
2018: Juara FA Cup
2018: Juara World Cup
2019: Juara Europa League
2021: Juara Champions League

Pada usia 30 tahun, Kante boleh dikatakan telah mendapat kejayaan yang sempurna dan diingin-inginkan oleh seorang pemain bola sepak iaitu Piala Dunia dan Champions League.

Leicester City

Premier League: 2015–16

Chelsea

UEFA Champions League: 2020–21
Premier League: 2016–17
FA Cup: 2017–18; runner-up: 2016–17, 2019–20, 2020–21
UEFA Europa League: 2018–19
EFL Cup runner-up: 2018–19

Perancis

FIFA World Cup: 2018
UEFA European Championship runner-up: 2016

BACA:  N'Golo Kante Bakal Terlepas Piala Dunia 2022