Penyokong Arsenal Ada Teori Mengapa Skuad Invicibles Lebih Hebat Daripada Pasukan Treble Man Utd & City

Penyokong Arsenal tetap percaya skuad invicibles kelab itu tetap merupakan yang terbaik di dalam sejarah Premier League walaupun selepas Manchester Citu dan Manchester United memiliki skuad yang pernah memenangi treble.

Skuad kendalian Sir Alex Ferguson menjadis skuad Inggeris pertama memenangi treble apabila bergelar juara Premier League, Piala FA dan UEFA Champions League pada musim 1998/99.

Sebelum itu Liverpool turut pernah meraih gelaran treble apabila menjuarai Piala Eropah/Champions League, Piala Liga (hari ini digelar Piala Carabao) dan juara loga Divisyen 1 Inggeris pada 1984.

Namun definisi treble kemudiannya berubah apabila sesebuah pasukan perlu memenangi tiga kejuaraan utama untuk dianggap memenangi treble utama di dalam bola sepak Inggeris.

Musim gemilang City pada musim ini bermula dengan kejuaraan Premier League apabila berjaya memecah dominasi Arsenal yang berada di kemuncak liga hampir sepanjang musim.

Skuad kendalian Pep Guardiola kemudiannya menewaskan Man United 2-1 di Wembley di perlawanan akhir Piala FA Inggeris untuk kejuaraan kedua pada musim ini sebelum melengkapkan treble menewaskan Inter Milan 1-0 di Istanbul pada Sabtu lalu untuk gelaran eropah pertama kelab tersebut – sekaligus melengkapkan treble.

Berikutan pencapaian terbaru oleh City, timbul perdebatan kelab manakah yang memiliki skuad terhebat di era Premier League.

Dan penyokong Arsenal dengan yakinnya percaya mereka memiliki hujah yang jitu dan padu terhadap persoalan tersebut.

Berdebat di Twitter, ramai penyokong The Gunners masih percaya skuad Invicibles kendalian Arsene Wenger pada musim 2003/04 masih lagi skuad yang terhebat di era Premier League.

Salah satu sebabnya penyokong Arsenal percaya skuad tersebut merupakan yang terhebat pada ketika ini adalah kerana tidak ada pasukan lain yang mampu mengharungi keseluruhan musim tanpa kalah sehingga ke hari ini.

Satu-satunya pasukan yang pernah merekodkan rekod tanpa kalah sepanjang musim sebelum Arsenal adalah Preston North End pada musim 1888/89.

Rekod tersebut kekal lebih 100 tahun sebelum dipecahkan oleh Arsenal yang bertanding di Premier League – yang dianggap lebih kompetitif berbanding pertandingan yang dilalui Preston.

Sebagai perbandingan gelaran treble yang dimenangi City mengulangi pencapaian hebat United selepas 34 tahun. Daripada segi matematik, 100 tahun adalah lebih lama daripada 34 tahun.

Seorang penyokong Arsenal menulis di Twitter: “Pencapaian invicibles akan kekal sebagai rekod yang tidak boleh dicabar oleh masa.”

Seorang lagi menulis: “Pencapaian ini berada di tahap lebih tinggi jauh berbanding pencapaian lain [dalam bola sepak].”

Ada pula yang berpendapat apa yang dicapai oleh City, United dan Liverpool sebelum ini jauh lebih cemerlang daripada pencapaian pasukan lain.

“Pencapaian City dan United dan semua gelaran Champions League Liverpool mendahului jauh pencapaian lain di negara ini,” kata seorang lagi pengguna Twitter yang sudah tentu bukan penyokong The Gunners.

Tetapi kenyataan itu disangkal sekali lagi oleh penyokong Arsenal yang hampir juara liga pada musim ini.

“Saya benar-benar tidak faham. Man City baru sahaja menang Champions League dan treble. Tetapi kalau berani marilah sembang siapa yang tidak pernah tewas keseluruhan musim….”

Hakikatnya Arsenal tidak pernah mengulangi kejuaraan liga sejak menang musim invisible tersebut.

Bersetujukan anda skuad Invicibles Arsenal adalah skuad terhebat era Premier League? Skuad manakah yang terhebat sepanjang zaman? Cuba korang tulis pendapat di komen.

BACA:  Premier League 2022/23: Nottingham Forest 1-0 Liverpool