Penyokong Arsenal Salahkan Chelsea Punca Dua Kekalahan Mereka Dalam Saingan Premier League

Temu bual AFTV tak pernah kecewakan peminat dengan rata-rata jawapan serta kenyataan dari penyokong Arsenal akan sentiasa menghiburkan.

Salah seorang penyokong Arsenal tampil menyalahkan Chelsea meminjamkan Tariq Lamptey ke Brighton menjadi punca kekalahan Arsenal malam semalam.

Arsenal sekali lagi berdepan dengan kekalahan selepas mereka minggu lalu dikejutkan dengan kekalahan memalukan 3-0 bertemu Crystal Palace di Selhurst Park.

Hujung minggu ini, mereka tewas 2-1 do tangan anak-anak buah Graham Potter di Emirates Stadium dan ia jelas sekali menjejaskan usaha mereka untuk merebut kedudukan empat teratas dalam carta saingan liga.

Brighton bahkan tidak menurunkan Tariq Lamptey dalam kesebelasan utama mereka dengan pemain wing back itu hanya diturunkan ketika perlawanan berbaki 13 minit sebelum ditamatkan.

Brighton juga pada ketika itu sudah mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0.

Walaupun begitu, ia tetap tidak menghalang penyampai AFTV untuk bertanya adakah keputusan Chelsea meminjamkan Tariq Lamptey kepada Brighton menjadi punca kekalahan mereka kepada peminat.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, kedunguan mereka semakin terserlah kerana Chelsea tidak meminjamkan Lamptey kepada Brighton sebaliknya pemain berusia 21 tahun itu sebenarnya sudah ditandatangani secara tetap pada Januari 2020 yang lalu.

Ketika ditanya tentang hal tersebut, penyokong tersebut menjawab yang semuanya masalah dan beliau turut bercakap tentang sistem pinjaman pemain di England.

Beliau juga turut bercakap tentang aksi kekalahan mereka di tangan Crystal Palace sebelum ini.

Beliau jelas sekali membahaskan isu yang skuad kendalian Patrick Vieira itu meminjam Conor Gallagher dari Chelsea musim ini.

Pemain kebangsaan England itu juga turut beraksi dengan sangat cemerlang ketika membantu Crystal Palace menewaskan Arsenal baru-baru ini.

Hanya satu sahaja kenyataan dari beliau yang sedikit masuk akal yang mana peraturan pemain pinjaman tak boleh bermain bertemu kelab asal mereka sebenarnya menjatuhkan integriti pertandingan itu sendiri.

Hal ini kerana liga lain di Eropah tidak menggunakan peraturan yang sama dengan mereka membenarkan pemain pinjaman untuk turun beraksi bertemu kelab asal mereka.

Hal itu berlaku kepada Paris Saint Germain musim ini selepas penjaga gol mereka, Marcin Bulka beraksi cemerlang bersama Nice untuk menyingkirkan PSG sendiri dari kejohanan Coup de France menerusi penentuan sepakan penalti.

Walaupun kenyataan beliau itu berasas, namun memikirkan beliau menyalahkan pemain pinjaman sebagai punca kekalahan mereka jelas sekali tak masuk akal.

Lebih memalukan lagi fakta bahawa mereka tersilap fakta Lamptey bukan pemain pinjaman juga sebenarnya sangat memalukan.

Memang wajar penyokong pasukan seteru mentertawakan kedunguan penyokong Arsenal kerana membuat dakwaan seperti itu.

Lebih menyedihkan lagi, mereka menyalahkan Chelsea ketika mereka langsung tak bertemu dengan pasukan seteru sebandar mereka itu.

Kenapa kaitkan Chelsea kalau kalah dengan pasukan lain? Kelakar bukan?

Mungkin luka di hati mereka semakin parah selepas melihat kejayaan Chelsea menewaskan Southampton dengan keputusan 6-0 malam semalam.

Tambahan pula, pemain penyerang utama Southampton, Armando Broja tak dapat diturunkan kerana beliau merupakan pemain yang dipinjamkan dari Chelsea.

Southampton tak nak salahkan sistem pemain pinjaman tu kejam ke?

Kekalahan Arsenal di tangan Brighton sedikit sebanyak memberi kesan kepada usaha mereka untuk layak ke saingan Champions League musim hadapan.

Mereka ketika ini sedang bersaing rapat dengan Tottenham Hotspur dan berkemungkinan besar pertembungan antara mereka nanti bakal jadi penentu siapa yang akan layak.

Namun andai Arsenal terus keciciran mata lagi, maka makin cerahlah harapan untuk Tottenham Hotspur yang menamatkan saingan liga di kedudukan empat teratas.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Klopp Mahu Peminat Liverpool Seru 'Semangat' Anfield Untuk Tewaskan Chelsea