Satu video telah tular semalam menunjukkan bahawa dua orang penyokong bertikam lidah di tempat duduk penyokong.
Penyokong Ecuador yang membantah keputusan VAR telah menunjukkan simbol wang dengan jarinya, sindiran bahawa Qatar telah ‘membeli’ perlawanan tersebut dan merasuah pengadil.
Tindakan itu membuatkan seorang penyokong Qatar telah menengking penyokong Ecuador kerana tuduhan itu adalah fitnah.
Sebelum perlawanan terdapat laporan bahawa Qatar membeli pemain pemain Ecuador agar pasukan tersebut kalah 1-0 dalam perlawanan pembukaan.
Seorang wartawan yang berpangkalah di Bahrain iaitu Amjad Taha memuat naik berita tentang Qatar telah merasuah 8 pemain Ecuador untuk kalah dalam perlawanan pembukaan.
Amjad Taha menulis: “Eksklusif: Qatar merashuah 8 pemain Ecuador dengan nilai $7.4 juta untuk kalah dalam perlawanan pertama (1-0 gol separuh masa kedua).”
“5 sumber dari Qatar dan Ecuador mengesahkan berita ini.”
“Kita berharap laporan ini tidak benar.”
“Kita berharap dengan berkongsi tweet ini akan dapat mengekang hasilnya.”
“Satu dunia seharusnya menentang rasuah FIFA.”
Exclusive: Qatar bribed eight Ecuadorian players $7.4 million to lose the opener(1-0 ⚽️ 2nd half). Five Qatari and #Ecadour insiders confirmed this.We hope it's false. We hope sharing this will affect the outcome.The world should oppose FIFA corruption.@MailSport #WorldCup2022
— Amjad Taha أمجد طه (@amjadt25) November 17, 2022
Berita itu benar benar mengejutkan ramai peminat bola sepak. Malah ada yang menyatakan bahawa, pasukan tuan rumah biasanya tidak akan kalah dalam aksi pembukaan.
Berita tersebut cepat tersebar dan mendapat liputan di beberapa negara termasuk di UK, Belanda dan Amerika Syarikat.
Namun laporan itu disanggah oleh Marc Owen Jones, penerbit digital.
Dia menyatakan bahawa berita tersebut sebagai berita palsu kerana Amjad sebelum ini banyak kali membuat laporan tak betul.
Marc Owen menulis: “Amaran awal kepada sesiapa yang melihat berita tentang Qatar merasuah pemain Ecuador $7.4 juta untuk kalah perlawanan pembukaan.”
“Ianya bermula daripada sumber yang dikenali dengan berita tidak benar, juga sumber tunggal berita tersebut iaitu Amjad Taha.”
“Ianya sudah mendapat ribuan retweet.”
Just a heads up if anyone sees a story about Qatar bribing Ecuador 7.4 million to lose the opening game – it started here from a well-known disinformation account who is somehow also the main source in the story @amjadt25 . It's already got thousands of RTs though pic.twitter.com/2EjjvqEbBV
— Marc Owen Jones (@marcowenjones) November 17, 2022
Dia turut memberikan beberapa contoh lain bagaimana Amjad Taha pernah melaporkan laporan palsu.
Antaranya adalah laporan tentang persaudaraan Muslim telah membunuh seorang aktivis UAE serta beberapa berita tidak sahih tentang Afghanistan.
Some previous examples of Amjad's disinformation, including saying Muslim Brotherhood assasinated an Emirate activist in London, a fake coup in Qatar, and some strange, bot manipulated news about Afghanistan's airport. pic.twitter.com/yNXkiZAsDo
— Marc Owen Jones (@marcowenjones) November 17, 2022
Mungkin kerana terpengaruh dengan berita palsu disebarkan oleh Amjad, maka ada penyokong Ecuador sendiri sangsi dengan kredibiliti Qatar.
Lalu dia menunjukkan isyarat bahawa Piala Dunia 2022 ini sudah rosak dan korup.
This Ecuador fan in the ground 😭 pic.twitter.com/4YnBkJZlHa
— World Cup Updates (@wc22updates) November 20, 2022
Berlaku pertikaman lidah antara dua penyokong tersebut.
Video aksi panas itu, yang telah dikongsi lebih 3,500 kali di Twitter hanya dalam beberapa jam.
Kapten Ecuador, Enner Valencia menyangka dia telah memberikan pasukannya untuk permulaan yang sempurna untuk kempen Piala Dunia ketika dia menanduk masuk bola.
Namun gol itu dibatalkan kerana rakannya terlebih dahulu ofsaid.
Ramai yang menganggap ofsaid itu sebagai silap dan ayat World Cup Rigged menjadi tular di Twitter.
Tetapi selepas diteliti semula, memang ianya ofsaid yang tepat.
Penyokong Ecuador sangat marah dan kecewa. Namun begitu, kemarahan mereka tidak lama kemudian bertukar kepada kegembiraan, selepas Valencia menjaringkan dua gol untuk memberikan negaranya permulaan dengan kemenangan.
Sejurus selepas perlawanan, rakaman baharu telah disiarkan di Twitter yang menunjukkan kedua-dua penyokong lawan berdamai di tempat duduk, dengan penyokong Qatar berkata: “Akhirnya kita semua berada di sini untuk menonton perlawanan yang indah ini.”
Penyokong Ecuador tersebut ternyata tidak menyangka yang dia akan mendapat layanan sangat baik daripada penyokong Qatar yang terus melupakan persengketaan peribadi mereka.
Jika di negara lain dia mungkin akan menerima nasib berbeza selepas beriya menuduh tuan rumah sebagai memberikan rasuah kepada pengadil.
The Ecuador and Qatar fan from the previous clip are now friends. pic.twitter.com/zt0it3An6x
— World Cup Updates (@wc22updates) November 20, 2022
Peminat Ecuador itu kemudian menambah: “Kami menjadi sangat bersemangat. Kadang-kadang ia membuat orang kecewa, tetapi kami di sini berkumpul untuk sukan. Sukan menyatukan orang ramai, jadi kami sangat mesra antara satu sama lain. Saya doakan Qatar yang terbaik dan ia adalah Piala Dunia yang indah setakat ini. Kamu sangat mesra, saya sukakannya.”