Penyokong England Ini Menang Pertaruhan Sebab Percaya Pada Bayinya Yang Belum Dilahirkan

Salah seorang penyokong England peroleh durian runtuh selepas menang pertaruhan bernilai £360 kerana meneka dengan tepat keputusan perlawanan England bertemu Jerman.

Beliau mendapat inspirasi untuk meneka perlawanan itu akan berkesudahan dengan keputusan 2-0 selepas percaya dengan isyarat yang dilihat dari keputusan x-ray bayinya yang belum dilahirkan.

Johnny Howell yang ketika ini berusia 30 tahun merupakan salah seorang engineer dari Great Yarmouth, beliau telah diberitahu oleh seorang sonographer yang anaknya mengangkat dua jari seolah menunjukkan isyarat ‘peace’.

Janin Johnny Ketika Menunjuk Isyarat Peace

Johnny kemudiannya terus terfikir yang mungkin anaknya memberi isyarat bahawa England akan memenangi perlawanan bertemu Jerman di pusingan 16 terbaik.

Maka beliau terus meletakkan pertaruhan bernilai £30 dan memilih England akan menewaskan Jerman dengan keputusan 2-0.

Gol jaringan Raheem Sterling dan Harry Kane di Wembley pada hari perlawanan tersebut telah membantu England untuk mara ke peringkat suku akhir.

Dan keputusan itu juga membantu Johnny Howell memenangi pertaruhan beliau dengan membawa pulang £330.

“Ia sangat luar biasa bila anak saya boleh beri isyarat keputusan yang tepat.”

Jelas Howell kepada media.

“Agak rugi dia tak tunjukkan isyarat empat jari atau sekali ibu jari sekali untuk meramalkan lima gol terus.”

Kekasih Johnny, Alice sendiri seakan tidak percaya dengan apa yang beliau lihat, dengan beliau telah menyatakan bahawa:

“Bila lihat mereka jaringkan gol kedua saya terus terfikir, ‘adakah ini semua gurauan?”

Kedua-dua mereka akan gunakan duit kemenangan itu untuk membeli kelengkapan sebagai persediaan untuk menyambut kelahiran putera bertuah mereka itu.

England selepas ini akan turun berdepan dengan Ukraine pada awal pagi esok di Rome dan mereka akan turun sebagai pasukan pilihan yang bakal mara ke peringkat separuh akhir.

Harry Kane Menjaringkan Gol Kedua

Namun begitu, pengurus Ukraine, Andriy Shevchenko sendiri sebelum ini telah mengumumkan yang beliau sama sekali tidak goyang untuk berdepan dengan England.

Legenda AC Milan itu turut memuji Southgate dan skuad England sebelum beliau membuat dakwaan yang kekuatan The Three Lions tidak akan menggentarkan mereka.

Bercakap dalam satu sesi sidang media, beliau menjelaskan bahawa:

“England merupakan pasukan yang hebat, mereka ada barisan pertahanan yang bagus, pengurus yang luar biasa dan kami sentiasa bersedia dengan kebarang kalian bertapa sukarnya perlawanan itu nanti.”

“Saya tonton kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan mereka, tapi bukan kemenangan bertemu Jerman kerana kami hari yang sama turut sedang persiapkan diri untuk bertemu Sweden.”

“Mereka sebenarnya sangat sukar untuk dibolosi, tapi kekuatan mereka itu langsung tak menggerunkan kami.”

Shevchenko kemudian menambah lagi:

“Ia sebenarnya lebih memotivasikan kami kerana semuanya tak mustahil dalam bola sepak, sama seperti dalam kehidupan, kami akan bermain dengan sepenuh hati untuk beri para peminat kami lebih kegembiraan.”

Bintang Manchester City, Oleksandr Zinchenko berjaya menjaringkan gol pembukaan Ukraine dan turut mencatatkan assists untuk skuadnya ketika kemenangan 2-1 menewaskan Sweden di Hampden Park.

Beliau akan bertemu dengan rakan sepasukannya di peringkat kelab, Raheem Sterling yang ketika ini merupakan peledak gol utama untuk skuad England dalam saingan Euro 2020.

Tentang Sterling, Zinchenko telah menyatakan bahawa:

“Sterling merupakan salah seorang pemain sayap terhebat di dunia dan ketika ini dia adalah nadi penting untuk skuad England.”

“Kami akan cuba untuk dapatkan rentak persembahan terbaik kami di bahagian pertahanan untuk menghalang dia, tapi saya faham itu tugas yang berat kerana dia sedang dalam rentak persembahan terbaiknya.”

Tiga perlawanan awal peringkat kumpulan, England berjaya menjaringkan dua gol dan sama sekali tidak dibolosi.

Mereka kemudiannya berjaya menjaringkan dua lagi gol ketika bertemu Jerman di pusingan 16 terbaik dan masih kekal cemerlang memastikan gawang mereka tidak dibolosi.

Ukraine pula berjaya menjaringkan empat gol dan bolos lima gol ketika aksi peringkat kumpulan sebelum mencatatkan kemenangan 2-1 bertemu Sweden di pusingan 16 terbaik.

Mengikut statistik, England jelas mempunyai kelebihan untuk mengatasi Ukraine, namun skuad kendalian Andriy Shevchenko itu juga sebenarnya antara pasukan paling liat untuk dikalahkan.

Selepas tersingkirnya pasukan pilihan seperti Portugal, Netherlands, Perancis dan Jerman, England merupakan antara pasukan kegemaran untuk memenangi saingan Euro 2020 ini disamping Itali, Sepanyol dan Belgium.

Namun satu hal yang pasti, pasukan underdog juga sering dan kerap melakukan kejutan dalam kejohanan pada musim panas ini dan segalanya boleh berlaku.

Pertembungan antara kedua-dua pasukan ini pada awal pagi esok tentunya akan menyajikan aksi yang menarik dan menakjubkan.

Sumber: SB

BACA:  Kenapa Tiada Pasukan Great Britain Bermain di Euro?