Penyokong Liverpool Merajuk, Benitez Bukan Lagi Lagenda Kelab

Bekas pengurus Liverpool, Rafael Benitez hampir pasti akan menjadi pengurus terbaharu pasukan jiran tetangga The Reds, Everton, selepas kelab tersebut berpisah dengan pengurus terdahulu, Carlo Ancelotti yang memilih untuk kembali ke pangkuan Florentino Perez di Real Madrid.

Selepas puas mencari, akhirnya Everton dikatakan bersetuju untuk melantik bekas pegurus Liverpool tersebut untuk membawa cabaran The Toffees pada musim hadapan.

Untuk rekod, Benitez muncul dalam lipatan sejarah agung Liverpool selepas membawa kelab tersebut menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dalam malam yang penuh ajaib di Istanbul pada tahun 2005.

Pada masa separuh pertama, pasukan Liverpool telah dibedil secukup rasa oleh pasukan AC Milan. 3 berbalas 0. Rata-rata peminat bola sepak pada masa itu telah menganggap Liverpool telah habis. Kejuaraan Piala Liga Juara-Juara Eropah pasti akan dimiliki oleh AC Milan.

Penyokong Manchester United pada malam tersebut tersenyum nipis dan sinis melihatkan keputusan tersebut. Malah ada penyokong United pada malam tersebut telah sengaja menghantar sistem pesanan mesej (SMS) kepada rakan-rakan penyokong Liverpool.

Walaupun pada masa itu, caj yang dikenakan adalah sebanyak 20 sen untuk satu mesej, penyokong United rela menghabiskan kredit mereka untuk menghantar mesej kepada rakan-rakan penyokong Liverpool demi menyakitkan hati mereka.

Ya, memang busuk hati.

Namun masuk separuh masa kedua, segalanya berubah dan sejarah tercipta.

Pada minit ke 54, Gerrard melakukan apa sepatutnya seorang manusia yang memakai lilitan kapten buat iatu menjaringkan gol semangat. Bukannya sekadar hanya membetulkan rambut dan membuat muka hensem. Gol tersebut mencetuskan api semangat rakan-rakannya yang lain.

Dua minit berselang. Smicer menjaringkan gol padu pada minit ke 56 dan menjadikan kedudukan kepada 2-3. Kini pemain Liverpool yakin bahawa mereka boleh melakukan comeback terhebat. Dan keajaiban yang ditunggu telah tiba, pada minit ke 60 Gatusso yang bermuka bengis telah menjatuhkan seorang pemain Liverpool di dalam kotak penalti AC Milan. Siapakah dia?

Ya. Kapten fantastik Liverpool iatu Steven Gerrard. Alonso memgambil tugasan penalti tersebut namun sepakan tersebut berjaya ditepis oleh Dida dan menyebabkan bola itu muntah kembali kepada Alonso.

Alonso dengan tenang menjaringkan gol dan menjadikan kedudukan semasa kepada 3-3.

Selebihnya, semua orang yang tahu mengenai permainan bola sepak ini. Tahu akan kisah menakjubkan ini.

Kisah tersebut menjadi kisah kebangkitan yang teragung dalam sejarah perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Selepas enam tahun mengemudi The Reds, kedua-dua pihak akhirnya memutuskan untuk membawa haluan masing-masing demi masa depan yang mereka impikan.

Berbalik kepada cerita Everton pula.

Selepas dimainkan oleh Ancelotti, Everton tiba-tiba mendapati kerusi pengurus pasukan mereka kosong.

Kelab tersebut dikaitkan dengan ramai jurulatih dan selepas beberapa minggu, akhirnya Benitez dikatakan bersetuju untuk menjadi pengurus terbaharu Everton.

Berita ini semestinya tidak mudah dihadam oleh penyokong Liverpool di England kerana perseteruan yang amat kuat dengan jiran mereka tersebut.

Dalam satu bualbicara radio di talkSPORT, seorang penyokong Liverpool yang bernama Steve meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan tindakan Benitez tersebut.

“Aku rasa jijik sangat!

“Aku rasa benda ni sangat memalukan. Apa yang akan dia buat bila kami lawan Everton?

“Bila mana Cundy (DJ di talkSPORT) kata Rafa ni lagenda, memang tak ah! Memang tak! Memang tak! Memang takkan jadi.

“Dia tak patut pergi sana. Kalau aku, baik dia pergi balik ke Chelsea atau Newcastle!” luah Steve dengan penuh perasaan.

Malah apabila mengatakan Benitez bukan lagi sebahagian daripada Liverpool dan penyokong diminta buka mata, Steve mengatakan mereka di Liverpool lebih bersemangat dan mempunyai jiwa dalam menyokong kelab berbanding penyokong di London.

Emang dasar lo Cundy!

Rasa tidak puas hati terhadap Benitez bukan sahaja di kalangan penyokong Liverpool, malah penyokong Everton juga begitu.

Seorang penyokong Everton, Les, telah menelefon talkSPORT dan meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan pengambilan bekas pengurus seteru utama mereka ke Goodison Park.

“Memang tak ah aku nak terima Benitez, dan bercakap pasal duit Jamie, aku nak cakap kat kau ni, dalam tempoh 10 tahun ni, Everton dah belanja £630 juta.

“Masalahnya kami beli pemain pada harga £25-30 juta untuk pemain yang biasa-biasa, yang tak ada jiwa, tak ada komitmen.

“Aku dah bosan tengok video 80-an untuk melihat pasukan Everton yang bagus!

“Aku menangis kau tahu tak!?

“Ini kelab aku dan aku nak rasa bangga bila berjalan-jalan.”

Ketika ditanya siapakah pengurus yang menjadi pilihannya, Les menjawab dia lebih memilih Graham Potter – pengurus Brighton & Hove Albion.

Adakah Benitez mampu memenangi hati penyokong Everton? Biar masa yang menentukan.

Cerita dipetik dari : SportBible

BACA:  Alisson Dakwa Liverpool Tidak Berasa Tertekan Dalam Perebutan Kejuaraan Liga