Penyokong Liverpool, Spurs Suruh Arsenal Turunkan Budak Sekolah Macam Yang Mereka Cakap Sebelum Ini

Penyokong Liverpool tidak melepaskan peluang untuk mengungkit balik apa yang dikatakan penyokong Arsenal sebelum ini ke atas pasukan mereka.

Liverpool sebelum ini berdepan beberapa kes pandemik yang melanda. Alisson Becker, Alexander Arnold, Fabinho antara yang terpaksa dikuarantin selepas penularan covid di kalangan pemain dan staf Liverpool.

Malah pusat latihan Liverpool diarahkan tutup ketika itu atas arahan kerajaan. Lebih menarik apabila Liverpool sebelum ini dilarang menurunkan Trent Alexander Arnold yang disahkan covid. Selepas 3 siri ujian dijalankan rupanya pemain itu negatif. Beberapa staf lagi turut disahkan mengalami masalah yang sama.

Itu yang membuatkan Liverpool menyatakan bahawa situasi kes positif yang ralat  ataupun false positive membuatkan Liverpool terlepas khidmat Trent Alexander Arnold yang merupakan pemain utama The Reds.

Walaupun seringkali berlagak bijak dan berbaju pasukan mereka bergaya Real Madrid, penyokong Arsenal menuduh Klopp memalsukan kes positif tersebut.

Sedangkan terang terang ujian covid adalah dilakukan atas pemantauan staf NHS yang sampel laporan akan dihantar ke London untuk dinilai segera. London adalah markas Arsenal.

Baca di sini untuk mengetahui prosedur ujian Covid 19 di EPL.

Keputussan ujian akan dikeluarkan dalam masa 48 jam. Dan ketika itu laporan melibatkan Liverpool mendapati Trent Alexander Arnold sekejap negatif dan sekejap positif.

Oleh kerana kes covid yang teruk di Liverpool maka mereka meminta penangguhan kerana gagal menyediakan 14 pemain yang diminta.

Ianya telah membuatkan Arsenal hanya ada 13 pemain ketika ini. Dengan Premier League mengesahkan bahawa Arsenal sudah menghantar rayuan rasmi untuk menunda aksi berdepan dengan Tottenham Hotspur pada Ahad ini.

Aksi derbi Utara London itu akan dibincangkan oleh lembaga pengarah Premier League dalam mesyuarat mereka hari ini. Dan keputusan akan diberitahu kepada kedua dua kelab.

Arsenal kini menggunakan alasan yang sama mahu meminta aksi derbi London Utara pada Ahad ditunda.

Penyokong Liverpool dan Spurs bekerjasama berganding bahu, tolong menolong, bantu membantu mengingatkan penyokong Arsenal agar kelab meriam tersebut menurunkan skuad budak budak. Seperti mana yang mereka cadangkan sepanjang minggu kepada Liverpool sebelum ini.

Lagipun Arsenal cuma ada 1 kes positif iaitu melibatkan Martin Odegaard. Lebih mengejutkan Arsenal sendiri meminjamkan dua pemain mereka keluar ketika kelab berdepan dengan pemergian pemain ke AFCON 2021.

Seorang lagi penyokong Spurs menyatakan bahawa Arsenal harus turut dengan skuad B-23 menentang Spurs. Jimmy sebelum ini melihat penyokong Arsenal galak troll Spurs dengan menuduh pasukan itu beralasan minta penangguhan. Sedangkan Spurs mengalami penularan covid yang teruk di kem mereka.

Arsenal meminta Spurs menurunkan skuad remaja je lah pada ketika itu.

Sebelum ini penyokong Arsenal menuduh Liverpool takut turun menentang mereka sebab tu meminta penangguhan. Ini selepas mereka merasakan mereka pasukan paling power ketika ini dengan deretan kemenangan dicipta.

Lalu Arsenal diminta untuk turun dan jangan takut untuk menentang Spurs walaupun kurang pemain skuad utama.

Ada juga peminat mempersoalkan apa relevannya menunda perlawanan hanya kerana seorang pemain terkena kad merah perlawanan sebelum ini?

Seterusnya seorang penyokong Chelsea menjadi batu api dengan menyatakan bahawa ironi sungguh, sedap kan rasanya?

Namun ramai juga memuji langkah Arsenal ini sebagai langkah yang tepat. Kerana menurut mereka Arsenal telah menjaga kebajikan pemain dengan sebaiknya.

Ada juga penyokong kekal yakin bahawa Arsenal akan menang. Kerana mereka adalah kelab no.1 di London.

Spurs memang kurang berpuas hati dengan tuntutan Arsenal tersebut. Kerana Spurs sebelum ini penah menjadi mangsa kepada covid sehingga tersingkir aksi Liga Persidangan Eropah.

BACA:  Aubameyang: Perbezaan Di Antara Arsene Wenger & Jurgen Klopp