Seorang penyokong Southampton telah ditahan kerana menghina kematian Emiliano Sala ketika hadir menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Cardiff City menentang Southampton hujung minggu ini.
Cardiff berjaya mencatatkan kemenangan pertama sejak tragedi kapal terbang Sala apabila Kenneth Zohore menjaringkan gol kemenangan pada minit kecederaan untuk memberikan kemenangan 2-1 berpihak kepada Cardiff.
It’s been that kind of day in South Wales… ? pic.twitter.com/wFGuxnLi4e
— Jake Humphrey (@mrjakehumphrey) February 2, 2019
Namun begitu, kemenangan Cardiff sedikit dicemari dengan insiden seorang penyokong Southampton melakukan gerak badan seperti kapal terbang, merujuk kepada tragedi yang menimpa Emiliano Sala beberapa minggu yang lalu.
Tindakan kurang ajar itu berjaya dirakam oleh seorang peminat yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut di stadium.
Keep an eye on the bloke in the middle, making plane expressions just two days after the Emiliano Sala confirmation, glad to say they both got ejected but had to shame them #CCFC #SOUCAR pic.twitter.com/nF57gpFMDh
— . (@ccfcben) February 9, 2019
Sehubungan dengan itu, dua individu telah ditangkap polis bagi membantu siasatan. Southampton juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan penyokongnya yang agak kurang ajar.
“Kelab Bola Sepak Southampton boleh mengesahkan yang dua peminat telah ditahan dan segala maklumat telah diambil polis ketika perlawanan menentang Cardiff City pada hari Sabtu lalu.”
“Pihak kelab akan terus bekerjasama dengan polis Hampshire untuk mengenal pasti mana-mana individu yang membuat perbuatan ‘kurang ajar’ kepada peminat Cardiff.”
“Perbuatan seperti itu tidak mempunyai tempat dalam sukan ini dan tidak akan diterima di St Mary Stadium.”
“Pihak kelab juga akan mengambil tindakan yang sangat tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat dan menggantung peminat berkenaan selepas dikenal pasti.”