Pep Guardiola Bengang Perubahan Peraturan Punca Arsenal Jadi Juara

Pep Guardiola meluahkan rasa tidak puas hati yang terbuku di hatinya apabila membidas perubahan peraturan oleh Premier League untuk memerangi kelakuan membuang masa oleh pemain ketika perlawanan.

Tatkala perubahan baru itu diterima baik oleh ramai sejak Piala Dunia 2022 yang lalu, ia dianggap oleh Guardiola sebagai punca pasukannya tewas dan membenarkan Arsenal muncul juara Community Shield pada malam tadi (waktu Malaysia).

Pertemuan di antara Man City dan Arsenal di perlawanan Community Shield pada Ahad menyaksikan beberapa perubahan peraturan melibatkan arahan oleh pengadil.

Ini termasuklah penambahan masa yang disebabkan perlawanan terpaksa dihentikan setiap kali pemain mengalami kecederaan – selain tidak dibenarkan pemain dirawat melebihi 30 saat di dalam padang.

Pertemuan di antara kedua-dua pasukan di Wembley pada malam tadi menyaksikan tambahan masa 12 minit diberikan.

Pada asalnya hanya lapan minit masa tambahan diberikan. Namun itu berlaku sebelum kejadian kecederaan kepala membabitkan Thomas Partey dan Kyle Walker.

Selain daripada perlawanan Community Shield pada malam tadi, dua lagi perlawanan yang berlangsung lebih 100 minit kerana masa tambahan pada hujung minggi ini adalah perlawanan EFL Championship dan satu perlawanan di Piala Dunia Wanita.

Ketiga-tiga perlawanan menyaksikan lebih 10 minit masa tambahan diberikan. Untuk perlawanan yang berlangsung di Wembley pada malam tadi, tambahan masa tersebut membenarkan Arsenal menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-101 oleh Leandro Trossard untuk memadam gol pendahluan Cole Palmer pada minit ke-77 perlawanan.

Bercakap mengenai peraturan penambahan masa itu Guardiola meluahkan rasa tidak puas hatinya: “Ia amat menjengkelkan tetapi kita terpaksa biasakan diri.

“Saya ada pendapat bukannya kerana kami mendahului 1-0 [sebelum gol penyamaan], tetapi ia keterlaluan apabila tambahan masa melangkaui 8 minit.

“Ia adalah pertanyaan yang bagus di peringkat antarabangsa kerana mereka tidak terlebih dahulu bertanya kepada pengurus dan pemain dan kami terpaksa menerimanya dengan jumlah perlawanan yang banyak setiap musim.

“Sekarang perlawanan akan berlangsung selama 100 minit. Tidak banyak berlaku pada hari ini [dalam perlawanan] tetapi mereka memberikan tambahan masa lebih lapan minit.

“Mereka menambah masa untuk mendapatkan jaringan. Jika jaringannya 4-3 dan tambahan masa 45 saat untuk setiap jaringan, silap hari esok sampai 9 pagi pun kami masih bermain.”

Man City bakal memulakan kempen baharu Premier League pada lewat Rabu menentang Burnley di Turf Moor.

BACA:  Martinelli Dedah Arsenal Sengaja Eksploitasi Kelemahan Trent Alexander-Arnold