Lionel Messi dan Sergio Ramos akhirnya dapat berbual buat pertama kalinya sebagai rakan sepasukan, selepas sebelum ini kedua-dua mereka dianggap musuh tradisi di atas padang.
Dek kerana perseteruan antara Barcelona dan Real Madrid boleh dikatakan sangat dasyat, maka para pemain kedua-dua pasukan juga sering dianggap saling bermusuhan.
Kedua-dua Messi dan Ramos telah turun bermain dalam 45 aksi perlawanan ‘El Clasico’ dan turut berseteru dalam pelbagai kejohanan lain ketika karier mereka di pentas saingan La Liga.
Never thought I'd see this day. Sergio Ramos x Messi on the same team. 😲☠ pic.twitter.com/zYUK0vh74U
— FutbolBible (@FutbolBible) August 11, 2021
Sementara Messi dinobatkan sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman, Ramos pula ada memegang rekodnya yang tersendiri, termasuklah ketika kedua-dua mereka dipertemukan pada Oktober tahun lalu.
Kini, kedua-dua mereka akan meninggalkan kisah perseteruan itu menjadi sebahagian dari sejarah dalam karier masing-masing, memandangkan mereka sudah menjadi rakan sepasukan di Paris.
What a summer it’s been for Paris Saint-Germain 🔥
Hisense would like to welcome Messi, Donnarumma, Ramos, Wijnaldum and Hakimi to the @PSG_Inside family! 🔴🔵
#PSGxMESSI#Hisense #IciCestParis pic.twitter.com/lu33b48Igd— Hisense Sports (@HisenseSports) August 11, 2021
Kedua-dua mereka akan beraksi di pentas saingan Ligue 1 selepas kontrak masing-masing bersama kelab di Sepanyol tamat pada penghujung musim lalu.
Kedua-dua mereka dirakam sedang bercakap melalui telefon, dan ia bukti nyata bahawa pemain tidak akan pernah lagi melihat mereka berseteru di atas padang selepas ini.
👀📞😅
How about that first phone call between Sergio Ramos and Leo Messi!
They used to be rivals now they are both at PSG! #Messi #Messi #PSG #MessiAtPSG #MessiPSG pic.twitter.com/Anz6MYNEWg
— beIN SPORTS (@beINSPORTS_EN) August 11, 2021
Bercakap kepada TNT Sports bulan lalu, Ramos menyatakan yang beliau berminat untuk beraksi bersama Lionel Messi.
“Saya berminat untuk bermain dengan pemain terhebat dunia dan Messi merupakan salah seorang yang terhebat di dunia.”
“Saya selalu katakan yang Messi akan selalu ada peranan dia sendiri dalam pasukan saya.”
Kedua-dua Messi dan Ramos sebelum ini merupakan ketua pasukan bersama kelab masing-masing, namun mereka kini harus menerima kenyataan yang Marquinhos akan menjadi individu paling layak untuk memakai armband di Parc des Princes.
Ramos on Messi joining psg "Messi is the best player in the world and l like to be surrounded by the best" #PSGxMESSI #Messi #MessiPSG pic.twitter.com/X4YUvGcV3c
— Zim hotspot official (@HotspotZim) August 10, 2021
Ramos yang sudah beraksi di Bernabeu sejak 2005 sebelum pergi ke bandar Paris untuk meneruskan karier, sempat terlupa yang beliau bukan ketua pasukan lagi.
Ketika beliau sedang mengambil gambar bersama jersi barunya, Ramos melihat ke lengannya dan beliau sedar tiada armband di situ, beliau nampak sugul seketika.
Walau bagaimanapun, ada segelintir peminat yang mengatakan bahawa Ramos bukan mencari armband kapten, tetapi mencari patch UCL yang sebelum ini sudah biasa beliau lihat.
Sergio Ramos looking for the armband and then realizing he's not Real Madrid captain anymore 💔
(via @PSG_English) pic.twitter.com/QowLspJXFs
— ESPN FC (@ESPNFC) July 18, 2021
Mungkin gandingan Messi dan Ramos dengan pengalaman mereka miliki, mereka akan membantu PSG memenangi gelaran Champions League pertama dalam sejarah kelab.
Melihat kepada barisan skuad yang PSG miliki pada ketika ini, tidak mustahil untuk membayangkan yang mereka bakal membawa pulang Piala telinga capang itu.
PSG telah melalui jendela perpindahan yang sungguh menakjubkan pada musim panas ini, dengan berjaya mendapatkan nama-nama besar dalam dunia bola sepak secara percuma sahaja.
Donnarumma, Wijnaldum, Ramos dan Messi berjaya ditandatangani secara percuma dan kesemua empat pemain ini sememangnya yang terhebat di dunia di posisi masing-masing.
Lionel Messi and Sergio Ramos share the record for most appearances (45) in the history of El Clásico.
They now go from rivals to teammates. 😅 pic.twitter.com/I5XUtemU1L
— Squawka Football (@Squawka) August 10, 2021
Jika dengan gandingan ini mereka masih gagal untuk menjulang kejuaraan Champions League, mungkin PSG memang sudah ditakdirkan untuk tidak akan pernah ada Piala terbesar Eropah itu.
PSG akan memulakan saingan Ligue 1 musim baru ini tanpa kehadiran Sergio Ramos yang akan terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan.
Dalam aksi pertemuan bertemu Troyes minggu lalu, Ramos turut tidak diturunkan dengan PSG memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 2-1.
Media di Perancis melaporkan yang Ramos berkemungkinan akan diketepikan selama hampir dua bulan kerana masalah kecederaan yang beliau alami.
Sumber: SB