Malaysia tewas 4-1 kepada Kuwait dalam aksi pemanas badan perlawanan latihan yang berlangsung di Dubai sebagai persediaan untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia.
Kemudian skuad Harimau Malaya terbang ke Bahrain untuk perlawanan persabahatan Antarabangsa Tier 1 (lain macam nama FAM bagi) menentang Bahrain.
Tan Cheng Hoe menurunkan Farizal Marlias, Matthew Davies, Aidil Zafuan, Irfan Zakaria, Corbin Ong, Azam Azih, Liridon Krasniqi, Syamer Kutty, Safawi Rasid, Mohamadou Sumareh dan Syafiq Ahmad dikesebelasan utama.
Aksi meyakinkan dipamerkan Matthew Davies pada minit kelapan melakukan satu larian dari kanan dan memotong ke dalam namun rembatannya agak lemah.
Satu aksi positif dan berani dipamerkan oleh Davies dan Bahrain pula menampilkan aksi penuh bersahaja.
Farizal Marlis melakukan satu aksi menyelamat bertaraf dunia apabila menepis percubaan jarak dekat pemain Bahrain.
Selepas 30 minit permainan, kedudukan masih lagi terikat seri tanpa jaringan sebelum rehat minum air sambil sembang-sembang.
Malaysia menguasai perlawanan beberapa ketika dengan hantaran-hantaran pendek namun gagal untuk menyuap bole ke kotak penalti Bahrian.
Hantaran-hantaran pendek berkisar di bahagian tengah padang sebelum hantaran kebelakang bersilih ganti dilakukan.
Bahrain tenang menunggu untuk merampas bola dan melakukan serangan balas pantas.
Pelukan ketat=ketat disulami tarikan dengan satu jatuhan Irfan Zakaria ke atas pemain Bahrain menyebabkan pengadil tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti.
Mudah buat Mahdi Abduljabbar, penjaring terbanyak liga Bahrain menolak ke sebelah kanan menewaskan Farizal Marlias yang melayangkan badan ke arah kiri.
Penghujung separuh masa pertama hantaran silang Matthew Davies cantik mencari Syafik Ahmad untuk melakukan on the run header.
Sayang tandukan Syafik Ahmad tinggi melangit. Biasanya bola gitu memang makanan Syafiq Ahmad.
Seawal babak kedua bermula, Bahrian terus mengasak kubu Malaysia bagi mencari jaringan gol yang lebih selesa.
Malaysia mendapat sepakan percuma. Safawi Rasid membazirkan sepakan percuma dengan percubaan terus ke laut dari sudut sukar.
Hantaran kebelakang Liridon Krasniqi kepada Farizal Marlias mengundang padah apabila sentuhan pertama Farizal terlalu dahsyat.
GOL π§π
Jassim Marhoon 61'
BAHRAIN π§π 2-0 π²πΎ MALAYSIA#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/9OEZ8ayEgL
β FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 28, 2021
Bola terus sampai ke kaki Jassim Marhoon yang datang menekan. Mudah buat Jassim Marhoon menjaringkan gol dengan gawang terbuka.
Azam Azih dikeluarkan dan Brendan Gan dan Noshahrul Idlan Talaha dimasukkan dan Matyo tasalah terus mendapat terjahan keras pemain Bahrain.
Bahrain mula bersungguh atau Harimau Malaya mula barai apabila mudah pemain Bahrain secara solo melakukan larian dari tengah mujur penyudah kelaut.
Berbaki 10 minit permainan, Tan Cheng Hoe memasukkan trio muda, Akhyar Rashid, Luqman Hakim dan Ariff Aiman.
KEPUTUSAN MASA PENUH
Perlawanan Antarabangsa Tier 1 | 28 Mei 2021
BAHRAIN π§π 2-0 π²πΎ MALAYSIA
β½οΈ Mahdi Abduljabbar 41' (P) Jassim Marhoon 61'#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/lnn9qU7NQM
β FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 28, 2021
Liridon Krasniqi yang telah dikeluarkan dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua kerana marah-marah dengan membaling botol selepas Luqman Hakim dituduh mengasari pemain Bahrain.
Liridon bakal terlepas perlawanan menentang UAE kerana penggantungan dan kedudukn 2-0 kekal hingga tamat permainan.
Tiada apa yang istimewa dilakukan Bahrain dan kedua-dua gol terhasil adalah kesilapan dari skuad Harimau Malaya sendiri.
Malaysia XI: 1. Farizal Marlias 2. Matthew Davies 7. Aidil Zafuan 17. Irfan Zakaria 22. Corbin Ong 8. Azam Azih 10. Liridon Krasniqi 14. Syamer Kutty
11. Safawi Rasid 13. Mohamadou Sumareh 20. Syafiq Ahmad
Kuwait 4-1 Malaysia
Selepas setahun lebih skuad Harimau Malaysi tidak beraksi, akhirnya perlawanan itu tiba menentang Kuwait dalam satu perlawanan persahabatan tertutup yang berlangsung di 7he Sevens Stadium, Dubai, UAE.
Skuad kebangsaan, Harimau Malaya ke Dubai dengan penerbangan sewa khas MH8436 milik Malaysia Airlines (MAS) dengan membawa 45 pemain serta barisan kejurulatihan yang diketuai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.
dua perlawanan pemanas badan bertemu Kuwait di Dubai dan menentang Bahrain di Manama, Bahrain sebelum memulakan aksi tiga perlawanan terakhir Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai iaitu bertemu UAE (3 Jun), Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun 2021).
Harimau Malaya Terbang Bersama Malaysia Airlines
Baca berita lanjut di sini βΆοΈhttps://t.co/8Bw8g0pIst#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/UBi1qxXwUz
β FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 20, 2021
Untuk kesebelasan utama, Tan Cheng Hoe telah menurunkan pemain berikut:
Penjaga gol β Mohd Farizal Marlias
Pertahanan β Mohd Rizal Mohd Ghazali, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak , Muhammad Irfan Zakaria , Laβvere Corbin-Ong.
Tengah β Muhamad Nor Azam Abdul Azih, Brendan Gan, Mohamed Syamer Kutty Abba, Mohamadou Sumareh, Muhammad Akhyar Abdul Rashid
Penyerang β Guilherme De Paula Lucrecio
KESEBELASAN UTAMA HARIMAU MALAYA
Perlawanan Latihan | 23 Mei 2021
KUWAIT π°πΌ lwn π²πΎ MALAYSIA
* Sepak mula perlawanan jam 11.15 malam ini (7.15 malam Waktu UAE)#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/QnmU3kOXcD
β FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 23, 2021
21β² β Ahmad Aldhefeery membuka tirai jaringan perlawanan melalui rembatan deras kaki kiri beliau sendiri dari luar kotak penalti gagal diselamatkan Farizal Marlias.
28β² β Pemain naturalisasi terkini Malaysia yang mendapat panggilan untuk kempen kelayakan Piala Dunia ini, Guilherme De Paula Lucrecio menjaringkan gol penyamaan Harimau Malaya selepas menyudahkan hantaran Corbin Ong dari sebelah kiri.
Agak meyakinkan prestasi Guilherme De Paula Lucrecio apabila menjaringkan gol dalam debut beliau bersama Harimau Malaya.
Separuh masa pertama β Kuwait 1-1 Malaysia (Ahmad Aldhefeery 21β², Guilherme de Paula 28β²)
46β² β Pertukaran besar-besaran oleh Tan Cheng Hoe. Aksi separuh masa kedua Perlawanan Latihan di 7he Sevens Stadium, Dubai, UAE bersambung dengan Tan Cheng Hoe melakukan 9 pertukaran.
Hanya Guilherme de Paula dan Syamer Kutty Abba dikekalkan. Kuwait pula hanya melakukan 1 pertukaran.
55β² β Kuwait menggandakan kedudukan. Tandukan Fahad Alhajeri hasil hantaran Eid Alrashidi dari sebelah kanan gagal diselamatkan penjaga gol gantian Harimau Malaya, Khairulazhan Khalid.
61β² β Kuwait terus melebarkan kedudukan, sekali lagi Khairulazhan Khalid tewas. Penyerang Kuwait, Shabaib Alkhaldi menyudahkan hantaran Eid Alrashidi dari sebelah kanan untuk menewaskan Khairulazhan Khalid.
68β² β Tigal gol dalam tempoh 13 minit dan buat kali ketiga Khairulazhan Khalid tertewas kali ini melalui sepakan percuma deras kapten Kuwait, Fahad Al-Alabraim berjaya menewaskan Khairulazhan Khalid.
73β² β Pertukaran terakhir dilakukan Harimau Malaya dengan penjaga gol, Samuel Somerville masuk menggantikan Khairulazhan Khalid. Samuel Somerville cemerlang apabila tidak bolos dalam perlawanan ini.
Keputusan Penuh β Kuwait 4-1 Malaysia (Ahmad Aldhefeery 21β² Guilherme de Paula 28β² Fahad Alhajeri 55β² Shabaib Alkhaldi 61β² Fahad Al-Alabraim 68β²)
77' Kuwait melakukan pertukaran keempat dan kelima mereka tatkala Harimau Malaya sudah melengkapkan 12 pertukaran pemain untuk malam ini.
KUWAIT π°πΌ 4-1 π²πΎ MALAYSIA#FAM #HarimauMalaya
β FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 23, 2021
Dalam perlawanan yang menguji kekuatan pemain dan keberkesanan taktikal serta untuk mewujudkan keserasian selepas lama tidak beraksi Tan Cheng Hoe melakukan 12 pertukaran.
Ketiga-tiga penjaga gol, Mohd Farizal Marlias, Mohd Khairulazhan Mohd Khalid dan Samuel Jacob Somerville diturunkan dalam perlawanan ini.
Manakala Kuwait pula hanya melakukan lima pertukaran sahaja.
Pada 1 Mei 2021, Tan Cheng Hoe telah mengumumkan senarai nama 25 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya.
Skuad Harimau Malaya telah turun menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil selama empat hari bermula 16 hingga 19 Mei 2021 sebelum terbang ke Dubai pada 20 Mei bagi perlawanan persahabatan.
Bagi empat pemain yang beraksi di liga luar iaitu Liridon, Junior, Dominic serta Luqman Hakim Shamsudin, mereka tidak perlu melapor diri di Kuala Lumpur pada 16 Mei, sebaliknya terus dari negara masing-masing iaitu Australia, Thailand dan Belgium untuk menyertai pasukan di Dubai pada 20 Mei 2021.