Perlawanan Persahabatan: Malaysia 2-0 Hong Kong

Malaysia turun untuk perlawanan pemanas badan yang kedua untuk persiapan kelayakan Piala Asia 2023 menentang Hong Kong selepas berjaya menewaskan Brunei 4-0 dalam aksi yang agak goyah.

Kim Pan Gon merombak besar-besaran kesebelasan utama menentang Hong Kong berbanding ketika menentang Brunei dengan hanya mengekalkan Syamer Kutty Abba dan Dions Cools.

Gandingan Akhyar Rashid, Safawi Rasid, dan Ariff Aiman serta Darren Lok dipertaruhkan dengan barisan pertahanan menyaksikan Corbin Ong, Sharul Saad dan Matthew Davies kembali.

Kim Pan Gon terus bereksperimen dan memberi peluang kepada 30 pemain dipanggil sebelum membuat senarai akhir di mana Syahmi Safari sudah dihantar pulang kerana masalah kesihatan.

Perlawanan dari sepak mula agak seimbang dan Malaysia dilihat lebih berbisa dengan permainan yang meyakinkan sekaligus memberi harapan kepada satu kemenangan lagi.

Minit ke-30 selepas dua sepakan penjuru, Akhyar Rashid terus memanfaatkan kelincahan dan kepantasan beliau yang menyebabkan pemain Hong Kong membuat kekasaran dalam kotak penalti.

Sepakan penalti untuk Malaysia dan Safawi Rasid mengambil sepakan dengan satu tendangan deras ke penjuru kanan menewaskan penjaga gol Hong Kong.

Untuk rekod ini merupakan gol yang ke-16 Safawi Rasid untuk Harimau Malaya dalam 39 penampilan. Rekod jaringan yang agak padu.

Dipenghujung perlawanan menyaksikan Darren Lok hampir menggandakan kedudukan dengan satu sundulan terbang dari umpanan cantik Corbin Ong tapi sayang bola sedikit tinggi melewati palang.

Tujuh minit bersambung babak kedua, Akhyar Rashid memperoleh peluang terbaik apabila sudah berjaya melepasi penjaga gol Hong Kong.

Gawang sudah terbuka namun Akhyar Rashid sedikit gopoh untuk terus merembat ke gawang ketika sudah hilang kesimbangan badan.

Minit ke-59 Stadium Nasional Bukit Jalil bergema sampai ke Seremban apabila pemain kesayangan ramai, Guilherme De Paula Lucrecio masuk menggantikan Darren Lok.

Safiq Rahim dan Mohamadou Sumareh juga dimasukkan.

Arif Aiman mempamerkan kelincahan dengan satu umpanan cantik yang gagal disambar dan kemudian hadir lagi dengan tolakan kepada Safiq Rahim tapi sayang first ball kelaut.

Pada minit ke-75, pemain paling menyerlah ketika menentang Brunei Faisal ‘Mickey’ Halim masuk menggantikan Arif Aiman yang mengalami kecederaan dan terpaksa diusung keluar.

Mohamdou Sumareh koyak tak kena tempat ketika pasukan masih memndahului apabila menyerang pemain Hong Kong selepas dikasari. Mujur kad kuning je.

Pada penghujung perlawanan Safiq Rahim menggandakan kedudukan melalui satu sepakan percuma yang terbias pemain Hong Kong.

Kegembiraan dan wajah penuh terharu terpancar diraut wajah Safiq Rahim yang seolah-olah sudah lama mahu kembali jaringkan gol untuk Malaysia.

Kesebelasan Utama Malaysia: Mohd Farizal Marlias, Shahrul Mohd Saad, Matthew Davies, Corbin-ong La’vere Lwarence, Dion-johan Cools, Arif Aiman Mohd Hanapi, Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Nor Azam Azih, Darren Lok, Mohamed Syamer Kutty Abba,

Pemain Simpanan: Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Mohd Khairulazhan Mohd Khalid, Dominic Tan Jun Jin, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Norshahrul Idlan Talaha, Liridon Krasniqi, Kogileswaran Raj A/l Mohana Raj, Mohd Afiq Fazail, Guilherme De Paula Lucrecio, Shahrul Nizam Ros Hasni, Junior Eldstal, Safiq Rahim, Mohamadou Sumareh, Mohamad Faisal Abdul Halim, Muhammad Syafiq Ahmad, Ahmad Khuzaimi Piee, V. Ruventhiran.

Malaysia 4-0 Brunei

Malaysia turun untuk perlawanan persahabatan pertama pertama menentang Brunei dan kemuadian pasukan Hong Kong pula menyusul sebagai persediaan bagi menghadapi kelayakan Piala Asia China 2023.

Untuk kelayakan Piala Asia China 2023 yang bakal berlangsung dari 8 Jun sehingga 14 Jun 2022, Malaysia diletakkan dalam kumpulan E bersama Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh.

Kelebihan ada buat Malaysia apabila akan beraksi di laman sendiri di mana ketiga-tiga perlawanan ini akan berlangsung di stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Jurulatih Malaysia, Kim Pan Gon telah memanggil 30 orang pemain untuk latihan pusat bagi perlawanan persahabatan ini dan akan disenaraikan pendek menjelang kelayakan Piala Asia.

Lebih mengejutkan apabila pemain naturalisasi kesayangan peminat bola sepak Malaysia, Guilherme De Paula Lucrecio yang langsung tidak beraksi musim ini turut dipanggil.

Tiada pemain muda dari skuad 23 tahun dipanggil kali ini, mungkin kerana mereka baru menamatkan saingan sukan SEA dan akan terbabit dengan kejohanan Piala Asia B23 bulan hadapan.

Persediaan Malaysia menentang Brunei menimbulkan sedikit keraguan kerana jika dilihat kepada pasukan Brunei yang tidak mempunyai perlawanan kompetitif selama dua tahun.

Brunei menutup pintu untuk acara sukan sehinggalah memasuki fasa endemik, mereka tidak beraksi di Piala AFF dan liga mereka juga tidak berlangsung.

Brunei bukanlah lawan terbaik buat Harimau Malaya menguji kekuatan sebagai persediaan. Tapi itulah lawan yang ada ketika ini dan dalam bola sepak semuanya boleh terjadi.

Mohamadou Sumareh yang agak lama menghilang mungkin pergi bercuti disenaraikan Kim Pan Gon dalam kesebelasn utama menentang Brunei.

Syukor Adan dan Nizarudin Yusof sempat bergurau apabila mengatakan tidak sabar untuk melihat apa yang mampu dilakukan Guilherme De Paula Lucrecio jika diturunkan.

Kurang seminit permainan pemain Brunei Abdul Muiz Sisa dilayangkan kad kuning kerana mnelakukan satu rempuhan keras ke atas Sumareh.


Selepas 5 minit Malaysia mula melancarkan serangan bertali arus dan Syafiq Ahmad pula mengalami kecederaan ditumbuk penjaga gol Brunei dalam situasi 50-50.

Cantik gila hantaran Safiq Rahim dan Faisal Halim terus mengucar-kacirkan pertahanan Brunei dengan kelajuannya.

Pada minit ke-15 Syafiq Ahmad membuka tirai jaringan melalui kepalanya yang berbisa berpunca dari sepakan penjuru.

Serangan dan gerakan menarik bertaraf Eropah dan dunia menurut pengulas terus dilakukan bagi menambah gol namun tidak kunjung tiba selepas 30 minit permainan.

Pada ini ke-34, Brunei akhirnya berjaya memperoleh sepakan penjuru petama dan kedua secara berturut-turut dalam perlawanan ini.

Percubaan akrobatik Syafiq Ahmad dengan membelakangi gawang Brunei hampir membuahkan hasil tetapi ditepis keluar diatas palang.

Aksi lipas kudung Faisal Halim membuahkan hasil dengan satu umpanan cantik disudahkan dengan tenang oleh Mohamed Syamer Kutty Abba.

Syamer Kutty hampir menjaringkan gol ketiga dengan satu gerakan satu dua cantik dengan Safiq Rahim namun tersasar.

Brunei bermain agak baik menahan segala asakan Malaysia walaupun tampak kepenatan lantaran kualiti pemain yang agak jauh berbeza.

Malaysia gagal menjaringkan lebih dua gol lantaran sentuhan pertama serta hantaran kurang tepat dan lambat untuk membuat keputusan.

Lima pertukaran dilakukan oleh Kim Pan Gon dengan memasukkan pemain kesayangan ramai Guilherme De Paula Lucrecio, Liridon Krasniqi, Safawi Rasid, Dominic Tan dan Nazmi Faiz Mansor.

Syafiq Ahmad, Safiq Rahim, Dion Cools, Mohamadou Sumarehdan Syamer Kutty dikeluarkan.

Guilherme De Paula Lucrecio hampir menjaringkan gol namun takdir telah menentukan bahawa tandukannya tersasar.

Agak sendu permainan Malaysia di babak kedua dan Harimau Malaya seperti mahu bermain hantaran panjang.

Guilherme De Paula Lucrecio membuktikan kehebatan dengan kawalan bola kemas melakukan cutback kepada Faisal Halim yang melepaskan rembatan yang meroket untuk gol ketiga.

Selepas sejam permainan V. Ruventhiran dikeluarkan dan Akhyar Rashid masuk mengganti.

Safawi Rasid melakukan percubaan yang menjadi cap dagangnnya dengan kaki kiri dari luar kotak tetapi tersasar.

Liridon Krasniqi seperti sebelum ini kerap kehilangan dan menghilangkan bola dengan hantaran-hantaran kelaut serta memperlahankan permainan.

Kelincahan Akhyar Rashid menyebabkan pemain Brunei menghadiahkan sepakan penalti dan Guilherme De Paula Lucrecio tenang menyempurnakannya.

Satu Malaysia bersorak riang dan bergema dengan sorakan nama De Paula dan itulah gol terakhir Malaysia dalam perlawanan ini.

Agak membimbangkan aksi Malaysia pada separuh masa kedua dan banyak lagi yang perlu diperbaiki.

Kesebelasan Utama Malaysia: Mohd Khairulazhan Mohd Khalid, Muhammad Syahmi Safari, Junior Eldstal, Safiq Rahim, Mohamadou Sumareh, Mohamed Syamer Kutty Abba, Mohamad Faisal Abdul Halim, Muhammad Syafiq Ahmad, Dion-johan Cools, Ahmad Khuzaimi Piee, V. Ruventhiran.

Pemain Simpanan: Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Mohd Farizal Marlias, Dominic Tan Jun Jin, Shahrul Mohd Saad, Corbin-ong La’vere Lwarence, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Arif Aiman Mohd Hanapi, Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Matthew Davies, Norshahrul Idlan Talaha, Liridon Krasniqi, Kogileswaran Raj A/l Mohana Raj, Mohd Afiq Fazail, Guilherme De Paula Lucrecio, Shahrul Nizam Ros Hasni.

BACA:  Sukan SEA: Umar Lakar Kejutan, Shereen Tepati Ramalan Emas Dalam Acara 400m