Petarung UFC Berjaya Halang Pencuri Dari Mencuri Keretanya

Mencuri kereta bukanlah satu tindakan yang bijak dan tidak patut untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja kerana ia akan mendatangkan musibah yang membawa bencana.

Walau bagaimanapun, kalau seseorang itu mencuri kereta polis, tentera, menteri atau sesiapa sahaja orang kenamaan, ia seolah tindakan dungu yang boleh membunuh diri.

Macam mana pula kalau ada yang terfikir untuk mencuri kereta petarung UFC?

Ya, petarung UFC yang semua tahu bagaimana keringnya hati mereka dan bagaimana hebatnya kemampuan mereka untuk menyakiti seseorang.

Salah seorang pencuri kereta yang malang di Amerika Syarikat telah melakukan kesilapan dalam kariernya pencuriannya kerana tersilap memilih mangsa.

Beliau mungkin tidak sedar yang dirinya sedang cuba untuk mencuri kereta milik petarung UFC dan malangnya lagi beliau ditangkap ketika sedang cuba melarikan kereta tersebut.

Kereta yang mahu dicuri itu merupakan kereta milik petarung dalam kategori Welterweight UFC, Jordan Williams yang mungkin tidak peduli jika kereta itu dicuri.

Rakaman CCTV menunjukkan bagaimana Williams berjaya menghentikan usaha seorang pencuri yang mahu mencuri keretanya.

Williams ketika itu memberhentikan keretanya di sebuah gerai dan beliau segera masuk ke gerai tersebut meninggalkan kereta di luar (Mana ada orang bawa kereta masuk 7E).

Beliau kemudian berjaya mengesan ada individu tidak dikenali yang cuba membuka keretanya lalu masuk dan cuba untuk melarikan keretanya.

Ketika pencuri itu mahu mengundurkan kereta, Williams berjaya membuka pintu dan menarik pencuri itu keluar dari kereta.

Pencuri itu segera melarikan diri sebaik Williams mencapaknya keluar dari kereta, dan mujur saja beliau tidak dibelasah di situ.

Jika pencuri itu terjatuh di hadapan Williams, entah bagaimana nasibnya di situ, apa lagi tiada pengadil yang akan menghentikan petarung UFC itu dari terus membelasahnya.

“Seseorang berusaha mencuri kereta saya hari ini.”

Jelas Williams ketika memuat naik video insiden tersebut di laman instagram miliknya.

Williams ketika di dalam gelanggang Octagon

“Jika kamu bingung memikirkan mengapa kereta saya masih hidup, ia alasan yang sama mengapa dia tak boleh pandu kereta saya pergi jauh. Saya pakai push start dan kereta tak boleh pergi melainkan kunci ada berdekatan, kunci itu ada pada saya. Jujurnya ia pengajaran untuk saya dan pengajaran juga untuk dia.”

“Saya berharap dapat belasah dia cukup-cukup selepas saya campak dia keluar dari kereta, dan menghentak dia di lantai, tapi tak apa sebab saya sudah dapat kereta saya semula.”

Selain gagal melarikan kereta tersebut, pencuri itu juga terpaksa menanggung kerugian kerana topinya tertinggal di dalam kereta Williams ketika beliau dicampak keluar.

Tidak pasti sama ada hal ini dilaporkan pada pihak polis atau tidak, namun satu hal yang pasti, pencuri itu sudah mendapat pelajaran atas perbuatan beliau pada hari kejadian tersebut.

Sumber: SB

BACA:  UFC 249: Justin Geathje Menewaskan Tony Ferguson Dengan Keputusan TKO