Piala AFF 2022: Myanmar 0-1 Malaysia

Malaysia berjaya meraih kemenangan dan mata pertama di perlawanan pembukaan kumpulan A kejohanan Piala AFF 2022 apabila menumpaskan Myanmar 0-1 dalam perlawanan penuh dramatik.

Saingan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022, sudah pun bermula bagi kumpulan B di mana Myanmar turun menentang Harimau untuk perlawaan pembukaan di Stadium Thuwunna, Yangon.

Perlawanan antara Kemboja yang menewaskan Filipina merupakan perlawanan perasmian kejohanan sebelum Thailand menyusul dengan membelasah Brunei 5 gol tanpa balas di saingan kumpulan A.

Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 yang bakal direbut oleh 10 pasukan Asia Tenggara akan berlangsung dari 20 Disember 2022 sehingga 16 Januari 2023.

Kumpulan A: Thailand, Filipina, Indonesi, Kemboja dan Brunei
Kumpulan B: Vietnam, Malaysia, Singapura, Myanmar dan Laos

Sebelum ini Malaysia dan Myanmar telah bertemu sebanyak 16 kali dengan Malaysia menang lima kali dan Myanmar menang enam kali serta seri 5 kali dan kali terakhir bertemu pada November 2018 juga dalam Piala AFF dan Harimau Malaya menang 3-0.

Kepakaran Kim Pan Gon diuji untuk Piala AFF 2022 apabila kehilangan beberapa pemain yang menjadi tonggak dan melayakkan Harimau Malaya ke Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Qatar.

Dengan beberapa muka baru yang ditampilkan untuk skuad 23 pemain adalah sesuatu yang menarik untuk disaksikan akan kemampuan Harimau Malaya disaingan Piala AFF 2022.

Aksi dimulakan dengan satu perlanggaran kepala antara Ruventhiran A/l Vengadesan dan pemain Myanmar sejurus selepas sepak mula.

Lwin Moe Aung telah melakukan satu percubaan bahaya di minit ke-7 dengan satu rembatan deras yang berjaya dihadang dan cukup untuk mencetuskan panik.

Malaysia menguasai perlawanan namun gagal untuk menghadirkan percubaan yang boleh membawa kepada gol namun Myanmar jarang-jarang menyerang tetapi merbahaya.

Pada minit ke-19 satu lagi percubaan mengancam hadir dari Myanmar dari satu gerakan menarik namum berjaya dineutralkan.

Hein Htet Aung pula mencuba dengan satu rembatan leret yang meleleh ke tepi tiang. Myanmar hanya menyerang dengan 2-3 pemain sahaja dari bola lambung.

Peluang terbaik Harimau Malaya akhirnya hadir dari kesilapan pemain pertahanan Myanmar namun gagal untuk disudahkan Mohamad Faisal Abdul Halim.

Yang Naing Oo menjadi pemain pertama mengutip kad kuning dalam perlawanan ini.

Percubaan bahaya Harimau Malaya sekali lagi datang dan sekali lagi gagal disempurnakan Faisal Abdul Halim. Ahmad Khuzaimi Piee terpaksa dikeluarkan apabila mengalami kecederaan dan Muhammad Fazly Mazlan masuk.

Myanmar dan Malaysia saling berbalas serangan dipenghujuk babak dan perlawanan separuh masa pertama tamat seri tanpa jaringan.

Darren Lok yang terasing sepanjang perlawanan dikeluar selepas permainan bersambung, Andrew Lee Tuck masuk untuk menghidupkan permainan.

Permainan fizikal dan keras terus dipamerkan oleh Myanmar nyata berhasil dan memberi kesukaran kepada Harimau Malaya.

Pada minit ke-52, Faisal Halim berjaya memecahkan kebuntuan dengan satu tolakan penyudah yang tenang lalu diraikan dengan bersiu-siu!!

Cantik dan penuh berseni hantaran dari Safawi Rasid untuk meletakkan nama selaku pencipta bantuan gol.

Beberapa lagi peluang dicipta namun gol tambahan tidak kunjung tiba, Faisal Halim semakin menyerlah dan Myanmar masih tidak berputus asa dengan mendominasi perlawanan.

Sergio Aguero masuk menggantikan Safawi Rasid yang menolak Andrew Tuck bermain di sebelah kanan. Myanmar terus menekan dan Syihan Azmi mengalami kecederaan dikitai Myanmar.

David William Rowley dan Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau dimasukkan pada minit ke-87 menggantikan Mohamad Faisal Abdul Halim dan Ruventhiran A/l Vengadesan.

Rembatan jarak jauh Myanmar hampir menewaskan Syihan Azmi mujur rembatan itu melewati palang dan sejurus selepas itu Myanmar mendapat penalti.

Entah kenapa penalti semuanya tidak jelas, ulang tayang pun sekadar 3gp dari satu sudut saja dan dikhabarkan kerana bola terkena tangan Sharul Nazeem Zulpakar.

Syihan Azmi mempamerkan satu aksi heroic menggagalkan sepakan penalti Myanmar dengan satu tepisan keluar ke sebelah kirinya.

Myanmar terus menekan untuk gol penyamaan namun Malaysia bertahan dengan baik menafikan sebarang percubaan dan akhirnya 3 mata pertama menjadi milik Harimau Malaya.

Seterusnya Harimau Malaya akan turun untuk perlawanan kedua menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 November 2022.

Kesebelasan Utama Myanmar vs Malaysia:

Malaysia: Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Muhammad Azam Azmi Murad, Sharul Nazeem Zulpakar , Dominic Tan, Ahmad Khuzaimi Piee, Stuart John Wilkin, Brendan Gan, Ruventhiran A/l Vengadesan, Mohamad Faisal Abdul Halim, Darren Lok, Muhammad Safawi Rasid.

Pemain Simpanan: Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Muhammad Rahadiazli Rahalim, Muhammad Fazly Mazlan, Quentin Cheng Jiun-ho, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, David William Rowley, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau, Mohd Nor Hakim Hassan, Nur Shamie Iszuan Amin, Lee Andrew Tuck, Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Muhammad Haqimi Azim Rosli.

Myanmar: Kyaw Zin Phyo, Ye Min Thu, Kyaw Zin Lwin, Thiha Htet Aung, Nanda Kyaw, Yan Naing 00, Kyaw Min 00, Hein Htet Aung, Lwin Moe Aung, Maung Maung Lwin, Aung Kaung Mann

BACA:ย  Indonesia Pasukan Paling Malang Dalam Sejarah Piala AFF