Piala Asia 2023: Rating Membabi Buta Harimau Malaya vs Jordan

Malaysia tunduk secara sopan santun di tangan Jordan pada aksi pembukaan Piala Asia 2023 melibatkan Harimau Malaya.

Ianya adalah aksi pertama Malaysia di Piala Asia sejak 2007, di mana ketika itu Malaysia layak sebagai tuan rumah bersama beberapa negara Asean lagi.

Jordan ternyata berada di kelas tersendiri berbanding dengan Harimau Malaya. Mereka menang 4-0 mengatasi anak anak buah Kim Pan Gon.

Berikut adalah rating kami

Syihan Hazmi: 4

Selalunya dia tak sibuk sangat ketika di kelab kerana pasukan JDT yang terlalu kuat. Ujian sebenar dia akhirnya tiba. Dan Syihan dibocori 4 gol dalam keadaan dia sendiri tak tahu apa dah jadi dengan pertahanan di hadapannya.

Dia harus lebih vokal memaki hamun pertahanannya. Gol keempat dia dilemaskan oleh lawan.

Matt Davies: 1.5

Salah satu persembahan terburuk Davies sejak bergelar pemain bola sepak. Dia pasti mahu melupakan perlawanan ini. Menjadi mangsa kepada serangan Jordan. Membuat 1 kesilapan memberikan penalti kepada Jordan hanya beberapa minit selepas gol pertama lawan.

Junor Eldstal: 2

Tidak ada apa yang dibanggakan daripada prestasi Eldstal yang sempat mengukir senyuman ketika lawan menerobosi gawang Malaysia.

Walaupun dibekalkan dengan set pertahanan yang pandai berbahasa Inggeris, dia masih tidak mampu berkomunikasi dengan lebih baik selaki Libeiro. Posisi yang dimahsyurkan oleh Franz Beckenbaeur.

Dion Cools: 4

Dia lebih bagus daripada dua lagi rakannya di posisi tersebut. Dan bermain sepenuh jiwa sekali lagi.

Corbin Ong: 3.99

Tidak banyak membantu ketika serangan. Selaku wingback dia biasanya pemain yang sangat boleh harap untuk naik sejauh mana mungkin.

Arif Aiman: 3.88

Bukan aksi terbaik Arif Aiman yang disenaraikan laman AFC sebagai pemain untuk diperhatikan.

Bermain di posisi wingback jelas tidak memberikan dia kegembiraan. Terpaksa dikeluarkan awal kerana isu taktikal.

Afiq Fazail: 3.29

Tidak pasti apa yang cuba dilakukan pemain ini. Dia hanya berkeliaran tak tentu arah dan sesekali melibatkan diri agar nampak busy.

Stuart Wilkin: 4.1

Dia pemain tengah terbaik untuk Malaysia. Dengan dia banyak melibatkan diri di zon serangan. Cuba melakukan rembatan dari luar kotak namun kali ini pak Arab tak dapat dimakan.

Namun ketika bertahan dia seringkali hilang tah ke mana.

Faisal Halim: 3.000002

Tidak ada apa yang boleh dikatakan tentang Miki Siuu. Dia tidak dapat menjelmakan magisnya seperti yang biasa dilakukan. Dia sebelum ini selesa bergandingan dengan Arif Aiman di zon serangan.

Kali ini bermain dengan Darren Lok dan Morales.

Darren Lok: 2.7

Langsung tiada shot sepanjang dia berada atas padang.

Romel Morales: 4.55

Penyerang yang sempat melakukan 1 percubaan sahaja dan itu adalah percubaan tepat. Itu je la sebab markah dia macam tu.

Pemain gantian

Shahrul Saad – 4

Permainan yang boleh diterima kerana dia masuk untuk mengurangkan impak lebih teruk

Mohamadou Sumareh – 0.5

Tidak tahu apa yang dia main semalam. Hanya lima kali sentuh bola dan cuba menggelecek sekali itupun kantoi tak lepas. Selebihnya aksi ini cumalah aksi untuk membuktikan kepada keluarga dia bahawa dia adalah rakyat Malaysia yang sebenar.

Akhyar Rasid – 3.2

Markah diberikan kerana gaya rambut yang hebat dan memukau.

Paulo Josue – 3

Safawi Rasid – 3

BACA:  Bintang Liverpool F.C Ini Pernah Mewakili Malaysia!