Piala Asia: Malaysia Diundi Sekumpulan Korea Selatan

Undian Piala Asia 2023 sudah pun dibuat. Dan edisi kali ini menyaksikan skuad Harimau Malaya turut beraksi.

Piala Asia 2023 akan dianjurkan di Qatar pada 12 Januari sehingga 10 Februari 2024.

Dalam undian yang berlangsung sebentar sahaja tadi, Malaysia diletakkan dalam balang 4.

Balang 1

Qatar (tuan rumah)

Jepun

Iran

Korea Selatan

Australia

Arab Saudi

Balang 2

Iraq

Emeriah Arab Bersatu / UEA

Oman

Uzbekistan

China

Jordan

Balang 3

Bahrain

Syria

Palestine

Vietnam

Kyrgyz Republic

Balang 4

India

Tajikstan

Thailand

Malaysia

Indonesia

Hong Kong

Indonesia

Hasil daripada undian menyaksikan Qatar diletakkan dalam kumpulan A sebagai tuan rumah. Bersama sama dengan china, Tajikistan dan Lebanon.

Qatar benar benar serius dalam misi kali ini. Mereka sempat melantik Carlos Queiroz sebagai pengurus pasukan kebangsaan mereka.

Negara yang menjadi penganjur Piala Dunia 2022 itu sekali lagi tampil sebagai negara host untuk Piala Asia pula kali ini. Qatar sebagai tuan rumah dan juga juara bertahan.

Kumpulan B dilihat saingan antara Australia dan Syria. Namun mereka juga perlu berdepan cabaran Uzbekistan. Serta pasukan Asia Selatan, India.

Australia merupakan negara yang masih bernaung di bawah AFC. Malah pernah menjadi juara Piala Asia.

Bagi kumpulan C, Iran akan bersama sama dengan Hong Kong, Palestine dan juga UAE yang bersama sama mengibarkan cabaran dalam kumpulan ini.

Agak menarik untuk melihat kumpulan C kerana kekuatan Palestine yang dianggap boleh menjadi giant killer.

Sementara kumpulan D, menyaksikan negara tetangga, Indonesia dan Vietnam berada dalam satu kumpulan dengan Iraq dan Jepun.

Jepun memiliki ramai bintang berkelas dunia bermain di Eropah. Pastinya mereka berharap akan dapat menggunakan khidmat pemain seperti Takefusa Kubo dan Kauru Mitoma yang kini menjadi antara bintang paling menyerlah di liga utama Eropah.

Jepun antara pasukan pilihan dalam kejohanan kali ini sama seperti edisi sebelum ini.

Derbi Kim Pan Gon

Kumpulan E adalah tumpuan seluruh rakyat Malaysia. Skuad Kim Pan Gon akan duduk bersama sama dengan negara kelahiran jurulatih itu iaitu Korea Selatan. Jadi, boleh dikira ada derbi KPG dalam aksi kumpulan E.

Adakah Korea Selatan akan berjaya mendapatkan khidmat superstar mereka Son Heung Min dan Kim Min Jae?

Son Heung Min bintang di EPL dan terus cemerlang bergandingan bersama Harry Kane.

Sementara Kim Min Jae yang sebelum ini dikecam gara gara tidak mahu menyertai tugasan antarabangsa kerana mengutaman kelabnya, Napoli yang dalam proses mengejar kejuaraan Serie A.

Kim Min Jae kemudian meminta rakyat Korea Selatan faham kerana dia bermain terlalu banyak minit permainan musim ini dan memberikan impak kepada kesihatan mentalnya.

Napoli sudah pun bergelar juara Serie A musim ini. Dan Kim Min Jae pastinya boleh memujuk semula hati peminat bola sepak Korea Selatan dengan menyertai misi negaranya kali ini.

Kumpulan ini juga sengit dengan cabaran daripada Jordan dan Bahrain.

Malaysia pastinya akan turun sebagai pasukan bukan pilihan ataupun under dog.

Kumpulan F ada Arab Saudi!

Bagi kumpulan F, ada Thailand di sana bersama dengan Kyrgyz Republic dan Oman.

Arab Saudi adalah pasukan pilihan dalam kumpulan F selepas aksi cemerlang dalam Piala Dunia 2022 yang lalu.

Mereka malah sempat mengejutkan juara dunia pada edisi 2022, Argentina di peringkat kumpulan Piala Dunia 2022 yang lalu.

Dengan ramai pemain mereka pada masa itu berpangkalan di Liga Pro Saudi, maka dijangka mereka akan mengekalkan kekuatan yang sama.

Jadi tidak hairanlah kalau Arab Saudi merupakan salah satu pasukan pilihan untuk menjuarai edisi kali ini.

Jadi, apakah harapan peminat Malaysia ke atas pasukan Harimau Malaya kali ini?

BACA:ย  FIFA Label Gol Tak Jejak Tanah Safawi Rasid Antara Pesaing Puskas