Kejutan terjadi dalam saingan kumpulan F, apabila Maghribi muncul juara kumpulan F selepas menundukkan Kanada 2-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Pada awalnya ramai meramalkan Croatia dan Belgium akan ke pusingan seterusnya sebaliknya berlaku apabila Croatia yang mengiringi Maghribi.
Belgium sebagai pemenang tempat ketiga Piala Dunia 2018 di Rusia tersingkir awal gara-gara pemain bernama Romelu Lukaku.
Bertemu Kanada membolehkan Maghribi meraih 3 mata untuk mengungguli kumpulan F dengan 7 mata dengan dua kemenangan (vs Kanada, Belgium) dan satu seri (vs Croatia).
What a conclusion to Group F π€π₯
We'll see Morocco and Croatia in the next round π#FIFAWorldCup pic.twitter.com/Q0ZfCtP6g3
β Football Daily (@footballdaily) December 1, 2022
Maghribi turun untuk mencari kemenangan dan tiga mata yang akan menjanjinkan mereka tempat ke pusingan 16 terakhir dan gol pembukaan hadir seawal minit ketiga perlawanan.
Kanada sudah pun sah terkeluar dari saingan Piala Dunia selepas hanya dua perlawanan sahaja apabila tewas kepada Belgium dan Croatia.
Selaku tuan rumah Piala Dunia 2026, Kanada pasti mahu mengambil kesempatan ini untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin untuk dijadikan bekalan empat tahun lagi.
Kanada walaupun tersingkir awal namun skuad muda menunjukkan potensi mampu bersaing dan mungkin mampu menjadi pencabar pada tahun 2026 di mana pemain muda mereka akan bertambah matang.
Canada bow out of the World Cup, they will be back in 2026. π¨π¦ pic.twitter.com/of3St2dN8D
β CBS Sports Golazo β½οΈ (@CBSSportsGolazo) December 1, 2022
Di Piala Dunia 2022, Kanada telah mendapat pujian ramai kerana mereka telah bermain bola sepak dengan baik sekali, tetapi aksi kelakar menjadi milik mereka ketika menentang Maghribi.
Hakim Ziyech nyata tidak mensia-sia peluang mudah dan percuma itu apabila hantaran ke belakang pemain pertahanan, Steven Vitoria mencari penjaga gol, Milan Borjan tidak berakhir dengan baik.
Entah apa yang dikelam-kabutkan oleh bahagian pertahanan Kanada itu apabila Milan Borjan keluar dari kawasan gol selepas menerima hantaran Steven Vitoria telah terhantar bola kepada Hakim Ziyech.
Hakim Ziyech terus melakukan satu lob dan gelembungan buaya yang sangat cantik ke gawang yang terbuka tanpa seorang pun yang menjaga untuk gol pertama peribadi di Piala Dunia.
Hakim Ziyech scores his first goal in this World Cup!!! pic.twitter.com/kzKY6tUjZH
β Frank Khalid (@FrankKhalidUK) December 1, 2022
Penjaga gol Kanada, Milan Borjan hanya mampu melangut melihat ke langit ketika bola menerjah gawang dan hanya mampu tidak berpuas hati sahaja.
Gol itu nyata menjadi pemangkin semangat buat Maghribi yang menggandakan kedudukan pada minit ke-23 menerusi pemain penyerang mereka, Youssef En-Nesyri.
Umpanan Achraf Hakimi nyata tidak dibazirkan begitu saja oleh Youssef En-Nesyri untuk menewaskan Milan Borjan kali kedua dalam tempoh 20 minit.
Kanada walaupun kurang pengalaman tetap menunjukkan semangat melawan kerana itulah aksi mereka mendapat pujian dan pada minit ke-40 mereka berjaya mengurangkan defisit.
The first own goal of the 2022 World Cup! π€―
Canada won't care! They hit back!
It's also the 100th goal of the tournament.
π₯π±π» Watch on @BBCTwo and @BBCiPlayer, plus follow on @BBCSounds and via the @BBCSport app #BBCWorldCup #BBCFootball
β BBC Sport (@BBCSport) December 1, 2022
Pemain pertahanan Maghribi, Nayef Aguerd telah menjaringkan gol sendiri apabila cuba memotong bola hantaran lintang merbahaya dari Sam Adegkube.
Sejarah tercipta apabila Nayef Aguerd telah menjaringkan gol sendiri pertama di Piala Dunia 2022 dan merupakan gol ke-100 kejohanan setakat ini.
Dan itu merupakan gol kedua Kanada di Piala Dunia walaupun Nayef Aguerd merupakan penjaring selepas Alphonso Davies menjaringkan pertama ketika kalah 4-1 kepada Croatia.
Gol Alphonso Davies itu merupakan gol pertama Kanada dalam sejarah penyertaan mereka di Piala Dunia. Ini merupakan kali kedua Kanada di Piala Dunia selepas 1986.
Dan slot Piala Dunia 2026 sudah berada dalam genggaman mereka atas tiket sebagai tuan rumah.
π²π¦π¦ For the first time since 1986, the Atlas Lions have escaped the groups! pic.twitter.com/12rJKpYsBK
β FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 1, 2022
Bersambung babak kedua permainan masih rancak namun tiada gol tambahan sehingga tamat permainan dan Maghribi layak selaku juara kumpulan dan akan bertemu Naib juara kumpulan E.
Maghribi menjadi pasukan dari Afrika pertama muncul juara kumpulan di Piala Dunia selepas Nigeria melakukannya pada tahun 1998.
Sejarah tercipta apabila buat pertama kali sejak 1986, The Atlas Lion berjaya lepas peringkat kumpulan dalam Piala Dunia.
Kesebelasan Utama Canada: Milan Borjan (c), Alistair Johnston, Samuel Adekugbe, Kamal Miller, Steven Vitoria, Junior Hoilett, Tajon Buchanan, Mark-Anthony Kaye, Cyle Larin, Alphonso Davies, Jonathan Osorio
Pemain Simpanan: St. Clair, Piette, Fraser, Cavallini, Ugbo, Hutchinson, Kone, Pantemis, David, Laryea, Millar, Wotherspoon, Cornelius, Waterman.
Kesebelasan Utama Morocco: Yassine Bounou, Achraf Hakimi, Noussair Mazraoui, Sofyan Amrabat, Nayef Aguerd, Romain Saiss (c), Hakim Ziyech, Azzedine Ounahi, Abdelhamid Sabiri, Soufiane Boufal, Youssef En-Nesyri
Pemain Simpanan: Hamdallah, Zaroury, Mohamedi, Chair, Aboukhlal, Amallah, Ezzalzouli, El Yamiq, Dari, Cheddira, Tagnaouti, El Khannous, Benoun, Attiyat Allah, Jabrane.