Piers Morgan tampil mempertahankan bintang Paris Saint Germain, Idrissa Gueye yang sebelum ini menegaskan bahawa pemain beragama Islam tak sepatutnya dipaksa memakai apa-apa yang menyokong golongan ‘kunyit’.
Idrissa Gueye merasakan ia merupakan hak individu dan andai pemain itu tidak mahu menyokong kempen tersebut maka hak mereka turut perlu dihormati.
Piers Morgan tampil menyokong penuh kenyataan dari Gueye itu dan turut berpendapat bahawa para pemain tak sepatutnya dipaksa memakai logo berwarna pelangi itu.
*NEW COLUMN*
Gay footballers coming out is brave & inspiring but I will defend a player’s right to refuse to wear a rainbow shirt – or a poppy, or take the knee. Nobody should made to signal their virtue if they don’t want to. https://t.co/03XFMD33vd— Piers Morgan (@piersmorgan) May 19, 2022
Gueye yang kini sedang beraksi bersama Paris Saint Germain merupakan satu-satunya pemain yang tidak memakai logo pelangi itu ketika para pemain lain meraikan International Day Against Homophobia, Biphobia and Transphobia pada May 17 lalu.
Bahkan beliau turut tidak mahu bermain ketika skuadnya turun beraksi bertemu Montpelier pada hari tersebut.
Pemain kebangsaan Senegal itu dikatakan tidak mahu bermain dalam perlawanan itu atas sebab peribadi.
Morgan tampil memberi pandangan beliau berkait hal tersebut memandangkan ramai yang hangat membincangkan tentangnya.
🗣 "I love rainbows. But a rainbow has ignited a firestorm in the world of football."
In today's #PiersUncensored column, @piersmorgan says gay footballers coming out is inspiring – but he'll defend any footballer who refuses to wear the rainbow for gay rights.
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) May 19, 2022
“Pemain midfield dari Afrika, Idrissa Gueye, yang juga seorang penganut muslim yang patuh, jelas sekali Islam tidak akan bertoleransi dengan homosexuality. Tak bermain kerana dia tak mahu memakai warna pelangi yang mana ia diperkenalkan pada era 70 sebagai simbol kebanggaan dan toleransi terhadap golongan ‘kunyit’.”
Tulis Morgan untuk The Sun.
“Gueye sebenarnya berhak untuk menentukan sama ada dia mahu pakai atau tidak warna pelangi itu.”
“Dia datang dari Senegal yang mana homosexuality di haramkan di sana dan yang mana 97 peratus orang dia, menurut kajian 2013 PEW Global Attitudes, mereka tak menerima gaya hidup seperti itu.”
Ramai penyokong dan ahli dalam persatuan bola sepak Perancis tampil menghentam Idrissa Gueye kerana memutuskan hal tersebut.
“Homophobia merupakan satu hal yang bukan pilihan tapi ia jenayah. Liga sendiri dan PSG perlu mendesak Gueye untuk menjelaskan situasi secepat mungkin. Dan hukum dia jika perlu.”
Kenyataan dari mereka yang menentang keputusan Gueye.
Presiden geng ‘kunyit’ Perancis turut menyatakan:
“Idrissa Gueye merupakan pemain yang hebat, tapi agama bukan sebahagian dari sukan. Semua pemain ambil bahagian kecuali dia.”
🚨 Reports in France claim that Idrissa Gueye missed the PSG game because he refused to wear the rainbow flag on his kit, the symbol of the LGBTQ+ community. pic.twitter.com/qe1KYwylwt
— SPORTbible (@sportbible) May 16, 2022
“Dia patut dihukum. Alasan Gueye menunjukkan yang kelab (PSG) dan liga sendiri membenarkan untuk homophobia itu berlaku.”
Melihat kepada kenyataan itu, Piers Morgan tampil menyatakan:
“Adakah betul? Perlu ke dia cakap macam tu? Dan kalau agama bukan sebahagian dari sukan, kenapa sexuality terlibat?”
“Saya tak tahu sama ada Gueye homophobic atau tidak, tapi dia tak cakap secara terang-terangan yang mendedahkan dia memang homophobic.”
Kenyataan dari Piers Morgan jelas sekali sangat berasas, kalau agama tak perlu dikaitkan dengan bola sepak, kenapa perlu hal sexuality dikaitkan?
Kalau hak kaum ‘kunyit’ itu perlu dihormati, kenapa tuntutan agama perlu diperlekehkan?
The French Football Federation has asked Idrissa Gueye to answer allegations that he missed PSG's match against Montpellier in protest of the division's support of LGBTQI+ rights. pic.twitter.com/CS0RTwcZZj
— GOAL (@goal) May 18, 2022
Adakah hanya mereka sahaja yang perlu dihormati?
Seandainya Ligue 1 dan PSG sendiri benar-benar menjatuhkan hukuman ke atas Idrissa Gueye, jelas sekali ia akan menimbulkan kontroversi dan bakal mencetuskan isu besar.
Pemain yang beragama Islam lain juga sepertinya jelas sekali akan memihak kepada Idrissa Gueye kerana beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Beliau hanya menolak untuk menyokong kempen tersebut, tanpa ada membuat sebarang kenyataan panas atau kontroversi.
Jadi tiada apa yang boleh dipertikaikan tentang keputusan Gueye itu kerana beliau hanya memilih untuk tidak mahu menyokong kempen itu atas tuntutan agamanya sahaja.
Sumber: SPORTbible