Pra Musim: Turunkan Pasukan Terkuat, Arsenal Rebah Di Pangkuan Man United

Arsenal menurunkan kesebelasan terkuat mereka pada permulaan aksi pra musim jelajah Amerika Syarikat menentang Man United.

Di mana pemain €105 juta, Declan Rice turut beraksi. Siapa sangka, Arsenal yang beli nasi, Manchester United yang sedap makan.

Declan Rice merupakan pemain termahal Inggeris yang pernah ada di atas muka bumi kita yang luas ini.

Dia sebelum ini melaungkan amaran bahawa dia mahu memenangi Liga Perdana Inggeris dan juga Liga Juara Juara Eropah bersama dengan Arsenal.

“Itulah sebabnya saya datang ke sini, saya tak berada kat sini kalau saya tak yakin diri. Saya mahu memenangi trofi lagi bersama kelab yang hebat ini. Saya mahu menang EPL dan UCL bersama Arsenal,” tegas Declan Rice sambil disaksikan Mikel Arteta.

Selain daripada Declan Rice, Arsenal turut menurunkan Kai Havertz dan Jurrien Timber.

Dua pemain yang turut dibawa masuk dalam jendela perpindahan kali ini.

Arsenal sebelum ini berpesta pora menewaskan MLS All Stars dengan jaringan 5-0.

Kemenangan yang memberikan keyakinan kepada peminat Arsenal di seluruh dunia bahawa mereka berada dalam prestasi luar biasa.

Manchester United yang sebelum ini mengesahkan pembelian Onana, tidak sempat untuk menurunkan penjaga gol tersebut. Dia cuma menjadi penonton untuk perlawanan ini.

Bruno Fernandes menjadi kapten sepenuh masa Man United secara rasmi dan ini adalah aksi pertama beliau sebagai kapten full time untuk Setan Merah.

Sebelum perlawanan, Erik Ten Hag menyatakan bahawa: “Kita tak main perlawanan persahabatan,” merujuk kepada seriusnya Man United dalam setiap perlawanan walaupun pra musim.

Ten Hag berjaya menghantar mesej itu kepada pemain pemainnya yang menang 2-0 ke atas musuh tradisi Arsenal di MetLife Stadium di New Jersey yang full house.

Di atas padang pemain pemain United benar benar serius dalam perlawanan ini. Lihatlah aksi Lisandro Martinez sang penyembelih daging ini, dia benar benar menyerahkan seluruh jiwa raganya untuk Man United.

Dua gol Manchester United adalah menerusi Bruno Fernandes dan Jadon Sancho.

Bruno Fernandes melakukan percubaan yang kemas dari luar kotak penalti.

Sancho melakukan pecutan yang luar biasa memanipulasi kesilapan pertahanana Arsenal dan menewaskan Aaron Ramsdale dengan rembatan padu,

Kedua dua gol itu dijaringkan pada separuh masa pertama. Dan ianya sudah cukup untuk Manchester United mencipta kemenangan ketiga berturut turut dalam aksi pra musim mereka kali ini.

Arsenal bergelut untuk membalas gol tersebut. Mereka ada peluang awal menerusi Gabriel Martinelli misalnya.

Namun akhirnya ia adalah perlawanan uang selayaknya dimenangi Manchester United. Di mana taktikal Erik Ten Hag jauh lebih baik pada hari ini.

Selepas kalah dalam aksi 90 minit, kedua dua pasukan beradu kekuatan dalam perlawanan sepakan penalti pula. Biasalah Amerika Syarikat ni memang suka buat benda pelik pelik. Memandangan ini perlawanan pertunjukan maka kita layankan saja.

Itupun Arsenal tetap kena kicap dengan Manchester United.

Barisan pemain

Arsenal 1st Half: 1-Ramsdale (GK) — 12-Timber, 2-Saliba, 6-Gabriel, 18-Tomiyasu — 8-Odegaard, 41-Rice, 29-Havertz — 7-Saka, 14-Nketiah, 11-Martinelli.

Arsenal 2nd Half: 1-Ramsdale (GK) — 12-Timber (4-White 59′), 2-Saliba (20-Jorginho 71′), 6-Gabriel, 3-Tierney — 8-Odegaard, 41-Rice (5-Partey 59′), 29-Havertz (21-Vieira 71′) — 7-Saka (10-Smith Rowe 71′), 14-Nketiah (19-Trossard 71′), 11-Martinelli (9-Jesus 59′).

Man United 1st Half: 22-Heaton (GK) – 29-Wan-Bissaka, 19-Varane, 6-L. Martinez, 23-Shaw – 8-Fernandes, 37-Mainoo, 7-Mount – 21-Antony, 25-Sancho, 49-Garnacho.

Man United 2nd Half: 22-Heaton (GK) – 20-Diogo Dalot, 5-Harry Maguire, 2-Victor Lindelof, 33-Brandon Williams – 18-Casemiro, 39-McTominay, 14-Eriksen – 16-A. Diallo (28-Pellistri 59′), 10-Rashford, 52-Forson.

Saksikan lampu tinggi perlawanan di sini:

BACA:  Solskjaer, Ronaldo Dan Lima Lagi Bintang United Adakan Mesyuarat Tergempar Sebelum Aksi Bertemu Watford