Premier League 2020/21: Fulham 0-1 Tottenham Hotspur

Jose Mourinho terus serius mencari kemenangan bagi membolehkan Spurs terus memburu kedudukan empat teratas selepas menjalani perlawanan dengan keputusan yang agak mengecewakan.

Bertemu Fulham yang berada di zon penyingkiran sepatutnya tidak menjadi masalah buat Tottenham Hotspur untuk mencatatkan kemenangan.

Pada minit ke-19, Tottenham Hotspurs berada di depan selepas kuisan Dele Alli telah tertampan kaki pemain pertahanan Fulham, Tosin Adarabioyo.

Gerakan dimulakan Dele Alli yang menghantar kepada Son Heung-Min sebelum hantaran kembali dilakukan untuk Alli yang tenang menguis.

Pada minit ke-62 clearance membabi buta Davinson Sanchez mengundang padah apabila bola tertampan ke kaki Josh Maja yang segera menjaringkan gol penyamaan.

VAR yang adil meneliti jaringan tersebut dan mendapat Clearance Davinson Sanchez telah tertampan tangan Mario Lemina sebelum tiba ke kaki Josh Maja.

Maka dengan rasminya gol Josh Maja itu dibatalkan. Maja betul.

Gol sendiri Tosin Adarabioyo itu cukup untuk Spurs meraih 3 mata berharga dan mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut.

Spurs kini ditangga ke-8 hanya satu mata dibelakang Liverpool dan hanya dipisahkan emapat mata dengan slot Champions League dan berkelebihan satu perlawanan.

Fulham: Areola, Aina, Andersen, Adarabioyo, Robinson, Reed, Lemina, Lookman, Loftus-Cheek, Ivan Cavaleiro, Maja.

Subs: Tete, Mitrovic, Ream, Reid, Bryan, Onomah, Zambo, Kongolo, Ramirez.

Tottenham Hotspur: Lloris, Doherty, Alderweireld, Sanchez, Davies, Ndombele, Hojbjerg, Bale, Alli, Son, Kane.

Subs: Reguilon, Winks, Lamela, Hart, Dier, Sissoko, Tanganga, Lucas Moura, Vinicius.

Referee: David Coote (Nottinghamshire)

BACA:  Pochettino: Hati Kane Terguris Selepas Digelar Gilakan Gol Di Media Sosial