Premier League Lantik Pengadil Wanita Kendali Perlawanan Man Utd-Fulham Hujung Minggu Ini

Rebecca Welch akan menjadi pengadil wanita pertama terlibat mengendalikan perlawanan Premier League selepas dilantik untuk mengadili perlawanan di antara Fulham dan Manchester United pada hujung minggu ini.

Welch akan mencipta sejarah tersendiri di dalam bola sepak Inggeris selepas menjadi wanita pertama mengadili perlawanan Premier League.

Untuk perlawanan yang akan berlangsung di Craven Cottage itu, Welch akan menjadi pegawai keempat

Karier pengadilan Welch mulai menarik perhatian apabila dia menjadi wanita pertama mengadili perlawanan Championship di antara Preston North End dan Birmingham City.

Welch turut pernah mengendalikan tiga perlawanan di Piala Dunia Wanita 202, termasuk perlawanan pusingan 16 terbaik di antara Denmark dan Australia.

Turut pernag mengendalikan perlawanan akhir Piala FA Wanita pada 2017 dan 2020, Welch dianggap sebagai antara pengadil terbaik wanita oleh UEFA.

Pada 2021 dia menjadi pengadil wanita pertama mengendalikan perlawanan profesional.

Welch bukan satu-satunya pengadil wanita yang terlibat mengendalikan perlawanan membabitkan Fulham dan United pada hujung minggu ini.

Selain daripada Welch, Premier League turut mengendalikan Sian Massey-Ellis untuk menjadi pembantu pengadil VAR.

Sebagai pegawai keempat, Welch akan menjadi pengganti kepada John Brooks sekiranya berlaku kecederaan terhadap pengadil utama perlawanan itu.

Perlawanan di antara Fulham dan Manchester United adalah perlawanan pertama pada hujung minggu ini yang akan bermula pada jam 7:30 petang (waktu Malaysia).

BACA:  Neville & Carragher Berganding Bahu Mengecam Persembahan Buruk Manchester United