Premier League 2021/22: Liverpool 4-0 Southampton

Perlawanan Liverpool dan Southampton boleh dianggap sebagai derbi anak-beranak, Southampton sememangnya terkenal sebagai pembekal utama pemain kepada Liverpool.

Lantaran itu Liverpool telah dianggap sebagai Southampton B namun di atas padang mereka profesional dan keputusan perlawanan langsung tidak dipengaruhi unsur luar.

Southampton acah-acah garang apabial terus menyerang kubu Liverpool usai perlawanan bermula dan seperti memberi amaran mereka pun power.

Tetapi dua minit kemudian Liverpool terus menjaringkan gol pembukaan mereka melalui pemain kebangsaan Portugal, Diogo Jota.

Genius dan manis gol terhasil apabila Sadio Mane menghantar bola kepada Andrew Robertson dengan satu nutmeg dan Robertson membuat potongan kebelakang kepada Diogo Jota.

Bednarek telah melakukan satu terjahan sangat keras ke buku lali Sadio Mane dan hanya dilayangkan kad kuning, tiada kecederaan serius dialami Mane.

Dari sepakan percuma yang diberikan Sadio Mane menggandakan kedudukan melalui tandukan namun telah dibatalkan kerana offside.

Mohamed Salah hampir saja menjaringkan gol cantik lagi dengan satu lencongan dari sudut yang agak sukar dan bola sedikit menjauhi gawang.

Setengah jam permainan Liverpool dengan mudahnya menggandakan kedudukan gerakan licik dan liar Salah sebelum menghantar kepada Jota untuk satu tolakan mudah.

Selepas 171 perlawanan, Mohamed Salah telah terlibat secara langsung dalam menghasilkan 150 gol di Premier League samada melalui jaringan atau assist.

Hanya Alan Shearer dan Thierry Henry mencatatkan kurang perlawanan berbanding Salah untuk terlibat menghasilkan 150 gol.

Enam minit berselang selepas tidak penat mengasak, Thiago Alcantara menjaringkan gol ketiga dengan satu rembatan deras yang terbiasa.

Jahat gelecekan Thiago yang menguis sedikit pergerakan bola untuk membolehkan beliau merembat dengan kaki kiri.

Seminit sebelum tamat permainan Adam Armstron melakukan rembatan memaksa Allison Becker melayangkan badan menguis keluar bola.

Jelas permainan menjadi milik Liverpool walaupun ada beberapa percubaan daripada Southampton.

Separuh masa pertama: Liverpool 3-0 Southampton

Liverpool seperti tidak mahu mengendurkan permainan dan terus mengasak seperti mahu menjaringkan gol sebanyak mungkin.

Langsung tiada belas dari Liverpool ke atas pembekal pemain terpadu mereka.

Akhirnya pada minit ke-52, Virgil Van Dijk yang merupakan bekas pemain Southampton dengan tidak mengenang budi dan kurang ajar menjaringkan gol keempat hasil umpanan Trent Alexander Arnold.

Van Dijk dilihat sangat gembira dengan jaringan itu dan hanya acah-acah saja buat-buat tak celebrate. Jelas kot.

Untuk rekod Virgil Van Dijk merupakan bekas pemain pertahanan Southampton yang cuba dipancing Liverpool secara jahat, keji, durjana dan langsung tidak profesional.

Akibatnya Liverpool terpaksa meminta maaf kepada Southampton atas kejahatan penuh keji itu dan Van Dijk akhirnya menjadi milik Liverpool selepas dipinang dengan cara yang betul dan profesional.

Jenis tak bertamadun.

Liverpool terus bermaharaja lela mengasak kubu Southampton tanpa belas sehingga huru hara pertahanan Southampton namun gol kelima tidak kunjung tiba lagi.

Sampai ke wisel penamat, Liverpool gagal untuk menambah lagi jaringan dan Southampton pula pasti lega apabila hanya dibelasah dengan empat gol sahaja.

Liverpool satu-satunya pasukan di Premier League yang belum tewas di tempat sendiri musim ini selepas Crystal Palace kalah kepada Aston Villa.

Kemenangan ini melonjakkan Liverpool ke tangga kedua, dua mata didepan Manchester City dan satu mata dibelakang Chelsea yang belum turun beraksi.

Liverpool XI : Alisson, Alexander-Arnold, Konate, van Dijk, Robertson, Henderson, Fabinho, Thiago, Salah, Jota, Mane.

Pemain simpanan : Milner, Oxlade-Chamberlain, Minamino, Tsimikas, Origi, Matip, Kelleher, Williams, Morton.

Southampton XI : McCarthy, Bednarek, Lyanco, Salisu, Livramento, Ward-Prowse, Romeu, Perraud, Broja, Adams, Adam Armstrong.

Pemain simpanan : Walker-Peters, Long, Redmond, Smallbone, Tella, Diallo, Walcott, Valery, Forster.

Pengadil Perlawanan : Andre Marriner (West Midlands)

BACA:  #'LiVARpool' Trending Di Media Sosial Selepas Gol Mane Tak Dibatalkan