Premier League 2022/23: Liverpool 1-0 West Ham United

Liverpool turun dengan penuh bersemangat menentang West Ham United yang pastinya boleh menjadi lawan mudah buat mereka selepas mempamerkan aksi terbaik ketika menang ke atas Manchester City.

Tonik kemenangan ditambah beraksi di tempat memberikan lagi kelebihan kepada Liverpool yang sepertinya sudah mahu kembali ke rentak asal permainan mereka.

Jangan pelik apabila melihat Jurgen Klopp masih lagi berada di tepi padang berhampiran bangku simpanan walaupun dilayangkan kad merah ketika menentang City.

Untuk makluman semua, tidak seperti pemain, pengurus tidak menerima penggantungan automatik untuk kad merah sehingga laporan penuh dari pengadil perlawanan Anthony Taylor dinilai.

Jurgen Klopp pada masa ini bebas untuk meneruskan tugas di gelanggang sendiri menentang West Ham United selagi siasatan dan keputusan hukuman belum dicapai dan selesai.

Pemerhatian pegawai perlawanan akan menentukan sama ada tiada tindakan lanjut diperlukan atau sama ada caj akan dikeluarkan: sekiranya ia merupakan caj standard, Klopp akan dikenakan larangan satu perlawanan dan denda.

Liverpool bermula garang dari awal permainan

Pada minit ke-15 rembatan voli dari luar kotak dari Darwin Nunez telah ditepis keluar oleh Lukasz Fabianski untuk sepakan penjuru yang tiada hasil.

Darwin Nunez akhirnya berjaya menjaringkan gol di Anfield melalui sundulan yang menghantuk bola ke tanah untuk gol pembukaan pada minit ke-21.

Semuanya berpunca dari gerakan Thiago dengan hantaran luar biasa mencari Kostas Tsimikas di kiri yang terus melakukan hantaran silang untuk disundul Nunez.

Tidak lama berselang selepas gol pertama, Darwin Nunez sekali hampir menggandakan kedudukan tetapi sekali lagi dinafikan Lukasz Fabianski.

Agak menjadi permainan Darwin Nunez dalam perlawanan ini dengan deretan peluang yang dinafikan termasuklah yang terbaik pada minit ke-40.

Dengan kawalan bola yang kemas, Nunez telah melepaskan rembatan yang cukup sempurna dan semuanya telah tertewas tetapi tiang hadir menghalang.

Dipenghujung perlawanan, Joseph Gomez telah melakukan kekasaran yang bahaya ke atas Jarrod Bowen yang terus mengundang sepakan penalti dari pengadil.

Pada awalnya tiada penalti dari kekasaran itu dari pengadil namun campur tangan VAR telah mengubah keputusan.

Jarrod Bowen tampil untuk membazirkan sepakan apabila sepakannya ke kiri dengan tepat dibaca Alisson Becker untuk boleh itu diselamatkan.

VAR cuba memberi peluang kedua kepada West Ham United apabila meneliti semula samada Alisson Becker keluar dari garisan lebih awal atau tidak.

Tiada kecurangan dari Alisson Becker semuanya menepati syarat sah penalti. Sekali lagi Alisson mempamerkan aksi heroik berkelas dunia.

Jurgen Klopp melakukan lima pertukaran pada separuh masa kedua bagi mengimbangi jadual yang akan menjadi padat gila serta deretan kecederaan melanda.

Liverpool berpeluang untuk menggandakan kedudukan melalui Roberto Firmino yang dihadang Aaron Creswell, kemudian tandukan Firmino pula berjaya di selamatkan.

Curtis Jones yang masuk menggantik Fabio Carvalho juga dinafikan percubaannya begitu juga dengan Jordan Henderson.

Walaupun gagal menambah jaringan gol tunggal Darwin Nunez sudah cukup untuk memberikan Liverpool tiga mata berharga dan kemenangan kedua berturut-turut.

Kini Liverpool hanya empat mata dari top 4 dan 11 mata dibelakang Arsenal selaku pendahulu.

Kesebelasan Utama Liverpool : Alisson; Alexander-Arnold, Gomez, Van Dijk, Tsimikas; Henderson, Thiago, Carvalho; Salah, Firmino, Nunez

Pemain simpanan : Kelleher, Fabinho, Milner, Oxlade-Chamberlain, Jones, Elliott, Robertson, Clark, Phillips:

Kesebelasan Utama West Ham : Fabianski; Johnson, Kehrer, Zouma, Cresswell; Rice, Downes, Soucek; Bowen, Scamacca, Fornals

Pemain simpanan : Areola, Randolph, Coufal, Antonio, Lanzini, Ogbonna, Benrahma, Coventry, Emerson

BACA:  Liverpool Cuba Hijack Perpindahan Caicedo Ke Chelsea, Tetapi Caicedo Reject Tawaran Liverpool