Presiden LaLiga Lantang Menyindir Premier League Yang Dianggap Slow

Presiden LaLiga, Javier Tebas lantang mengutuk Premier League yang dilabelnya sebagai terlalu perlahan untuk mengambil tindakan ke atas kecurangan yang telah dilakukan oleh Manchester City.

Campeonato Nacional de Liga de Primera División, yang biasanya dikenali sebagai Primera División di Sepanyol, dan sebagai La Liga di negara berbahasa Inggeris dan secara rasmi sebagai LaLiga Santander atas sebab penajaan, dijenamakan sebagai LaLiga, ialah bahagian bola sepak profesional lelaki teratas Sepanyol dalam sistem liga bola sepak.

Menurut Javier Tebas dia telah mengecam perlanggaran peraturan kewangan yang telah dilakukan oleh Manchester City sejak September tahun 2017 lagi dan PSG juga turut dikaitkan.

LaLiga antara badan bola sepak yang terpaling terawal mahukan Juventus dikenakan sekatan selepas perletakkan mengejut ahli lembaga pengarah mereka dan kini Javier Tebas beraksi lagi.

Melalui Twitter rasminya Javier Tebas telah melakukan ciapan dan menciap sekali lagi mungkin kerana tiada sambutan kritikannya ke atas Premier League yang dianggap terlalu lama untuk menjatuhkan pertuduhan.

“Pada 5-9-2017 kami mengutuk di Soccerex Manchester tentang pelanggaran kewangan ‘fair play’ oleh Manchester City dan PSG.”

“Sungguh luar biasa bahawa Liga Perdana mengambil masa bertahun-tahun untuk memikirkan perkara ini.”

“Kami mengkritik bahawa terdapat lebih banyak kes. Adakah itu akan mengambil masa bertahun-tahun juga?”

Javier Tebas benar benar berminat mengulas kes kewangan yang menjerat Manchester City. Dan Presiden LaLiga itu menyatakan bahawa dia telah membangkitkan dan meramalkan masalah itu selama bertahun-tahun.

Kes yang melanda Man City dibalas secara sinis oleh Javier Tebas. Di mana dia menyindir Liga Perdana, yang menurutnya baru sahaja bangun dari tidur dan baru mula bekerja pada masa ini.

Juara Liga Perdana itu didakwa pada hari Isnin kerana melanggar peraturan kewangan lebih daripada 100 kali berhubung penajaan dan kontrak sepanjang sembilan musim.

Jika Manchester City didapati bersalah atas 100 dakwaan yang dikenakan berhubung Financial Fair Play (FFP), City boleh dikenakan hukuman disingkirkan dari Premier League.

Manchester City kini mungkin berdepan pemotongan mata atau pun disingkirkan susulan dakwaan itu – dan bekas penasihat kewangan kelab itu kini menyatakan bahawa jika terbukti bersalah, pasukan Pep Guardiola mesti diturunkan ke Liga Kejuaraan.

Segalanya bermula pada 2009, setahun selepas pengambilalihan oleh konsortium dari Abu Dhabi, dan perkara itu berulang sehingga 2018.

Sepanjang tempoh tersebut, Man City telah menjuarai English Premier League sebanyak tiga kali. Peraturan kewangan (FFP) Premier League direka untuk memastikan setiap kelab bertanding berbelanja dengan berhemah sesuai dengan pendapatan kelab.

Sesebuah kelab boleh didapati bersalah sekiranya memanipulasi pendapatan, atau menyembunyikan jumlah perbelanjaan sebenar – yang sepatutnya direkodkan di dalam akaun kewangan kelab.

Antaranya Man City didakwa gagal mengemukakan jumlah sebenar perbelanjaan yang terlibat untuk kontrak pengurus pasukan selama 4 tahun. Dalam erti kata lain, ada di kalangan pengurus yang pernah mengendalikan skuad utama City dibayar secara berlebihan tanpa diisytihar di dalam akaun rasmi kelab.

Selain daripada itu, Premier League turut mendakwa Man City gagal memenuhi kriteria kewangan yang ditetapkan oleh UEFA selama lima tahun. Pihak pengurusan kelab turut didakwa gagal memberikan kerjasama penuh untuk siasatan dilakukan oleh pihak Premier League.

Kini Manchester City berdepan tuduhan dari Premier League dan bukan lagi UEFA yang mempunyai kelemahan untuk mereka gunakan untuk mempertahankan diri.

BACA:  Kewangan Barcelona Semakin Nazak Selepas Had Perbelanjaan Dipotong La Liga