Barcelona Berisiko Terpaksa Peram Gundogan Selepas Hanya Dibenarkan Daftar 13 Pemain Oleh La Liga

Barcelona kini berisiko membuatkan pemain tengah baharu mereka, Ilkay Gundogan tidak dapat beraksi di dalam saingan liga pada musim hadapan setelah dibenarkan hanya mendaftarkan 13 pemain untuk saingan musim baharu oleh La Liga.

Sehingga kini Gundogan gagal didaftarkan oleh kelab Catalan itu sebagai pemain baharu mereka dan perkara itu berkaitan dengan masalah kewangan yang dihadapi oleh kelab itu.

Menurut laporan oleh Mundo Deportivo hanya 13 pemain setakat ini yang telah didaftarkan  untuk saingan musim 2023/24.

Pemai -pemain tersebut adalah daripada kalangan skuad musim lalu seperti Marc-Andre ter Stegen, Jules Kounde, Eric Garcia, Christensen, Pedri, Gavi, Kessie, Frenkie de Jong, Ferran Torres, Ansu Fati, Robert Lewandowski, Ousmane Dembele dan Raphinha.

Sekiranya kedudukan kewangan Barcelona berterusan, Gundogan tidak akan dibenarkan beraksi di Sepanyol pada musim hadapan.

Nasib sama bakal menimpa Inigo Martinez yang bakal dibawa masuk daripada Atletico Madrid.

Media AS melalui laporannya pula berkata: “Kedudukan kewangan yang memaksa Barcelona memotong jumlah perbelanjaan mereka bermakna situasi kini amat samar.

“Pada masa ini, tidak ada seorang pemain pun yang boleh merasa selamat bersama Barcelona.”

Kedudukan kewangan Barcelona sebenarnya terjejas disebabkan oleh perbelanjaan kelab berkaitan gaji pemain.

Sebelum ini Presiden La Liga, Javier Tebas telah memberikan amaran kepada Barcelona kerana perbelanjaan untuk gaji pemain sudah melebihi had €200 juta yang dibenarkan oleh peraturan kewangan liga itu.

Situasi kewangan kelab Catalan itu nyata tidak berubah walaupun sudah berusaha melepaskan beberapa pemain berpendapatan tinggi seperti Sergio Busquets, Jordi Alba, Gerrard Pique dan Antoine Griezmann.

Kelab itu sebelum ini turut terpaksa membayar pampasan sebanyak €7 juta kepada Samuel Umtiti untuk pemain itu meninggalkan kelab itu walaupun mempunyai baki kontrak selama tiga tahun.

Beberapa pemain lain turut dijangka akan ditunjukkan jalan keluar oleh Barcelona di jendela perpindahan musim panas ini seperti Frenkie de Jong, Franck Kessie, Ferran Torres or Clement Lenglet.

Usaha tersebut terpaksa dilakukan atau Barcelona tidak akan mempunyai pemain yang mencukupi untuk membina skuad musim hadapan.

BACA:  Barcelona Kini Dianggap Arsenal Dalam Saingan La Liga