Perbelanjaan Barcelona telah dihadkan kepada €270 juta sahaja semusim oleh La Liga berdasarkan kemaskini terbaru daripada badan bola sepak Sepanyol itu – berdasarkan ECP.
La Liga mengesahkan jumlah terbaru yang boleh dibelanjakan oleh setiap kelab berdasarkan formula peraturan kewangan (ECP) pertandingan tersebut dan Barcelona menjadi kelab paling terkesan dengan jumlah pengurangan tertinggi.
Pada September 2022 yang lalu, kelab Catalan itu dibenarkan untuk berbelanja sebanyak €656 juta sebelum jumlah tersebut sekali lagi dikurangkan kepada €648 juta pada Februari tahun ini.
Jumlah tersebut terus turun kepada €270 juta dalam kemaskini terbaru.
LaLiga slashed Barcelona's spending limit for the new season from €649m to €270m on Thursday, in part due to the assets sold off by the club last summer to improve their short-term finances 😮
Real Madrid have the highest spending limit in the league this season 👀 pic.twitter.com/tWqKcg0BAI
— ESPN FC (@ESPNFC) September 14, 2023
Had perbelanjaan tersebut adalah jumlah yang dibenarkan untuk setiap kelab berbelanja sepanjang musim untuk pemain, jurulatih dan skuad muda termasuk kos-kos berkaitan.
Masalahnya kini jumlah bayaran gaji terkumpul yang perlu dibayar oleh Barcelona kini mencecah €400 juta.
Ini bermakna kelab Catalan itu hanya boleh membelanjakan sekitar 50% sehingga 60% daripada jumlah keuntungan seterusnya.
Sebelum ini Barcelona terpaksa mencari kaedah lain untuk memenuhi keperluan kewangan mereka sejak beberapa musim lalu.
Walaupun cuba berjimat, kelab itu masih kekal sebagai salah sebuah kelab yang membayar gaji tertinggi di Eropah.
LaLiga slashed Barcelona's spending limit for the new season from €649m to €270m on Thursday, in part due to the assets sold off by the club last summer to improve their short-term finances.#platinumsportsng #LaLiga pic.twitter.com/9O2Q9Z9Jxp
— Platinum Sports (@platinumsportng) September 14, 2023
Antara langkah yang telah dilakukan untuk menjana kewangan dan keuntungan adalah dengan menjual hak penyiaran TV (siaran sendiri mili kelab), penjualan aset dan memastikan jumlah hutang terus berada di bawah kawalan.
Itu adalah antara langkah yang telah diambil Barcelona sejak beberapa bulan lalu untuk membenarkan mereka mendaftarkan pemain baharu seperti Ilkay Gundogan, Inigo Martinez dan Oriol Romeu sebelum bermulanya musim 2023/24.
Sebagai perbandingan Real Madrid memiliki jumlah had perbelanjaan tertinggi iaitu €727 juta, diikuti oleh Atletick Madrid dengan jumlah €296 juta.